"Ayra.."
Hmmm?
"Ayra....."
Lelaki mana pulak yang panggil aku malam-malam buta ni?
"Ayra.. Bangun.."
Suara tersebut masih lagi bergema. Mendayu-dayu menyapa gegendang telingaku.
Mata masih lagi ku pejam rapat.
"Ayra sayang.."
Kelopak mata seolah-olah tidak mahu bekerjasama denganku.
Adakah ini mimpi?
Jika ya, teruskanlah membuai perasaanku ini wahai sang putera. Gunakanlah suaramu yang lemah gemalai itu untuk terus dan terus menggoncang naluri kewanitaanku.
"Ayra.. I love you so much. If you ever realised this, how happy could I be,"
I love you too! Come to me baby!
Buat seketika, aku hanyut dalam mimpiku sendiri.
Sekejap.
Kalau ianya mimpi, tak kisahlah. Tapi kalau bukan, macam mana?
Tiba-tiba, aku terjaga.
Kelopak mata berjaya juga ku buka akhirnya. Kawasan sekeliling bilik ku perhatikan.
Barang-barang masih berada di tempat asal. Pintu bilik pula masih tertutup rapat. Tingkap pun tiada tanda-tanda langsung ada penceroboh yang masuk. Bukan penceroboh yang masuk, sinar sang mentari sudah mula merembes masuk ke ruang bilikku melalui celah-celah tingkap.
Hari dah siang!
Satu nafas lega ku hela. Jam loceng ku kilas sekali. Pukul 8:30 pagi.
Tulah. Dah tahu tak boleh tidur lepas subuh, nak tidur jugak. Kan dah dapat mimpi yang bukan-bukan.
Aku tersengih sebentar.
Kalau dapat mimpi macam tadi hari-hari kan seronok. Kalau sambung tidur sekarang, boleh sambung balik tak mimpi tadi?
Selimut ku tarik semula. Mata ku cuba pejam kembali.
Tuk! Tuk! Tuk!
Namun, belum sempat pasangan mata ini terlelap, pintu bilikku diketuk dari luar.
"Ayra! Bangun!" Suara mama bagaikan halilintar menggegar bumi.
Pintu bilikku diketuk lagi. Semakin kuat.
"Ye, mama? Kakak dah bangun lah.."
"Turun sarapan! Anak dara bangun lambat. Apa nak jadi?" Mama sudah mula membebel.
"Kejap lagi kakak turunlah! Mama makanlah dulu dengan papa.."
Tiba-tiba, pintu bilikku terbuka. Terjegul wajah mama di sebalik pintu.
"Mama nak keluar kejap dengan papa. Sarapan tu makan cepat. Kang dah sejuk,"
"Ye, ye," pendek ku membalas.
Tak lama selepas itu, pintu bilikku ditutup. Aku pusing memandang pintu.
Mama sudah hilang dari pandangan.
Tiba-tiba, perasaan bersalah menyelubungi diri.
Pendek sangat ke jawapan aku tadi?
Memang.
Agak-agak, mama terasa tak?
Entah.
Segera aku berlari-lari anak mengejar mama.
"Mama!" Aku melaung.
Mama yang sedang menapak menuruni tangga menuju ke tingkat bawah menoleh ke arahku.
Segera aku mendapatkannya.
Tangannya ku pegang lembut.
"Mama.. Hati-hati keluar nanti. Suruh papa drive slow-slow. Dating, dating jugak. Tapi, jangan lupa kakak ni ada kat rumah. Bosan tau.." Aku memberi nasihat.
"Iyelah.. Mama tahulah jaga diri mama. Kamu tu, kat rumah hati-hati. Kunci semua pintu. Tingkap sekali. Jadi anak dara jangan asyik nak bangun lambat aje," giliran mama pula memberi nasihat.
Cheh. Macam tengah buat drama lah mama dengan aku ni, dekat tangga rumah pulak tu. Nak tergelak rasa.
