Beberapa minggu kemudian...
Lukman meluru ke arah Amirul bagi mendapatkan penjelasan. Dia berjalan tanpa melayan sapaan dari staf yang berada dipejabat ketika itu. Riak mukanya kemerahan seperti menahan rasa. Pintu dibuka dengan kasar.
" Kita perlu bincang !!" Ucap Lukman dengan nada yang mendatar. Amirul terdiam melihat kelakuan Lukman yang nyata berbeza. Dia menyuruh Anith iaitu setiausahanya keluar dari biliknya.
" Kau dah kenapa? Tak pernah aku tengok kau macam ni." Soal Amirul. " Betul, kau tak tau kenapa?" Jawapan Amirul dibalas dengan soalan juga bersama nada sinis. Amirul cuba mengawal riak wajahnya.
************************
Anis cuba menahan air matanya dari gugur. Dia berasa sangat terhina. Kata-kata Amirul tidaklah sekejam mana tetapi amat mendalam kerana kata-katanya itu telah mengingatkan semula tentang masa lalu yang cuba dilupakan.. Baru hubungan mereka hendak akrab menjadi kawan, datang pula masalah baru. Dia teringat tentang kejadian sebentar tadi.
" Arisya datang sini. Awak rasa apa yang patut saya buat?" Tanya Amirul. " Dengar penjelasan dia. Kenapa dia tinggalkan awak dulu. Saya pasti awak nak tau sebabnya kan?" Jawab Anis. " Persoalannya kalau dia beri aku jawapan yang menyakitkan, macammana? Tanya Amirul lagi.
" Awak mesti ambil risiko. Tak baik menghukum tanpa mendengar penjelasan dari dia sendiri." Jelas Anis. " Awak tak tau sakit tu macammana. Hati ini dah terluka. Perempuan sama saja. Mentang-mentang sama-sama perempuan, semua nak menangkan kaum sendiri." Bidas Amirul.
" Cakap dengan awak ni buat saya penat,letih dan seangkatan dengannya. Minta pendapat orang tapi bila bagi pendapat, langsung tak terima." Sindir Anis. " Kau tak pernah bercinta memanglah tak tau apa-apa." Sindir Amirul. Anis terdiam sebentar. Dia mengangguk dan memberikan senyuman sambil mengambil begnya dan berlalu pergi. " Dalam hati aku ini sudah tetap siapa dia." Bisik hati Anis.
Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Dia hanya tersenyum selepas menjawab panggilan itu. " Nak kahwin dah kawan aku ni." Desis hatinya.
**************************
" Sekarang juga aku nak kau jelaskan apa yang jadi. Masa aku nak jumpa kau aku nampak Anis." Kata Lukman. " Dan aku boleh nampak dia cuba tahan air mata dia. Apa yang kau dah buat ha?!" SAmbung Lukman bersama soalan.
Ads by Dynamo ComboAd Options
" Kau nak berangin bagai kenapa? Dah suka dekat dia?" Soal Amirul semula tanpa menghiraukan soalan Lukman. Lukman seperti tersedar terus berdehem. " Erm.. Taklah. Cuma nak taulah. Kita pon dah elok berkawan. Buat apa nak gaduh-gaduh bagai?" Jawab Lukman sambil melipat lengan kemejanya kerana cuba mengawal gementar.
" Alah. Tak pentinglah semua tu. Cuma, aku tengah berfikir nak pujuk dia. Jadi, kau boleh keluar dari bilik aku. Better you do your work." Ucap Amirul sambil menolak lukman keluar dari ruangan bilik pejabatnya seraya menutup pintu. " Fuuuh!" Amirul menghembus nafas lega. Masalah dia dan Arisya sudah selesai. Sekarang masa untuk memujuk.
YOU ARE READING
Maaf Jika Aku Pergi
Короткий рассказKisah Anis Nadira seorang wanita yang membuka pusat kaunseling. Dia ditugaskan memberi kaunseling a.k.a membantu anak, kawan baik ayahnya. Dia menggunakan cara psikologi. Adakah dia berhasil? Terlibatkah dia dalam cinta tiga segi?? Antara Anis, Lukm...