Bab Satu

471 4 0
                                    

"Kakak! Dah siap belum?"

Kedengaran suara nyaring mama berteriak dari arah dapur memanggilku.

Aku yang sedang membetulkan tudung di hadapan cermin almari bilikku berasa tidak tenang. Kelam kabut aku dibuatnya pagi ini. Jarum jam dinding sudah menunjukkan hampir ke angka sembilan.

"Kejap! Belum siap lagi!"

Sekali lagi aku pandang diriku di hadapan cermin. Ku pusing ke kanan dan pusing ke kiri pula. Kemudian, ku belek-belek sedikit blouse pink yang ku pakai tika ini yang ku rasakan amat padan dengan tight-jeans putih Denim pemberian mama semasa shopping semalam.

Hari ini, seperti yang dirancangkan, aku perlu mengikuti mama ke majlis hari jadi anak kawan dia. Kata mama, kawan dia tu seorang Datin! Tak tahulah sejak bila pula mama ni berkawan dengan Datin. Dulu, bukan main lagi dia "anti" dengan orang-orang yang bergelar Dato' dengan Datin ni. Bagi mama, mereka itu adalah golongan yang kita-orang-biasa-tak-boleh-nak-bergaul-sekali. Tapi sekarang, sikit-sikit Datin tu lah, sikit-sikit Datin ni lah. Aku pun pening tiap kali mama cerita pot-pet-pot-pet pasal dia orang.

Beg tangan berwarna peach ku capai dan ku sarungkan ke bahu. Jam tangan Rado tidak ku lupa. Sudah menjadi kebiasaan bagiku untuk memakai jam tangan tiap kali keluar rumah. Dan jam tangan yang ini merupakan jam tangan yang paling aku sayang dalam banyak-banyak jam tangan yang aku ada. Erm, boleh tahan banyak lah jam tangan yang aku ada. Cukup untuk aku pakai jam tangan yang berlainan setiap hari dalam tempoh dua ke tiga minggu.

"Kak! Berangan ke? Mama panggil tu.. Cepatlah sikit! Bising tau! Bingit telinga ni!"

Suara angah tiba-tiba menyergahku. Adik lelaki aku yang seorang ni memang macam tu. Kalau mama berleter sikit, mulalah dia nak merungut. Tapi, kalau dia tu buat bising sekali dengan papa masa tengok bola, tak kisah pulak! Nasib baik je adik lelaki aku yang bongsu tu tak ikut perangai abang dia yang seorang ni. Kalau tak, boleh buat 'trio' masa tengok bola!

"Tahulah! Dah siap dah ni.. Nak keluar dah pun. Angah tu yang bising tau. Mama rileks je tunggu kat dalam kereta tu.." aku membalas.

"Rileks apenyer? Dari tadi asyik membebel je.." Dia dah mula bersilang tangan sambil bersandar di pintu bilikku.

Amboi! Melawan pula dia ni!

"Whatever lah. Angah jaga rumah baik-baik. Jangan asyik main X-box je. Final exam dah nak dekat kan? Study! Unless kalau angah rasa nama angah tu confirm-confirm boleh masuk Dean list, akak tak kisah. Nak main sampai tak tidur seminggu pun tak apa.. " ikhlas dalam sarkastik aku menasihatinya.

Angah tarik muka masam. Mencebik pulak tu! Dan satu jelingan maut kuasa tiga aku berikan padanya.

Perfume Elianto ku capai dari meja solek dan ku sembur sedikit pada tudung dan pergelangan tangan. Perfume ni, tak boleh di sembur sebarangan. Satu, sebab bau dia memang dah kuat, satu dua sembur dah cukup dan boleh tahan dari pagi sampai ke malam. Dua, sebab nak beli benda alah ni memaksa aku untuk berjimat cermat dalam perbelanjaanku selama sebulan lebih dengan elaun pemberian papa dalam tempoh 'makan-anggur'ku kat rumah ni.

Angah berdehem kecil.

"Tahulah.. Akak tu, kerja pun belum lagi, jangan sibuk nak mencari 'bakal suami' pulak.." ujar Angah sambil dua jari kiri dan kanannya membuat sign 'inverted coma' pada dua perkataan tu, 'bakal suami'.

"Sibuklah kau. Bising je! Dah! Akak pergi dulu.."

Angah menjelir lidah sebelum berlari naik ke tingkat dua rumah menuju ke biliknya. Bilalah nak matang si angah ni. Harap je tinggi lampai. Muka pun dah nampak matang dengan misai dia yang sejemput tu. Tapi perangai, macam budak sekolah lagi!

"Ayra!!!" Satu suara nyaring menyeru namaku. Kus semangat! Terkejut sekejap dek terdengar suara mama tu.

Mama dah keluarkan suara dia dengan oktaf yang paling tinggi. This is dangerous! Kalau aku berlengah lagi, memang gali kubur sendiri lah jawabnya!

