GA 1

2.9K 229 13
                                    

Sekumpulan lelaki duduk berkumpul di belakang kelas. Masing-masing ralit dengan telefon bimbit masing-masing. Mentang-mentang cikgu tak masuk, diorang boleh buat perlawanan E-Sport pula dalam kelas.

Sedang mereka asyik bermain, seorang gadis melintasi kelas itu sambil menggalas beg sekolah. Sekumpulan lelaki itu yang tadi ya fokus pada telefon kini meleret mata memandang gadis itu sehingga bayang gadis itu hilang.

"Uish! Siapa dowh perempuan tu. Lawa siot!"kata seorang lelaki berbaju kemeja putih berlengan panjang dengan lengan dilipat ke siku dan kad pelajar tergantung di leher.

"Tu lah. Sumpah lawa. Tapi, tak pernah nampak pun sebelum ni. Budak baru kut"seorang lagi pelajar lelaki bersuara.

"Amboi.. seronok bersembang. Sampai cikgu masuk pun tak perasan"kata seorang guru perempuan yang manis bertudung.

"Eh! Tak adalah cikgu. Kitorang buat perbincangan tugas je tadi cikgu"kata ketua kelas menutup kesalahan.

"Yelah. Dah. Semua duduk tempat masing-masing"tutur Cikgu dengan bada lembut kembali kehadapan kelas.

🏀🏀🏀

Waktu rehat, kedengaran bunyi suara pelajar perempuan menjerit seiring dengan bunyi geseran kasut di lantai. Kelihatan 14 pelajar perempuan yang memakai bib hijau dan oren bergerak lincah didalam gelanggang.

Seorang gadis yang bersama seorang guru memandang akan sekumpulan pelajar perempuan itu. Gadis itu kelihatan teruja melihatnya.

"Wow lajunya diorang baling dan tangkap bola."kata gadis itu kagum.

"Mereka semua sudah berlatih lama. Kebanyakan dari mereka sudah banyak kali mewakili negeri"terang cikgu.

"Tapi, diorang main apa tu?".

"Itu adalah permainan bola jaring. Bola jaring ni macam bola keranjang juga tapi, peraturan dia yang berbeza. Bola keranjang boleh bergerak dan melantunkan bola. Tetapi bola jaring, tak boleh bergerak bila memegang bola dan tak boleh melantunkan bola"terang cikgu itu.

"Wah... menarik"gadis itu bertambah teruja.

"Jom cikgu tunjuk tempat lain pula"ajak cikgu. Mereka berlalu meninggalkan gymnasium.

"Weh! Siapa tu? Budak baru ke?"tanya salah seorang dari pemain tadi.

"Mungkinlah kut. Ada chance nak serap dia ni".

"Kau ni, main nak serap je. Entah-entah budak tu tak pandai main. Dah, sambung training".

🏀🏀🏀

Perhatian semua pelajar di sebuah kelas terganggu apabila gadis berambut ekor kuda melintasi kelas mereka dan berhenti di hadapan pintu bersama seorang guru lelaki.

Pintu kelas di ketuk dari luar. Cikgu yani yang sedang mengajar terhenti apabila mendengar ketukan. Cikgu yani melangkah menghampiri pintu lalu membuka pintu gelangsar. Terasalah hawa sejuk dari penghawa dingin membias keluar.

"Eh! Cikgu Faizal, ada apa ya?"tanya cikgu Yani.

"Ini saya ada bawa pelajar baru"kata cikgu Faizal sambil menunjukkan seorang gadis di sampingnya. Cikgu Yani memandang gadis itu lalu melemparkan senyuman.

"Tapi cikgu, cikgu betul ke nak tempatkan pelajar ni dekat kelas ni?".

Gadis itu hanya mendengar sahaja perbualan kedua cikgu itu.

𝘎𝘰𝘢𝘭 𝘈𝘵𝘵𝘢𝘤𝘬!!  [✔️]Where stories live. Discover now