Bab Tiga

385 6 0
                                    

Pagi Sabtu. Pagi yang sunyi. Pagi yang sangat sunyi. Sangat sepi. Dan sangat membosankan.

Aku memerhatikan kipas siling yang ligat berputar sedari tadi. Beberapa saat kemudian, satu keluhan ringan ku lepaskan. Ah, bosan!

Angah dah balik ke rumah sewa dia. Pukul lapan pagi tadi lagi dia dah naik bas ekspres menuju ke Melaka. Sebab hari Isnin dah mula kelas, jadi dia kata nak balik awal sehari, nak siapkan assignment.

Enal, adik bongsuku pula, sejak dah jadi bekas pelajar sekolah menengah, memang rumah ni dah jadi rumah tumpangan dia.

Hari ni tidur rumah Ammar, esok tidur rumah Epul pulak. Lusa balik rumah, tulat dah hilang lagi.

Yang aku peliknya, mak dengan ayah kawan-kawan dia tu tak kisah ke si Enal tu tidur rumah dia orang? Dan Enal pulak, memang tak pernah sekali pun dia bawak kawan dia balik tidur rumah sini. Bukannya tak ada bilik kosong pun nak ditumpangkan. Bila ditanya, tak mahu jawab. Entahlah.. Fikiran Enal tu, susah sikit untuk difahami. Budak genius lah katakan.

Jam dinding ku pandang sekilas. Lagi sepuluh minit pukul sebelas. Perut dah mula memasangkan lagu 'keroncong'.

Mama tak ada kat rumah. Ikut papa out-station kat Johor Bharu. Tiga hari.

"Mama nak pergi honey-moon dengan papa kat JB. Ayra jaga rumah baik-baik. Kalau ada apa-apa hal, jangan call kitorang! Call Airi. Mintak je semua kat dia, okay?"

Haish. Mama suka sangat kenen-kenenkan aku dengan si Airi tu. Tak dapat satukan aku dengan Abang Naim, dengan Airi pun jadi. Tak faham betullah.

Truuut! Truuut!

Satu mesej watsapp menyedarkan aku dari lamunan. Pad kekunci ku sentuh dan nama Vee terpampang di ruang skrin HTC-ku.

Vee: "Are you free right now?"
Vee: "I made some new brunch-recipes. Wanna try some?"
Vee: "No argue. Aku nak kau datang jugak sekarang. 😈 "
Me: "Wehh.. Aku tak sempat nak reply pun watsapp kau ni.."
Vee: "Lols. Joking k?"

Aku bagai orang mengantuk yang disorongkan bantal. Sudahlah tengah bosan, kelaparan pulak tu.

Me: "I'm on my way!"

**********************************

"Vee!"

Aku melaung namanya sejurus kelibat dia kulihat keluar dari Cafe Crystalia.

Sahabat nombor satu aku.

Selama lima tahun di perantauan orang, selama itu jugalah persahabatan antara aku dengan Vee sudah terjalin.

Dia sudah melambai-lambaikan tangannya di hadapan cafe. Skirt putih bercorak floral purple-pink, sangat padan dengan tight shirt lengan panjang warna coklat yang dipakai sekarang. Rambut dia yang dipotong pendek membuatkan lehernya nampak jinjang.

Kesimpulannya, Vee ni sangat cantik, kulit putih, tinggi, slim, bentuk badan lawa, dan atas sebab-sebab inilah, aku langsung tak terkejut masa dia kata nak tukar bidang kedoktoran kepada bidang permodelan beberapa tahun yang lepas.

Dan sekarang, dah jadi full-time model dah dia. Cafe Crystalia ni pula, dibina atas dasar perkongsian. Perniagaan sampingan. Saham Vee sebanyak 60 peratus, 25 peratus saham orang kedua iaitu ex-boyfriend Vee sendiri, dan selebihnya adalah saham orang ketiga.

Asalnya, Vee cadang nak beli cafe ni atas nama dia seorang. Memang dia nak sangat ada cafe sendiri. Memang dah jadi impian dia dah nak bina cafe sendiri.

Tapi, memandangkan dia pun baru mula kerja masa tu, modal tak berapa nak ada, dan pemilik asal cafe ni nak lepaskan kedai ni dengan segera, pertolongan daripada orang kedua dan ketiga lah yang diminta waktu itu.

Telepati CintaWhere stories live. Discover now