10 - Tuition

7 2 12
                                    

Beg aku hempas di atas meja kantin. Fuh penat. Ini ke dugaan nak hadapi spm? Berat betul eh.

"Weh korang solat dulu tau weh. Aku nak pergi beli makanan sebab aku tak boleh."

Aku dan Daiya hanya mengangguk. Dah dia nak pergi beli, aku dengan Daiya kirim jelah.

Selepas solat zohor,

"Nah ni kau punya makanan. Ha Daiya mee goreng habis so amiklah keropok tu."

Muka Daiya yang ceria tadi kembali muram.

"Mana cukup..."

Aku pandang nasi goreng aku. Aku pun dah kenyang ni.

"Ambiklah aku punya. Tadi rehat aku dah makan banyak. Aku ada keropok ni ha takpe."

Daiya memandang aku lama. Aku fikir dia nak cakap takpelah. Lah dia sambar rupanya nasi goreng kat tangan aku.

Menyesal jadi baik.

                                ×××××

"Okay jadi harini cikgu nak awak buat latihan m/s 65 sampai 75 okay. Senang je tu. Mana tak faham boleh tanya cikgu atau mentor awak okay?"

"Okay cikgu."

Satu kelas menjawab. Macam biasa, suara Kevin satu kantin sampai ke bilik guru dengarnya.

Vroom vroom (tak jangan kecam sis tak pandai nak tulis bunyi motor camna)

Aku menoleh ke arah tempat parking motor. Alyan baru datang.

"Haaaa Alyan bagus ya datang lambat."

Cikgu Aisyah hanya memandang dia yang tersenyum dengan gelengan. Datang lambat pandai takpe weh.

"Ade, amboi tenung kertas macam nak tembus dah tu. Nah semalam Ade nak kitkat en?"

Seplastik kitkat diserahkan kepada aku. Aku lemah betul lah dia ini.

Dia menyuruh aku bergerak ke kanan. Ish dia ni dahla depan cikgu pastu kacau aku.

"Nak apa?"

"Sana lah sikit. Haqq nak duduk sini depan Cikgu Hana."

"Nak duduk depan saya ke nak duduk dengan Adelia ha Alyan?"

Aku hanya menggaru kepala aku gatal. Ish Alyan ni kang.

"Sana Ade. Haqq cakap bergerak sana sikit."

Aku hanya bergerak seperti yang dia pinta. Buatnya dia panggil aku sayang kan sia-sia je.

30 minit kemudian,

Soalan 5 aku tenung lama. Dia tanya apa ni aduuu.

"Ada mentor bukan jadi batu je kat sini Ade."

"Tak faham..."

Soalan 5 tadi aku tunjuk. Dah memang tak faham en jujur jelah.

"Okay camni ha ni tambahkan dengan yang ni....."

"Ouh camtu faham."

"Haaa pandai. Bagus."

Dia terus mengusap kepala aku lembut.

"WUUUUUUUU ALYAN WUUUUU ADELIAAAA WUUU"

Sekarang ni aku nak menyorok kat mana. Alyan di sebelah aku tarik.

"Ade menyorok kat Haqq ni kenapa?"

Dia yang tersentak mengangkat tangan dia ke atas. Mana taknya muka aku betul-betul kat dada dia.

Jangan Datang CintaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang