12|🍀not intend

51 5 2
                                    

12.45 a.m

Jihyo melihat waktu di jam dinding sebelum dia mengeluh berat. Dia yang sedang duduk bersila di atas sofa di ruang tamu milik Jungkook sesekali mengerling ke arah pintu rumah. Televisyen yang menyiarkan acara Knowing Brothers tidak mampu menarik perhatiannya.

Anak matanya masih setia mengerling ke arah pintu rumah. Menunggu kedatangan Jungkook dan juga Mingyu. Suasana suram dan sunyi rumah agam milik Jungkook membuatkan Jihyo tidak senang duduk.

Siapa yang tak takut tinggal berseorangan di rumah besar ini. Walaupun cantik dan megah, namun jika berseorangan pada waktu malam sudah pasti orang tersebut tidak senang duduk.

Kalau ikutkan, boleh sahaja dia melihat-lihat dan menggunakan apa sahaja barang yang ada di rumah ini. Lagi-lagi apabila tuan rumah sudah memberi keizinan.           

Walaupun mempunyai pelbagai perkara yang boleh diterokai dan dilakukan, namun dia masih lagi erti 'privasi'. Lagipun ini bukanlah rumahnya. Kan tak manis meneroka rumah orang lain tanpa tuan empunya.

Jihyo sesekali melihat permukaan telefonnya. Mana tahu kalau Mingyu menghantar pesanan kepadanya namun hampa. Tiada satupun teks pesanan yang diterima.

"Mana diorang berdua ni? Mingyu kata Jungkook luka. Lama betul dia pergi ambil tuannya"ujar Jihyo lalu mengeluh kasar.

Sesudah mereka makan malam, Mingyu mendapat panggilan telefon daripada Jungkook. Melihatkan raut wajah Mingyu yang tiba-tiba serius membuatkan dia tertanya-tanya.

Bila ditanya, katanya Jungkook terluka. Dia yang mendengarnya juga terkejut.

Katanya dia mahu menjemput Jungkook pulang namun sampai sekarang kelibat mereka berdua masih lagi tidak kelihatan. 

"Ke Mingyu hantar mamat tu pergi hospital? Habistu, apa function dia jadikan aku doktor peribadi dia?!" rungut Jihyo geram.

"Aku ni mengantuk. Kalau waktu aku tidur nanti  dia balik tiba-tiba macam mana? Tapi kalau kejap lagi diorang sampai and Jungkook dah diubat, aku pulak yang sakit hati" omelnya sendiri.

"Lebih baik tak perlu  jadikan aku sebagai doktor peribadi dia. Mengada-ngada betul nak guna khidmat doktor peribadi. Lepastu pilih aku. Dah macam tiada doktor lain dalam dunia. Jangan kata dunia, Korea ni pun banyaklah doktor bertauliah" rungutnya lagi.

Walaupun dia tidak suka dengan cara Jungkook yang mendesaknya, namun sifat doktornya tidak dapat dibuang begitu sahaja.  Lebih-lebih lagi apabila dia sudah menyelamatkan nyawa namja itu dua kali.

Sebagai seorang doktor, sudah pasti dia risau bila mendengar yang Jungkook terluka.

Sedang sibuk dia melayan perasaan, pancaran lampu kereta milik Jungkook membuatkan Jihyo tersedar dari dunianya.

Jihyo terus berlari anak kecil lalu membuka pintu rumah. Jungkook yang kebetulan baru sahaja keluar daripada kereta mengerutkan dahinya apabila melihat gadis kecil itu masih lagi belum tidur.

"Kenapa kau tak tidur lagi?" soal Jungkook dingin. Mingyu yang melihat Jihyo yang hanya berdiri tegak sambil memandang Jungkook dengan tajam terus mengerutkan dahinya.

"Noona kwenchanayeo?" soal Mingyu membuatkan Jihyo terus mengalihkan pandangannya ke arah Mingyu. Kalini dia juga memandang Mingyu dengan tajam.

Jungkook hanya menjeling Jihyo sebelum wajah Mingyu dipandang.

"Esok pagi kau tak perlu jemput aku. Aku drive sendiri" ujarnya lalu terus berjalan untuk masuk ke dalam rumah.

Mingyu hanya menundukkan sedikit kepalanya sebelum dia memandang Jihyo. Sebuah senyuman diberikan kepada gadis itu sebelum dia masuk ke dalam kereta semula lalu keluar dari perkarangan rumah Jungkook.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 09 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Death [Jeon Jungkook]Where stories live. Discover now