***

Aku memerhatikan pemandangan luar dari tingkap kereta. Rasa tenang tiba-tiba menyerbu ke ruang hati melihat tumbuh-tumbuhan yang menghijau di luar sana. Papa begitu khusyuk memandu kereta sementara mama pula sedang sibuk dengan telefon bimbitnya.

Perjalanan dari rumah kami ke rumah 'kawan' mama mengambil masa lebih kurang setengah jam. Kalau jalan sesak, nak dekat satu jam jugak kalau naik Toyota Vios papa ni. Sebenarnya, dah dua tiga kali jugak lah mama bawak aku pergi rumah Datin ni. Datin Rosnah. Baik orangnya. Walaupun anak dia dah besar-besar semua, wajah dia masih nampak muda! Macam dalam awal 40-an gitu! Padahal, umur dia dah cecah angka lima puluh jugak kalau tak silap. Al-maklumlah, ni semua info daripada mama. Nak harapkan aku yang tanya sendiri, memang tak lah!

Lagi satu yang aku suka sangat pasal Datin Rosnah ni, dia sangat suka memasak dan dia memang berbakat dalam bab-bab masakan ni. Tiap kali aku datang dengan mama, mesti ada je menu baru yang dia cipta sendiri untuk makan tengah hari bersama (lunch je sebab tiga kali kami datang, semuanya lunch hour). Kalau jadi mak mentua aku pun aku tak kisah agaknya. Eh? Mentua ye? Ke situ pulak. Anak dia pun aku tak pernah jumpa, nak mintak jadik menantu pulak. Macam muka aku ni banyak cantik pulak nak bermentua-kan Dato' dengan Datin. Ekekeke~

"Kakak tak pernah jumpa Amy lagi kan?" Mama tiba-tiba bersuara padaku.

Hilang semua mahligai indah yang aku cipta dalam khayalanku sebentar tadi. Ish! Mama ni.. Kacau daun betullah.

But, wait a minute.. Amy?

"Amy? Amy mana ni ma?" Aku musykil.

Please don't tell me..

"Anak Datin Rosnah lah.. Birthday dia hari ni," balas mama.

"Mama! Kenapa tak bagitahu awal-awal yang birthday party hari ni untuk anak perempuan dia? Ingatkan, anak lelaki dia punya majlis," aku bersungut. Hampa seketika setelah mendengar khabar tersebut dari mulut mama. Papa tergelak.

"Papa apesal gelak?" aku protes.

"Kakak ni dah kenapa? Amy tu anak lelaki Datin lah! Baru balik dari US. Mama pun pernah jumpa dia sekali je,"

Aku terdiam sebentar. Cis! Nasib baik!

"Kenapa senyap, kak?" papa memberikan satu soalan cepu emas untukku.

"Uh? Uhm.. Nothing.."

"Suka lah tu..?" sakat mama.

Aku diam. Tapi, bibir ni seolah-olah tidak mahu berhenti menguntum senyum. Senyum penuh makna, bak kata orang.

"Tapi, mama sarankan kakak jangan berharap sangat," tiba-tiba mama menyambung kata.

Aku mengangkat kening.

"Kenapa?"

"Kakak tengoklah sendiri nanti," dan mama pun mengukir satu senyum penuh makna yang membuatkan akal fikiranku buntu sebentar. Apa dia?

Mama pandang papa, papa pandang mama. Dan dia orang pun tergelak sambil memandangku yang sedang terpinga-pinga ni. And once again, apa dia??

Dia kacak sangat ke sampai aku tak layak langsung nak kenal dia? Putih sangat? Kaya sangat? Atau.. Saiz dia ke?

Sekejap. Entah-entah, Amy ni anak manja Datin kut? Dari kecil sampai besar, apa dia nak semua dapat. Apa yang dia nak makan, semua dia boleh rasa dan saiz dia pun semakin hari semakin membesar bersama-sama kasih sayang Dato' dengan Datin.

Tapi, boleh jadi jugak kalau tiba-tiba, Amy ni sebenarnya dah kahwin, kan? Sebab tu mama suruh aku agar tak berharap sangat. Sebab Amy dah berpunya!

Aku mengeluh sebentar. Mama dengan papa sudah kembali sibuk berborak pasal bisnes dia orang. Aku pun malas nak masuk campur. Bukan bidang pilihan aku pun semasa di kolej dulu.

Pemandangan luar ku tenung. Dah masuk highway. Kejap lagi sampai lah ni. Tak sabar rasanya nak bertemu si Amy ni. Who is he? And, what kind of person he is? Aku tertanya-tanya di sepanjang perjalananku.

Dan persoalan demi persoalan bermain-main di benak fikiranku tanpa ku ketahui jawapannya.

Telepati CintaWhere stories live. Discover now