Suis lampu kedai bunganya ditutup sebelum dia menuju ke pintu kedainya. Kemudian, pintu kedai itu terus ditutup dan dikunci supaya tidak berlaku pencerobohan.
Song Jihyo memandang persekitaran yang sudah sunyi tanpa sebarang bunyi daripada manusia. Dia mengeluh kecil sebelum meregangkan urat lehernya yang sedikit lenguh.
"Itulah kau Jihyo. Selalu sangat buat kerja sampai larut malam." bebelnya lalu menuju ke keretanya.
Sesampainya dia di kereta, dia terus masuk ke dalam lalu menghidupkan keretanya. Kemudian dia terus memecut laju di atas kesunyian jalan malam.
Jihyo bergumam kecil apabila mendengar lagu daripada radio keretanya. Sebenarnya itu adalah salah satu cara untuk mengurangkan ketakutannya.
Jalan yang sunyi tanpa kereta ditambah dengan kegelapan membuatkan Jihyo sedikit gemuruh.
"Janganlah ada hantu yang keluar. Omma, Hyo menyesal buat kerja leka sangat. Huargh."
Sejujurnya, dia tidak suka berada dalam keadaan yang gelap dan juga sunyi. Dia bencikannya kerana perasaan takut selalu menyelubungi minda.
Nafas ditarik dalam lalu dihembus perlahan. Namun hampa. Ianya tidak menjadi malah tangannya pula yang bergetar dengan lebih hebat seiring dengan degupan jantungnya.
Keringat dingin perlahan-lahan membanjiri dahi licinya. Ini membuatkan Jihyo sukar untuk bernafas. Bayangan-bayangan kegelapan mula bermain di mindanya. Tanpa sedar matanya sudah bertakung dengan air mata.
Song Jihyo sekali lagi menutup matanya lalu nafas ditarik dengan dalam sebelum---
Buk!
"OMMA!!." tangannya terus ditarik dari terus memegang stereng kereta.
Matanya bergetar hebat apabila melihat sekujur badan sudah terbaring kaku di hadapan keretanya. Jihyo memandang sekeliling kawasan yang gelap dan sunyi itu dengan linangan air mata.
Manusia yang telah dilanggarnya tadi dilihat dengan perasaan takut. Jihyo terus keluar dari keretanya lalu menapak beberapa langkah ke hadapan.
Air matanya terus mengalir lebih lebat apabila melihat baju namja tersebut sudah penuh dengan kesan darah. Dengan kaki yang semakin melemah, Jihyo perlahan-lahan mengorak langkah ke arah namja itu lalu dia jatuh melutut di sisi kepala namja tersebut.
"Cheo---cheogiyeo..aw--awak" tangannya bergetar dengan lebih kencang apabila namja itu tidak menyahut. Dengan saki-baki kekuatan yang tersisa, Jihyo meletakkan jarinya di hadapan hidung namja itu.
Terbit keluhan kelegaan apabila Jihyo dapat merasai nafas namja itu. Keadaan namja itu dipandang dan diteliti dengan lebih mendalam.
Dengan kekuatan perempuannya, Jihyo terus mengangkat badan namja itu dengan bersusah payah. Badan namja itu dibaringkan di bahagian belakang sebelum berlari tergesa-gesa ke bahagian pemandu.
Dia harus cepat supaya namja ini mendapatkan rawatan.
-It's my fault because I fell in love with someone like you-
-You're just way too good for someone jerk like me to be with-
YOU ARE READING
Death [Jeon Jungkook]
Fanfiction+ "mencintai kau adalah salah kerana cinta kau membunuhku" + Status: On Going Start: 9/6/2021 End: A junghyo fanfiction ❤jeon jungkook ❤song jihyo