14 - Uni

10 3 12
                                    

Adelya menarik bagasinya ke dalam bilik tersebut. Haih dunia baru lagi.

"Yow nama siapa?"

Perempuan yang memotong rambut pendek ala lelaki itu mengejutkan Adelia yang sedang memasang cadar katil.

"Er..."

"Eh makcik, aku bukan nak makan orang. Ketakutan macam kena tegur dengan hantu ni kenapa?"

Perempuan itu terus duduk terkangkang di depan Adelia.

Adelia menelan air liur pahit. Eh dia ni biar betul?!

"Aku Ayin. Kau siapa ?"

Badan Adelia dipukul kuat oleh Ayin. Eh dia ni sedap dia je pukul aku. Dah la kuat.

"Adelia, panggil Ad."

Ayin hanya mengangguk sambil makan jajan di atas katil.

"Aku nak turun pergi makan, kau nak kirim ke?"

Sekali lagi bahu Adelia dipukul kuat oleh Ayin. Ini kalau setahun duduk sama-sama mampus bengkak bahu Adelia.

"Er takpelah..aku.."

"Oi jangan takut aku tak makan orang. By the way nama aku airin tau. Aku kasi kau je panggil aku Ayin. Okay bye gerak lu."

Pintu bilik mereka dihempas Ayin. Ini kalau tercabut sia-sia sahaja.

                              ×××××
Alyan's pov

Badan aku hempas ke katil. Penatnya.. baru dua minggu masuk aku dah nak menuju ke alam kematian.

"Weh Al kamu kenapa macam dah nak mati je saya tengok?"

Junhao yang baru selesai class masuk ke dalam bilik. Tangannya penuh dengan makanan. Ni pergi kantin ke bazar ramadhan?

"Banyaknya Jun kau beli nak sambut raya cina ke apa?"

Aku bangun bersandar di kepala katil.

"Mana saya tau ma, aunty kat kantin itu yang kasi saya. Saya ambil saja lah. Takkan saya mahu buang itu makanan. Tak baik ma."

Aku hanya mengangguk. Takkan aku nak suruh dia pulang balik. Naya makcik kantin tu.

"Kamu kenapa banyak masalah ka?"

"Rindu girlfriend HSHAHHAHAHAHAH"

Junhao buat muka menyampah ke arah aku. Eh dia ni aku suruh tidur luar baru tau.

"Dahtu kamu mahu saya buat apa? Call lah dia. Bodo lah Al kamu ni."

Ya allah terkejut aku kena bodo.

"Dahla malas saya layan kamu. Saya mahu mandi babai"

Tualanya dilibas ke muka aku. Haih pelik-pelik lah abe roommate aku ni. Rasa nak campak kat lori sampah walaupun baru 2 minggu duduk sama-sama.

Teringat pulak perangai bodoh si Kevin tu.

Eh buat apa rindu si malaun tu?

Telefon pintar aku capai. Nama Ade Sayang💗 aku tekan.

Tit...tit...

"Helloo assalamualaikum Haqq..buat apaaa tu?"

"Eh dia ni orang call nak tanya dia, dia tanya orang pula.."

"HAHAHAHAHA orang baru siap kemas barang lah Haqq. Jun mana?"

"Eh sayang ni aku cubit kang haaa baru tau. Sibuk je cari si Jun tu. Tak suka Haqq dah ke?"

Kamu telah mencapai bab terakhir yang dipublikasikan.

⏰ Terakhir diperbarui: Nov 01, 2021 ⏰

Tambahkan cerita ini ke Perpustakaan untuk mendapatkan notifikasi saat ada bab baru!

Jangan Datang CintaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang