Bab Dua

396 3 0
                                    

Jam tangan tepat menunjukkan jam 11:00 pagi. Mama dengan papa sudah beberapa minit meninggalkan aku keseorangan di sini. Katanya, nak bincang pasal bisnes dengan kawan lama dia.

Hishh.. Dah agak dah. Mama memang suka buat anak dara dia macam ni. Kesianlah kat aku ni.. Dah lah sorang pun aku tak kenal siapa. Menyesal pulak aku ikut mama ke sini.

Terkebil-kebil sebentar aku di tengah-tengah majlis sambil memerhati orang ramai yang sudah mula memenuhi ruang taman Vila Rayyan yang serba indah ini. Yup. Sangat indah.

Taman yang dipenuhi dengan pokok-pokok bunga orkid di sekeliling taman serta pokok bunga mawar yang pelbagai warna, gadis mana yang tidak terpikat melihat kawasan indah seperti ini.

Sangat terpelihara. Susunan pokok-pokok bunga yang ada di sini sangat teratur dan amat menyejukkan mata. Bijak orang yang mengolah taman ni. Mungkin, Datin Rosnah punya idea kut? Sebab mama pernah beritahu yang Datin Rosnah suka sangat dengan pokok-pokok bunga yang berwarna-warni macam ni.

Dan di satu sudut taman ini juga terdapat satu kawasan air pancut yang agak terlindung dari kawasan majlis dan ianya dikelilingi pokok-pokok bunga kecil berwarna putih. Tak tahulah pulak aku bunga apa. Yang pastinya, ianya sangat menarik perhatianku. Tak mengapa kan kalau aku tinggalkan majlis sekejap?

Segera aku menapak ke arah kolam tersebut, melarikan diri dari keriuhan suasana majlis tika itu.

Belum mula lagi rasanya majlis hari jadi ni. Sebab masing-masing begitu sibuk berborak dengan kenalan masing-masing. Baik yang tua mahupun yang muda. Anak-anak gadis yang lebih kurang seusiaku juga turut hadir dalam majlis sambutan hari jadi ini. Hurm.. Bergaya sakan mereka. Anak-anak orang kenamaan lah katakan.

Tiba sahaja di kolam ikan yang agak terlindung dari orang ramai ini, mataku jadi ralit melihat ikan-ikan di dalam kolam ini yang aku-pun-tak-tahu-ikan-apa yang kelihatannya sangat bebas berenang ke sana sini. Berwarna-warni. Merah ada, oren ada, kuning pun ada. Terpana sebentar melihat keindahan penciptaan alam ini.

"Cyprinus carpio.."

Aku tersentak.

Huh? What 'yo'?

Segera aku berpaling ke belakang, ke arah suara yang sepertinya menyebut sesuatu padaku. Dan kelihatan seorang jejaka berusia dalam lingkungan awal 30-an mungkin, sedang berdiri segak di belakangku sambil kedua belah tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar sut kelabunya.

"Sorry?"

Aku membalas dengan persoalan, meminta dia mengulang semula apa yang dikatakan sebentar tadi.

"I said, nama ikan ni Cyprinus carpio. Atau nama glamour dia, ikan koi. Kebanyakan orang akan memilih ikan ini untuk dijadikan ikan peliharaan. Letak dekat dalam kolam macam ni. It's pretty, isn't it? And mostly people menganggap ikan koi ni sebagai simbol kemewahan. But I'm not pretty sure 'bout that,"

Ah sudah. Berceramah pulak dia kat sini. Takpela. Layankan je. Ingat aku tak tahu ke ikan koi ni?

"Ikan koi dan simbol kemewahan. Walaupun tak berapa nak nampak kaitannya di situ, tapi takpe. Hipotesis awak saya terima," balasku sambil sebuah senyuman ku lemparkan padanya.

Dia tersenyum.

Okay, aku give-up. He is such a hottie! Women-killer smile dia bagi kat aku. Urghh!! Perut aku memulas. Petanda bahawa perasaan gementar sedang menyelubungi diriku kala ini. Segera pandangan ku alihkan semula ke arah ikan-ikan koi yang bertebaran berenang ke sana sini.

"Awak ada bela ikan ke? Nampak macam tahu banyak je pasal ikan ni.." Aku bertanya, sekadar berbasa basi.

Dia diam. Kemudian tersenyum.

Telepati CintaWhere stories live. Discover now