4 - Kenduri

23 3 20
                                    

Aku bangun lambat hari ini sebab cuti sekolah. Buat apa nak bangun awal semata-mata nak dengar ibu bebel dekat aku dengan kakak?

Tapi tulah orang kata, langit tak selalu cerah. Sekarang ni langit aku dah gelap.

"Adeliaaaaaaa Mikaylaaaaa kamu bangun sekarang! Kamu tu anak dara tau tak?! Apa anak dara bangun time matahari dah tegak atas kepala ha? Kamu bangun mandi sekarang. Tolong ibu dekat dapur. Akak kamu tu ada tuition kat sekolah."

Aku lupa. Kalau akak sekolah, aku akan jadi pembantu rumah tanpa gaji ya.

"Ibuu sabar lah aduuu. Adik baru bangun ni membebel je tau."

"Baguslah bangun tengah hari buta ni. Anak dara macam ini takda siapa lah nak kawin dengan kamu sampai ke tua?"

Tak aku pelik sekarang ini. Aku ni 14 tahun ke 25 tahun? Suruh aku kahwin buat apa taknak aku.

"Ya ibu. Orang dah bangun sila pergi ke dapur jangan nak bebel. Bukannya selalu adik bangun lambat."

Aku mengusutkan rambut aku. Mengantuk weh. Aku dahla tidur pukul 5 pagi sebab maraton drama melayu. Terserlah kemelayuan aku.

Tuala yang digantung di belakang pintu aku capai. Aku kena mandi sebelum singa dekat dapur tu mengaum lagi.

                            ×××××

"Ibu ni dah kenapa masak lauk macam 20 orang nak makan? Kenduri ke apa rumah ini?"

Seperiuk besar ayam masak kari yang sudah siap aku buka. Perghh bapak sedap.

"Aah ada kenduri . Kamu tak tau ke apa? Semalam ibu dah pesan kat akak suruh pesan ke kamu. "

"Ouh tak. Akak tak pesan."

"Patutlah tidur tak ingat dunia. Ini kalau tak dikejut tetamu datang pun kamu masih mimpi lagi."

Aku hanya tersenyum senget. Perli lagi. Bosan betul aku.

"Nak tolong apa ini?"

Aku berura-ura untuk mencapai papan pemotong dengan pisau dekat sinki dengan harapan ada lah benda yang boleh buat.

"Ehhh tak payah tolong kat sini. Pergi depan kemas ruang tamu. Ibu pergi depan kamu tak siap kemas siap kamu. Ibu buang kamu punya gambar han seojun tu ha."

Okay kantoi. Aku tak nengok drama melayu. Sekian.

"Yelah yelah. Tetamu datang pukul berapa?"

"Pukul tiga."

Ini kenduri ke jamuan hari jadi? Orang selalu kenduri pukul 2, takpun malam. Ibu ni biar betul.

"Ini kenduri. Takda nya jamuan hari jadi ke hari pengebumian ke takda."

Aku cakap dalam hati kan? Ibu ni telinga ada lapan ke apa?

"Yelah ibu. Lain kali kejut lambat-lambat. Tetamu dah datang baru sibuk suruh adik kemas."

Aku terus mencicit lari. Kau jangan aku kena baling pisau mampus aku. Cukuplah akak je pernah sebab dia terhempas periuk kesayangan ibu dulu.

"Kamu menjawab lah ya Adelia! Kamu tunggu ayah balik siap kamu aku suruh dia bedal!"

Aku hanya membiarkan saja ibu bebel. Ingat aku takut lah? Ayah dengan aku macam kawan baik. Apa nak takutnya?

                            ×××××

Shawl berwarna lilac aku ikat. Jarum aku cucuk di bahagian tepi shawl supaya shawl secure takda lah gerak-gerak. Aku ni dahla perempuan kena basuh pinggan kat dapur.

Jangan Datang CintaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang