BAB 4

951 29 1
                                    

Anis menerima lampiran dari sebuah syarikat yang melampirkan bagi khidmatnya untuk sebuah rumah anak yatim. Dia membaca segala yang terisi di dalam lampiran itu.


" Herm, menarik jugak. Membantu anak-anak yatim yang dalam kemurungan. Kerja ni pon mencabar jugak sebab nak faham isi hati anak-anak ini kan? " Fikir Anis.


Anis terus membuat panggilan menghubungi syarikat N.A Holdings untuk memberi persetujuan.


**************


" Encik Naufal, Cik Anis menerima cadangan dari syarikat kita untuk bekerjasama dengan dia tentang rumah anak yatim itu dan mengenal sikap dalaman anak yatim tersebut." Beritahu setiausahanya, Alaisha.


" Okay, thanks. Awak boleh keluar" Ucap Naufal. " Akhirnya, dapat kita jumpa semula, Anis. " Bisik hati Naufal dengan senyuman yang manis.


***********************

Amirul menunggu kedatangan Arisya. Dia akhirnya ingin bertemu Arisya setelah beberapa kali Arisya merayu. Teringat kata-kata Anis yang dulu ada betulnya membuatkan dia terima segala penerangan Arisya walaupun perit.


" Amirul, sorry I'm late." Ucap Arisya seraya mengambil tempat menghadap Amirul. " Tak apa. Now, give your explanation." Pinta Amirul. Tenang tetapi hatinya siapa yang tahu.


" Saya terpaksa." Terang Arisya pendek. Amirul hanya memberikan senyuman sinis dan mengangkat sebelah kening lalu menyoal Arisya, " Kalau setakat tu je penjelasan, buang masa aku je jumpa kau ni."


" Tak sangka awak boleh sekasar ni. Tak apalah. Baru saya nak buka cerita, awak dah sembur saya. Saya pergi dulu. Betul apa yang papa saya cakap. Saya pergi dulu." Ucap Arisya lalu bangun dari tempat duduknya. Amirul ingin menahan dengan memanggil tetapi lidah terlalu kelu untuk berbicara.


***************************


" Papa dah cakap banyak kali dah. Papa pun tak salahkan dia kalau dia marah. Sebab tu, papa tak nak Risya jumpa dia walaupun kita tak salah. Kita terpaksa buat benda tu. Kalau keadaan Risya akan jadi..." Bebel Dato Ferhad. Belum dia menghabiskan ayat Arisya memintas kata-katanya.


" Biarlah pa. Asalkan Risya dah cuba. Kisah kami memang dah lama habis. Tak guna nak menyalahkan, dah takdir." Ucap Risya lalu dia masuk ke dalam biliknya.


" Nampaknya uncle kena jumpa kamu, Amirul." Dato Ferhad bermonolog.




Maaf Jika Aku PergiWhere stories live. Discover now