Anis memakai T-shirt lengan panjang dan memakai tudung bawal bewarna hitam. Dia hanya menunggang basikal ke rumah Haifa kerana rumah mereka berdekatan.
"Assalammualaikum. Haifa,selamat pengantin baru!!" Ucap Anis kepada Haifa. "Waalaikumussalam. Selamat tak selamat jugaklah. Petang karang baru menikah. Datang ni tangan kosong je ke??" Soal Haifa.
"Aikk?! Belum nikah lagi kan. So, hadiah tak ada. Mana tau, tak jadi nikah ke nanti. Teringat KEKASIH lama." Gurau Anis.
"Cheh! Kalau saudara bakal laki aku dengar, mati kau. Mulut tu,cubalah mintak elok-elok. Mulut dahlah masin." Balas Haifa dengan nada cuak.
"Hai,kak. Ajaklah Kak Anis ni masuk rumah. Ganggu orang angkat baranglah. Dahlah duduk depan pagar ni,buat jejak kasih." Tegur Haikal bersama senyuman. Terserlah lesung pipit pada kedua-dua belah pipinya,sama seperti Haifa.
" Patutlah panas semacam. Meh,jemput masuk tuan puteri." Ucap Haifa ala-ala dayang di istana.
Masuk sahaja ke dalam rumah, Anis bersalam-salaman dengan jiran sekanpungnya. Haifa terus mengajaknya ke dalam bilik.
"Wei, ni aku nak cerita ni. Malam tadi mak Aishah call aku. Esok, masa kenduri nanti dia datang." Cerita Haifa.
"Baguslah tu. Dapat berkumpul balik. Nanti time kenduri, kau buatlah tarian ketam. Confirm, boom gedebas kau punya wedding." Balas Anis sambil mengimbau kenangan zaman remaja di sekolah. Betapa kecohnya kelas jika ketiadaan guru.
" Mahu bakal laki aku tu lari. Wei!! Janganlah lari topik. Ni ha, Mak Aishah cakap datang tapi kalau Aishah macam berubah sikap,jangan marahkan dia. Kau rasa-rasalah kan, kenapa erk??" Soal Haifa.
"Herm,mak dia takut kita marah dia sebab dia macam nak elakkan diri dari kita kot." Usul Anis.
"Erm..Maybe." Ucap Haifa sambil mengangguk-anggukkan kepalanya. "Petang ni,time aku nikah, aku nak kau pakai baju kurung. No T-shirt." Sambung Haifa lagi.
"Taulah aku. Tapi aku takut pengantin tu kalah dengan kecantikan aku je..haha.." Ucap Anis. Haifa hanya memberikan jelingan maut.
**********
Di Homestay Orchad.. Keesokannya,
" Hadif, aku tunggu dalam kereta tau. Tunggu kau bersiap mengalahkan orang perempuan. Aunty pon dah tunggu lama dah tu." Bebel Naufal,sepupu Hadif.
"Hek eleh, rilek ar. Nama pun pengantin. Tapi,aku takut sebenarnya. Mana tau awek lain terpikat ke. Ada cara tak nak hilang rasa gemetar ni?" Kata Hadif. Kedengaran serius tetapi sekadar bergurau.
"Kau tarik nafas,lepas. Tu je. Ok,bye." Balas Naufal pendek. Malas mahu melayan lebih. Loyar buruk. Yang pasti dia tidak sabar berjumpa dengan seseorang di sana.
Ketika hendak membuka pintu kereta,dia terlihat seorang perempuan memakai baju kurung bewarna biru lembut dan berselendang. Dia perasan gelang milik perempuan tersebut jatuh.
" Cik !!" Panggil Naufal sambil berjalan ke arah perempuan itu. Perempuan itu menoleh. " Gelang. Jatuh." Terang Naufal lalu mengambil gelang yang jatuh berhampiran perepuan itu dan menghulurkannya.
"Terima kasih." Ucap Aishah. Lalu beredar.
"Ha!! Turun pon kau.!! Cepatlah. Lain-lain dah tunggu dah kat simpang umah pengantin." Bebel Naufal lagi.
"Kecohlah. Patutnya kau layan aku ni macam raja. Ini merupakan hari bahagia beta." Balas Hadif.
"Pergi 'mam' lah kau." Gumam Naufal. 'Mam' yang dimaksudkan Naufal ialah 'mampus'.
************
" Wuiiit!! Cun kawan aku ni." Puji Anis ikhlas. " Aipp! Jangan puji lebih. Baju aku kalau koyak siapa nak bertanggungjawab?" Balas Haifa.
"Pengantin dah sampai. Tunggu apa lagi." Laung Mak Biah, mak andam kampung itu. Anis terus mencapai kipas untuk pengantin.
" Nervous pulak." Gumam Anis,tapi masih didengari oleh Haifa. "Jadi pengapit je pon. Overlah kau." Kata Haifa. Niat di hati Anis, ingin membalas kata-kata Haifa tetapi memandangkan paluan kompang sudah kedengaran dia lupakan sahaja niatnya itu.
"Ketika kedua-dua raja sehari berjalan secara berhadapan, Anis membaranikan diri mengangkat mukanya. Hampir terlepas kipas di tangannya melihat pengapit pengantin lelaki tersebut.
" Pahal ada dia ni?!!" Jerit hati Anis. Dia melihat Naufal memberikan senyuman agak sinis.
YOU ARE READING
Maaf Jika Aku Pergi
PovídkyKisah Anis Nadira seorang wanita yang membuka pusat kaunseling. Dia ditugaskan memberi kaunseling a.k.a membantu anak, kawan baik ayahnya. Dia menggunakan cara psikologi. Adakah dia berhasil? Terlibatkah dia dalam cinta tiga segi?? Antara Anis, Lukm...