"Abang.." Aku memanggilnya.
Abang Airi yang sedang khusyuk menatap skrin telefon bimbitnya mengangkat muka lalu memandangku. Walaupun hanya memakai hoodie dan jeans hitam, dia tetap kelihatan kacak bagiku.
"Apa dia?" Dia bertanya.
Masih memandangku sambil menanti balasan.
Hari ni, aku sengaja mengajak abang Airi keluar makan tengah hari bersama sebab sudah hampir dua minggu aku tidak bersua muka dengannya. Rasa lain pula. Lagipun, Abang Airi ni dah macam abang kandungku sendiri.
Mungkin disebabkan kami pernah berjiran suatu ketika dahulu sebelum dia dan keluarganya berpindah. Atau mungkin juga sebab jarak umur kami yang lima tahun bezanya menyebabkan aku secara tidak sedar telah menganggap dia sebagai abang kandungku sendiri sejak pertama kali aku berjumpa dengannya.
Tambahan pula, Abang Airi merupakan anak bongsu dan aku sendiri tiada abang atau kakak kalau nak diikutkan. Dan sebab kami dah macam adik beradik kandung, dari kecil lagi kami sudah berkongsi segala rahsia, luar dan dalam.
Antaranya, kisah cinta pertama aku yang terbengkalai begitu sahaja semasa di sekolah menengah, rahsia aku bergaduh dengan sahabat satu bilik di asrama satu ketika dahulu yang mama sendiri tidak pernah tahu mengenainya, saat aku pertama kali datang haid juga aku cerita semuanya.
Rasa nak tergelak pula tatkala teringat kembali kisah silam aku saat itu.
Aku masih diam. Serba salah mahu bertanya. Tapi, jika tidak ku tanya sekarang, entah bila pula agaknya aku akan ada kekuatan untuk bertanya.
"Abang ada girlfriend ke?" Soalan cepu emas aku lemparkan padanya.
Dia tersengih.
"Muka abang ni nampak macam muka lelaki ada girlfirend ke?" Dia tergelak lagi.
Apa yang kelakarnya pun aku tak tahu.
Orang kata, ada sesetengah manusia akan menggunakan helah sebegitu untuk mengelakkan rahsia mereka daripada terbongkar.
"Habis tu, dari tadi Ayra dok membebel itu ini abang tak bagi respond pun? Asyik mengadap handphone tu je. Tengah watsapp dengan girlfriend lah tu.."
Balasku. Tak puas hati.
"Dah cerita Aira tu tak menarik. Abang buka facebook je lah. Tengok video kucing ni lagi menarik. Tengok ni Ayra.. Kucing ni duduk macam manusia duduk. Nasib je dia tak 'cross leg'.." Katanya sambil menghulurkan smartphone miliknya.
Satu jelingan maut aku berikan.
Dia tergelak.
"Abang.. Aira tahulah cerita ni tak menarik.. But at least, buat-buat dengar je pun tak boleh ke? Ni orang tengah heart broken ni, boleh pula dia layan video kucing tu.."
Aku merengek. Muncung sudah sedepa.
"Alaa Aira ni.. Hari ni putus, dua tiga hari lagi dah jumpa orang baru. Bukannya heart broken sangat pun.. So, I'm not so worried about you. Abang kesian dekat lelaki-lelaki yang awak kata dah reject awak tu je.."
"Kenapa pula?"
"Sebab abang rasa Aira ni demand tinggi sangat. Ini tak betul, itu tak betul.. Abang pun tak tahu lelaki macam mana yang Aira nak sebenarnya.."
Satu keluhan ku lepaskan.
Bukannya aku tidak tahu apa yang diriku sendiri mahukan. Aku rasa sudah terlalu jelas jawapan itu. Cuma, apa yang kumahukan tak mungkin tercapai. Insan tersebut terlalu tinggi untuk ku gapai dan terlalu jauh untuk ku kejar.
YOU ARE READING
Telepati Cinta
Teen FictionOrang kata, Kalau dah jodoh, Tak ke mana. Ibarat kisah Adam dan Hawa, Terpisah di dunia dalam ratusan tahun, Dan Jabal Rahmah menjadi saksi pertemuan semula mereka. Tapi, Kalau bukan jodoh, Sayang seribu kali sayang pun belum tentu dapat di...