"Ayra.. Mama ada hal nak bincang dengan Ayra.." ujar mama ketika aku dan mama sedang mengemas dapur usai makan malam bersama.
"Hal apa ma?" Aku membalas sambil tangan mencuci pinggan di sinki.
"Ayra dengan Aiden dah takde apa-apa ke?" Soal mama.
Aku tersentak sebentar. Kenapa mama tanya pasal Aiden pula tiba-tiba ni?
"Kenapa mama tanya macam tu tiba-tiba?" Aku berpura-pura tergelak kecil. Pelik. Setahu aku, mama jarang bertanya tentang hubungan aku dengan mana-mana teman lelaki ku sebelum ini.
Mama memandangku. Sudu yang telah siap di basuh ku masukkan ke dalam bekas. Dan aku memandang mama kembali.
"Mama tanya aje. Saja nak tahu perkembangan hubungan Ayra dengan Aiden," mama menyambung kembali mengelap meja.
Aiden? Hubungan aku dengan Aiden sudah lama terputus sejak aku pulang ke Malaysia tiga bulan lepas. Aiden yang curang. Dan aku tinggalkan dia di Poland tanpa sepatah kata.
"Kitorang dah putus sebelum Ayra balik sini ma," aku jawab tanpa sebarang perasaan.
"Oh.. Mama sebenarnya ada calon nak kenalkan dekat Aira. Tu pun kalau Ayra setuju lah. Tapi kalau Ayra taknak mama tak paksa,"
Aku diam seketika. Sedang befikir-fikir tentang masa depanku.
"Ayra bukan taknak ma. Cuma.."
Mama menoleh langsung memandangku.
"Ayra tak percaya lah dengan taste mama. Mesti tak handsome kan?" Aku kembali menyambung sambil sedikit tawa ku selitkan.
Mama menjeling.
"Mama dah tengok gambar budak tu. Confirm Ayra takkan menyesal,"
"Alaa kalau handsome tapi buaya darat buat apa?"
Aku membuka peti ais. Aiskrim Cornetto ku capai. Kaki melangkah menuju ke kerusi dapur makan untuk menikmati aiskrim. Aiskrim lepas makan adalah rutin wajib!
Mama yang sudah selesai mengelap meja dapur terus menghenyakkan punggung di kerusi hadapanku.
"Ayra jumpalah dia sekali dulu. Kalau tak berkenan tak payah teruskan," mama masih memujuk.
Aku bukannya menentang sekeras-kerasnya idea mama tu kerana aku tahu siapa yang aku mahukan sebenarnya. Cuma, apa yang aku mahukan tidak mungkin dapat kumiliki.
"Yelah, Ayra okay aje," aku menuruti sahaja permintaan mama. Tiada kerugian apa-apa pun kalau aku pergi.
Mama tersengih.
Aku baru 25 tahun. Mama resah sangat nak carikan aku pasangan kenapa ya? Aku mengeluh dalam hati.
Aiskrim ku habiskan dan segera menuju ke bilik. Tersenyum seketika melihat text dari Abang Airi di paparan skrin handphone ku.
Abang Airi ajak date?
YOU ARE READING
Telepati Cinta
Teen FictionOrang kata, Kalau dah jodoh, Tak ke mana. Ibarat kisah Adam dan Hawa, Terpisah di dunia dalam ratusan tahun, Dan Jabal Rahmah menjadi saksi pertemuan semula mereka. Tapi, Kalau bukan jodoh, Sayang seribu kali sayang pun belum tentu dapat di...