6 - Rumah

9 3 18
                                    

Hoodie hitam yang aku pakai aku betulkan. Minyak wangi aku semburkan sebelum pintu bilik aku dibuka untuk aku keluar.

"Eh Haq, nak pergi mana ni?"

Umi yang berdiri di pintu dapur memandang ke arahku. Umi tengah berkebun kot, bercomot bagai tangan.

"Nak pergi rumah kawan."

Aku hanya menunjukkan peace ke arah umi. Alah aku nak pergi belajar bukannya saja-saja.

"Rumah siapa cuti-cuti ni?"

"Rumah Ad"

"Ad mana pulak dah kamu ni Haq? Ada ke kawan kamu nama Ad? Adham ada lah yang kawan sekolah tadika kamu tu."

Aku hanya menggeleng laju. Power gila umi, aku ni nama kawan baik waktu tadika pun tak ingat.

FAKE FRIEND CHECKKK !

"Adelia umi. Adelia Mikayla. Celah mana pulak anak umi ada kawan nama Adham aduh umi ni."

"Lahh perempuan ke? Comeyy ke budaknya?"

Umi excited pulak dah kenapa. Terkejut aku tiba-tiba umi dah depan muka aku berdiri.

"Umi dah kenapa? Orang nak pergi study group bukan usha anak dara orang."

"Mana lah tau kalau comey budaknya bolelah umi kenal. Mana tahu berkenan."

"Ehhh mesti comeyyy mi. Haq pun suka dia gak."

"Haaa apa?! Haq umi kata jangan mengorat orang. Kamu tu baru tingkatan 2, tahun depan pt3 tau tak?!"

Umi mencari penyapu lidinya. Konon nak sebat aku lah tu. Sorry umi, Haq lari dulu.

"Bertuah punya budak! Kamu ngorat anak orang siap kamu ye!"

"Byeee assalamualaikum umii! Sayang umi! Haq nak ngorat jugak sebab confirm umi berkenan. Byeeee."

Pagar rumah aku tarik. Basikal aku kayuh laju meninggalkan kawasan rumah aku.

×××××

"Assalamualaikum Ad. Aku ni Al."

Aku memberi salam selepas sampai di depan rumah teres tersebut. Janggal? Hmm tidak. Tak ingat ke aku pernah datang rumah dia yang Kevin panggil aku suami Adelia tu.

"Waalaikumsalam sapa tu?"

Adelia yang freehair menjengukkan kepalanya ke arah pagar tempat aku berdiri sekarang.

"Alyaaannn!"

Aku jerit mana lah tahu dia tak dengar. Aku risau dia masih tak sedar dia free hair sekarang ini.

"Ibuuuu manaa tudung adikkk?!"

Jeritan Adelia dari dalam rumah membuatkan aku tertawa kecil. Kan aku dah kata dia tak sedar.

"Ehem ehem bang taknak masuk ke?"

Aku memandang wajah dia. Alhamdulillah dah pakai tudung, warna lilac ala comel.

"Bukan taknak masuk, nak masuk tapi takda orang nak muncul."

Dia hanya tersengih memandang aku. Aku taknak lah cerita pasal tadi tu lagi pun aku tahu mesti dia malu.

"Ha masuk lah. Jap lagi aku nak lepak dengan Kevin. Jadi kita kena cepat."

Aku hanya mengangguk. Belum sempat aku nak buka mulut aku tanya soalan,

"Nak lepak sekali tak Al? Bosan ar asyik nengok muka Kevin je. Tapi aku ada ajak Daiya sekali. Nak?"

Aku buat-buat berfikir, taknaklah nampak sangat excited sebab crush ajak keluar. Eh crush?

Jangan Datang CintaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang