GA 12

1.4K 168 24
                                    

Kedua-dua pasukan memasuki gelanggang bola jaring. Pasukan Gamma memakai hijau manakala pasukan Lady Thunder memakai oren.

Raila berdiri dalam posisi bersedia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Raila berdiri dalam posisi bersedia. Matanya tetap fokus pada Yuni yang berada di luar lingkaran tengah. Yuni memandang pasukannya. Dia mengangkat jari kelingking dan ibu jari 🤙🏻 memberi isyarat dan merapatkan dua jari tengah dan jari telunjuk lalu di bawa ke leher.

Yang lain mengangguk tanda faham. Salwa yang memegang bola di hadapan Yuni memandang Yuni tajam. Salwa memusingkan bola di tangannya. Anak matanya bergerak ke arah Raila yang sudah bersedia dengan kekuda. Pasukannya yang lain mengangguk.

Salwa melangkah memasuki lingkaran tengah. Pritt!! Wisel di tiup dan pantas dia membaling bola ke arah GD. Raila yang turut berada di situ mengacak untuk mengambil bola. Raila melompat sedikit apabila bola itu datang menghampiri. GD yang cuba keluar dari blocking Raila terus menolak Tubuh Raila dengan menggunakan bahunya.

Raila yang melompat itu terus terjatuh ke lantai. Nasibnya baik kerana lonpatannya tidak terlalu tinggi.

"Auch!!"Raila mengaduh.

Wolf yang berada di tempat duduk berdiri drastik apabila melihat Raila jatuh.

"Weh!! Apa ni! Main tolak-tolak!"Laung Alex bengang.

"Main kasar ar Lady Thunder tu"tambah Justin.

Taufiq yang turut bengang hanya memandang Raila yang terduduk di lantai. Tangannya di kepal geram.

Pasukan Gamma yang lain segera menghampiri Raila bagi membantu Raila berdiri.

"Kau apahal ha! Main tolak macam tu!"amuk Mei kepada GD lawan.

"Eh! Sedap mulut kau cakap aku tolak dia"nafi GD itu.

"Kau fikir aku buta?!"Mei sudah naik berang dengan menolak kedua bahu GD itu.

"Kau pahal tolak aku!"balas GD. Dan berlakulah aksi tolak menolak di situ.

Pengadil segera meleraikan pergaduhan itu sebelum menjadi semakin teruk. Wisel ditiup nyaring serta merta semua pemain terdiam. Pengadil mengangkat isyarat T. Kedua pasukan bergerak ke luar gelanggang. Sofia dan Yuni memapah Raila duduk di bangku pemain. Cikgu Isma membantu Raila untuk duduk.

"Raila, ada sakit dekat mana-mana tak?"tanya cikgu Isma.

"Tak ada cikgu. Saya okay"jawab Raila.

"Betul ni?"cikgu Isma menyoal lagi. Raila mengangguk laju.

"Nampaknya Lady Thunder memang nak singkirkan Raila. Yuni, cikgu nak awak cover Raila. Sofia cari jalan pass dekat Sarah".

"Baik!"kata Yuni dan Mei.

Pritt!!

*boleh pasang lagu atas tu.*

Wisel dibunyikan. Para pemain di kehendaki masuk kedalam gelanggang. Masing-masing berdiri di posisi masing-masing. Kali ini bola berada di tangan Yuni. Isyarat yang sama di beri. Yang lain hanya mengangguk faham.

𝘎𝘰𝘢𝘭 𝘈𝘵𝘵𝘢𝘤𝘬!!  [✔️]Where stories live. Discover now