Pintu bilik pemeriksaan aku buka. Ramainya pesakit hari ini. Peluh didahi aku lap. Shawl aku pakai aku kemaskan. Jadi doktor ni, walau kau ramai pesakit mestilah kena cantik.
"Kak Ad, saya kena balik. Mak saya jatuh bilik air. Adik saya pergi sekolah jadi takde orang kat rumah. Akak takyah lah tunggu saya macam selalu."
Hana di muka pintu kelihatan risau. Aku hanya mengangguk dan membenarkan dia pergi.
"Erm bosannya lah aku ni. Lambatnya jam ni bergerak daripada tadi pukul 3."
Aku termenung memandang tingkap di kanan meja aku. Bunga tulip plastik yang aku letak hampir dua tahun lalu di tepi tingkap aku pandang. Kenapa aku masih belum lupakan dia ?
Jauh di sudut hati, aku masih rindukan dia. Aku masih berharap dia kembali.
*Tok tok
Bunyi ketukan pintu mengalihkan pandangan aku ke arah pintu.
"Haiii sayanggg. Tadaaaaa donut kesukaan awak !"
Aku tersenyum. Qays, tunang aku. Kalau dia takde, mesti sekarang aku masih tertunggu DIA.
"Qays, kan orang dah pesan jangan jerit. Kalau ada patient tadi camne ?"
"Saya check dulu sebelum masuk. Sorang ke? Hana mana? Sunyi je sayang saya ni."
Aku merupakan doktor dekat satu hospital kerajaan, Hospital Melati. So far aku okay je jadi doktor dekat sini.
"Hana balik. Mak dia jatuh tadi jadi saya tinggal sorang lah ni. Nasiblah ada encik Qays datang bawak donut."
Amboi, senyum sampai ke telinga ye tunang aku ni. Pantang kena puji.
"Qays, tak kerja ke ?"
"Harini cuti. Saja je nak melawat tunang. Rindu dah lama kan tak jumpa."
"Tak payah nak mengada eh Qays. Semalam awak baru je datang sini amik saya. Hilang ingatan ke bang ?"
"Hehe sayang. Saya dah lapar ni. Taknak makan ke?"
Dia mengenyit mata ke arah aku. Comelnya rasa nak gigit. Eh Adelia aippp.
"Makan lah Qays. Kebulur sangat awak ni saya nengok."
×××××
"Assalamualaikum ibu, adik dah balik."
"Waalaikumsalam, ibu dekat dapur dengan Ena!"
Jeritan ibu di dapur membuatkan aku terus berlari ke dapur. Aku mungkin dah umur 29 tapi aku lari laju okay.
"Haiii Ena! Mama Lia dah balikkk!"
Excited ye jumpa anak sedara. Aissa Nuveena, anak akak aku. Akak aku dah kahwin. Dia tua 2 tahun daripada aku.
"Ibu Ena mana?"
"Ibu pergi amik Ariq dekat taska. Ena tinggal dengan tok bu sebab Ena cuti hari ni."
"Kenapa Ena cuti?"
"Ibu tak kejut Ena bangun pagi tadi. Dia muntah-muntah malam tadi jadi ibu tidur lambat."
Aku membulatkan mata aku. Mengandung lagi ke apa akak aku ni? Ariq tu tadika pun belum boleh masuk lagi. Biar benar.
"Kenapa terkejut sangat ni Lia oii ? Ya, Ivy tu mengandung lagi. Kamu tu bila nak kahwin dengan Qays? Dia tu dah berapa kali dah tanya ibu. Kamu tu janganlah buat dia camtu. Dia tu budak baik."
Aku mengeluh. Bukannya tak nak kahwin, hati aku ni nak terima lelaki sepenuhnya dalam hidup aku pun tak yakin lagi. Qays ? Dia anak kawan ibu yang kena jodohkan dengan aku.
KAMU SEDANG MEMBACA
Jangan Datang Cinta
RomanceMemori yang aku nak lupakan tujuh tahun lepas kembali menghantui hidup aku. Kerana dia. Dia, Alyan Haqq. Aku tak menjangka dia kembali ketika aku sudah kuat untuk diri aku sendiri. "Kau dah janji dengan aku kan, Ade? Kita nak kawin kan?" "Stop bole...