BAB 3

1.1K 32 0
                                    

Naufal Azam menunggu kedatangan pemandunya di KLIA. Dia gementar dan teruja untuk menguruskan salah satu rumah anak yatim yang dibina oleh papanya. Walaupun dahulu dia tidak mahu mengambil alih syarikat papanya, kini dia mula menerima. Lagi-lagi syarikat itu telah membina sebuah rumah anak yatim.


" Maaf Naufal. Pak Hamid lambat." Datang Hamid, pemandu keluarganya. " Tak apalah pak cik. Bukannya lama sangat." Ucap Naufal seraya menunjukkan senyuman bagi menghilangkan rasa serba salah di hati Pak Hamid. Mereka pun bergerak pulang ke rumah.


****************************************************

Di restoran, Anis dan Amirul berjumpa sambil berbincang tentang kertas kerja. Selesai berbincang Amirul memulakan bicara bagi merapatkan hubungan persahabatan mereka.


" Anis, maaflah kalau ada terasa apa-apa ke." Ucap Amirul. " Tak ada apalah. Aku emo je ni." Jawab Anis. Dia menyedut air sirap aisnya bagi menghilangkan dahaga. Dia memandang sekilas ke hadapan kedai runcit. Dia terlihat seseorang yang melintasi kedai tersebut. Dia gegas menyimpan kertas kerja. " Saya pergi dulu. Urgent." Ucap Anis lalu terus mencari lelaki itu.


" Mana dia? mana?!! " Jerit hati Anis. Mahu sahaja dia menjerit. Tetapi, mahunya dia ke wad mental. " Anis, kenapa ni?" Soal seseorang. Anis menoleh lalu menjawab, " Erm.. Tak ada apalah. Saya pergi dulu." Jawab Anis. Lukman hanya memandang pelik. Pelik dengan perangai dingin Anis.


Tiba di rumah, Anis mendapat panggilan dari rakannnya. " Hello, sahabat lama yang aku rindu yang aku rasa nak bunuh kau je ni." Ucap sahabatnya. " Ye, saya. Mana salamnya, wahai cik adik?" Balas Anis dengan suara dibuat-buat seperti wanita melayu terakhir.


" Aduh mak, spoil ar. Wei, jangan lupa datang wedding aku. Dahlah masa bertunang tak datang." Haifa terus memulakan hajatnya. Malas melayan Anis lama-lama.


" InsyaAllah. Aku datang. Mestilah. Aishah tu pulak hilang entah ke mana entah." Balas Anis. " Bagus. Aishah tu ghaib ditelan bumi kot. Aku pun sebenarnya tau tau dia dekat mana." Jawab Haifa dengan nada seloroh." Nanti kau kahwin dia datang tak? Agak-agak kaulah." Soal Anis. " Aku pon tak tau. Yang penting aku dah inform mak dia. Fateha, semualah datang. Ala-ala reunion lah kita." Jawab Haifa. Setelah berbual panjang Anis mematikan panggilan.


" Kalau bukan dia, siapa yang aku nampak?" Hati Anis terdetik ketika teringat lelaki yang di hadapan kedai runcit petang tadi.


****************************************************8


" Akhirnya !! Dah lama tak baring atas tilam ni." Naufal berbaring. Setelah kekenyangan makan masakan mamanya. Sudah lama dia tidak duduk di Malaysia. Beraya pun di negara orang. Tiba-tiba dia terfikir.


" Masa aku beli air tadi, aku rasa macam ada orang ikut je. Arh..Lantaklah. Yang penting uruskan syarikat dan rumah anak yatim itu terus bekerjasama dengan si dia. Herm. Bagus jugak idea tu." Bisik hati Naufal.


"haihh!! Bijak-bijak" Ucap Naufal sambil tersenyum.







Maaf Jika Aku PergiWhere stories live. Discover now