Sebaik sahaja perlawanan berakhir, Raila terpaksa di kejarkan ke hospital untuk membuat pemeriksaan pada bahunya. Nasib menyebelahinya. Bahunya tidak mempunyai kecederaan yang serius. Raila hanya dikehendaki berehat di rumah buat sementara waktu.
Raila duduk di ruang tamu hanya menonton televisyen. Hanya itulah kerjanya sepanjang di rumah. Makan, tidur, tengok Tv. Kadang kala bila dia terlampau bosan, dia akan ke perpustakaan untuk membaca.
Sedang Raila asyik membaca buku di perpustakaan, pembantu rumahnya datang menyapa.
"Cik Raila, ada orang datang nak jumpa cik Raila"kata pembantu rumah.
"Siapa?"soal Raila.
"Katanya kawan cik Raila".
"Okay. Jemput diorang masuk dulu. Nanti saya turun".
"Baik cik"pembantu rumah berlalu keluar.
Raila menutup buku yang di baca. Kakinya melangkah turun dari sofa lalu menuruni tangga ke pintu perpustakaan.
🏀🏀🏀
Sekumpulan lelaki dan perempuan memasuki rumah agam yang sangat besar setelah di pelawa oleh seorang pembantu rumah. Liar saja mata mereka memandang sekeliling. Terpana mereka melihatnya.
"Wow! Tak sangka, besar juga rumah Raila. Cantik. I did not expect that Raila live in this big mansion"kata Mei.
"Kamu semua boleh lah duduk dulu. Nanti cik Raila turun"tutur pembantu rumah.
Mereka melabuhkan duduk di atas sofa ruang tamu itu. Tidak lama selepas itu, Raila menuruni tangga dengan berbaju tshirt, berseluar treck dan berkaca mata. Tangan kanannya masih lagi beranduh.
"Wow! Ramainya"sapa Raila.
Semua orang berpaling ke arah tangga di mana Raila berada. Gamma bangun dan terus mendapatkan Raila dengan senyuman riang.
"Kitorang datang melawat kau lah"kata Alex. Menghulurkan buah tangan.
"Ala.. eh! Susahkan korang je datang jenguk Raila".
"Kitakan kawan, mestilah kena datang melawat betul tak"tambah Haziq pula sambil menghulurkan sebakul buah.
"Terima kasih. Kak, boleh tolong bawa buah tangan ni ke dapur"pinta Raila. Salah seorang pembantu datang mengambil buah tangan yang diberikan lalu dibawa ke dapur.
"Jomlah, kita borak dekat luar"ajak Raila.
Yang lain mengangguk dan mengekori Raila dari belakang. Terpana mereka apabila melihat ruangan santai itu. Sungguh classic dan elegent. Siap dengan tempat unggun api lagi.
"Raila, saya tak tahu pula rumah awak besar macam ni. Ni first time tau saya tengok"tutur Sofia kagum. Raila tersenyum.
"Raila memang tak pernah bagitahu dekat orang. Yang tahu pun cuma Taufiq je".jelas Raila.
YOU ARE READING
𝘎𝘰𝘢𝘭 𝘈𝘵𝘵𝘢𝘤𝘬!! [✔️]
Short Story{𝓕𝓲𝓯𝓽𝓱 𝓢𝓽𝓸𝓻𝔂} Gerakannya lincah seperti cheetah. Lompatannya tinggi seperti kijang. Matanya tajam seperti helang. Siapakah dia si gadis penyerang? Menguasai gelanggang itulah kelebihannya. Goal Attack itulah dia. Start: 8/3/2021 End: 7/6...