Aku tersengih.
Dah selalu dah buat macam ni sebenarnya. Bagi kami, ianya tak pelik. Kan seronok, saling menasihati. Tak gitu?
Good girl Ayra..
Aku puji diriku sendiri.
Siapa lagi nak puji kalau bukan diri sendiri, bukan?
"Mama dah lambat ni! Ngada-ngada pulak dia. Dah! Kemas rumah ni sikit! Mak Mah cuti hari ni. Anak dia datang ambil tadi, nak bawa pergi bercuti," mama dah mula bebel dia.
"Wah! Mak Mah pun dah pergi bercuti. Esok lusa, mama dengan papa pulak lah bawak kakak jalan-jalan makan angin," aku mengampu.
Sementara tengah cuti ni, ampu selagi yang termampu!
"Apa kejadah dah besar-besar nak makan angin dengan mama? Pergi kahwin sana! Makan angin dengan suami. Senang sikit hati mama tengok,"
Eh, mama ni! Ke situ pulak..
"Apa mama ni? Kakak baru je nak mula kerja. Sabar sikit ye? Tahulah tak sabar nak timang cucu,"
Aku mencuit bahunya.
"Ah, sudah! Mama pergi dulu. Kesian papa kamu dah tunggu dalam kereta tu," akhirnya, mama mengalah.
"Iyelah.." balasku sambil menyalami tangannya.
"Bye, ma!"
Aku melambaikan tangan ke arahnya sebelum lambaianku di balas.
Mama ni, kadang-kadang macam budak-budak juga kalau di acah-acah gitu.
Macam mana agaknya zaman muda-muda remaja papa dengan mama dulu kan?
Tiba-tiba, hatiku menjadi sayu.
Ruang tamu rumah yang tak berapa nak luas sebelum ni menjadi sangat luas tiba-tiba dan terasa.. kosong.
Punggung ku henyakkan pada anak tangga. Ku perhatikan sekeliling.
Banyak sangat gambar kami zaman kecik-kecik dahulu tergantung pada dinding rumah. Gambar sekeluarga pun ada. Setiap tahun, memang kami tak pernah lupa untuk mengambil gambar bersama.
Namun, sejak aku melanjutkan pelajaran ke Poland, kekangan masa dan jarak menghalangi aku untuk kembali ke tanah air setiap tahun. Pulang untuk meraikan sambutan hari raya bersama.
Sejak itulah, kami sekeluarga berhenti ambil gambar bersama setiap kali hari raya menjelma. Angah kata, mama yang taknak ambil gambar. Sebab rasa tak lengkap. Dan tak sedap hati pula nak ambil gambar bersama-sama tanpa aku. Terharu jugalah aku dengar cerita angah masa tu.
Pandanganku tiba-tiba menjadi kabur. Mata terasa hangat dengan butir-butir air mata yang mulai merembes keluar.
Sekejap sahaja masa ni berlalu. Pejam celik pejam celik, dah cecah 25 tahun dah. Kalau nak diceritakan zaman kanak-kanak yang pernah aku lalui dahulu, memang tak cukup tujuh hari tujuh malam!
Lantas, aku bangun dan mula menapak naik ke atas menuju ke kamarku.
Semangat nak mengemas rumah tiba-tiba menyinggah masuk ke ruang sanubariku.
Biar mama dengan papa terkejut tengok anak dara dia mengemas rumah. Sekali dengan memasak! Combo tu!Aku tersengih dalam hati.
Let's go, Zuhaira!
YOU ARE READING
Telepati Cinta
Fiksi RemajaOrang kata, Kalau dah jodoh, Tak ke mana. Ibarat kisah Adam dan Hawa, Terpisah di dunia dalam ratusan tahun, Dan Jabal Rahmah menjadi saksi pertemuan semula mereka. Tapi, Kalau bukan jodoh, Sayang seribu kali sayang pun belum tentu dapat di...