Adelia's pov
Aku mengenggam tangan aku kuat. Menggigil weh. Daiya nampak sungguh chill sedang makan jajan yang dibeli di koperasi tadi.
Ouh, hari ini keputusan PT3 keluar. Jadinya, aku tengah tunggu lah ni.
"Ad, nak sikit?"
Aku hanya menggeleng lemah. Orang tengah takut dia ajak aku makan jajan pulak.
Alesya ? Macam biasalah. Dia tengah sedap tido kat bahu aku ni ha. Ni kalau aku dapat naik pentas pastu bahu aku senget sebelah siap dia.
"Korang berdua ni memang takde rasa apa ke ?"
"Nak rasa apa? Exam pun aku jawab sambil tutup mata mestilah straight A."
Konfiden itu penting ye. Boleh dapatkan di 7e berdekatan anda.
"Cer kau lek Ad. Kau belajar pagi petang siang malam dah weh. Alyan dengan kau kalau bole 24 jam belajar je berdua. Apa lagi yang kau nak gelabah sangat?"
Aku hanya mengangkat bahu aku tidak pasti. Alesya bangun kerana perlakuan tersebut.
"Ha ye saya Alesya. Saya dapat 8A 2B ye. Alhamdulillah."
Alesya yang tiba-tiba bangun bertindak menyalam aku selepas mengucapkan syukur kepada Allah aku pandang atas bawah. Lah mamai ke ?
"Weh tulah engkau ni bodo sangat malam tadi buat apa? Asal pegi sekolah je tido, asal tido je pegi sekolah."
Hahahahhahaha Daiya dah bersuara ya. Abis dah lah tu jajan dia.
"Ehem ehem tak nampak ke aku kat sini?"
Kami bertiga memandang ke arah suara. Tak, jangan risau Alesya dah tak mamai lepas Daiya sumbat air kotak milo dalam mulut dia.
Bekalkan tenaga !
"Weh Al. Tak nervous ke?"
Aku memandang dia yang tersenyum ke arah aku. Senyum tu mesti yakin straight A.
"Nervous lah. Tu nengok umi aku tu ha dahla duduk depan. Kalau aku tak naik pentas ni abislah tercemar maruah anak lelaki terbaik di dunia."
"Aah en kau kan pandai cam aku."
Taulah kan siapa yang yakin tu.
"Lek lah Ad. Kita kan dah belajar, dah usaha, tawakal je ehh. Kau tak payah fikir sangat lah ibu kau tu. Kau dah buat macam-macam dah weh."
"Aah betul apa yang Alyan cakap tu Ad. Kau ni chill lah. Nah."
Kevin yang muncul entah dari pelusuk dunia mana menyumbat tealive ke dalam mulut aku.
Aku memandang tealive yang tinggal setengah tu. Eh? Aku baru sedut sikit.
Eh kejap.
"Weh bangang punya Kevin. Kau ingat sweet ke bangang indirect kiss ngan aku?!"
Aku memukul bahunya kuat. Abislah balik ni kena samak mulut aku. Terkongsi straw dengan babi pulak.
"Dahtu kecoh sangat dari tadi risau. Kau nengok yang berdua ni. Sorang makan jajan, sorang minum milo bekalkan tenaga. Kau? Gelabah macam nak terberanak."
Aku hanya menjeling dia. Sehari tak bergaduh dengan si Kevin ni mustahil ye kawan-kawan.
"Dah lah aku dengan Alyan nak pegi depan. Daiya dengan Alesya tak payah nak makan je keje. Penat aku nengok mulut korang berdua tak reti diam"
"Sibuk jelah kau. Dahla sana lah Kevin papan aku nak pegi tandas dengan Alesya."
Kalau korang rasa aku jahat dengan Kevin, malangnya tidak. Semua orang jahat dengan dia.
KAMU SEDANG MEMBACA
Jangan Datang Cinta
Roman d'amourMemori yang aku nak lupakan tujuh tahun lepas kembali menghantui hidup aku. Kerana dia. Dia, Alyan Haqq. Aku tak menjangka dia kembali ketika aku sudah kuat untuk diri aku sendiri. "Kau dah janji dengan aku kan, Ade? Kita nak kawin kan?" "Stop bole...