02|🍀her kindness

227 52 28
                                    

Sudah tiga hari sejak kejadian di mana Jihyo telah menyelamatkan Jungkook. Dan hari-hari Jihyo juga sudah berjalan seperti sedia kala.

Dia akan membuka kedai bunganya pada pagi hari dan akan menutup kedai pada jam 9 malam.

Song Jihyo kini bersiap-sedia untuk pulang ke rumah. Harini  dia akan pulang lebih awal kerana tidak mahu perkara yang sama berulang kembali. Biarlah pengalaman yang lalu menjadi teladan untuk dirinya.

Selesai mengunci pintu, Jihyo terus menaiki keretanya lalu menuju ke rumahnya. Sesekali matanya memandang ke arah sekeliling untuk melihat suasana. Dia mengeluh kelegaan apabila jalan itu masih lagi diterangi dengan lampu jalan yang samar-samar.

Namun apabila dia sampai di satu persimpangan, dahinya mengerut apabila dapat melihat dengan jelas dua orang yang sedang bersandar di kereta. Jihyo mengecilkan matanya dan apabila dia sudah dapat menangkap figura itu, terus matanya membeliak.

Dengan cepatnya Jihyo memakirkan keretanya di belakang kereta tersebut lalu bergegas menuju ke arah mereka

"Mingyu-shi!Jungkook-shi!" Jihyo duduk melutut di hadapan mereka berdua. Jelas di depan matanya mereka berdua dalam keadaan yang berdarah dan mempunyai kesan lebam di mana-mana.

Jungkook menjeling sekilas ke arah Jihyo sebelum tangannya menekan lebih kuat di tempat kesan tikamannya. Jihyo yang perasan dengan keadaan Jungkook terus mengalihkan tangan Jungkook sebelum jaket hitam kulit itu dibuka lalu t-shirt hitam itu dikoyak dengan sekali rentapan.

Terpana Jihyo apabila kesan tikaman pada tempoh hari kini telah terbuka semula jahitannya. Dia kemudiannnya terus mengoyakkan kain labuhnya lalu diikat ke bahagian luka itu. Jungkook merengus kesakitan apabila badannya digerakkan.

"Mingyu-shi--kwenchanayeo? Awak berdua kena pergi hospital sekarang juga"

Jihyo terus memeriksa keadaan Mingyu sambil tangannya ligat membelek ke seluruh tubuh Mingyu. Mujurlah hanya terdapat beberapa luka kecil.

"Cik Jihyo--argh. Kami tak apa-apa. Lebih baik Cik Jihyo pulang sekarang. Saya akan bawa Tuan Jungkook pulang."

Terpana Jihyo apabila mendengar kata-kata Mingyu. Dia melihat ke arah Jungkook yang masih lagi menahan kesakitan. Bawa pulang? Adakah Mingyu tidak lihat kalau  'Tuannya' ini sedang sakit.

"Apa yang awak merepek ini? Awak kena hantar Tuan awak pergi hospital, bukannya rumah. Tuan awak perlukan rawatan." jerit Jihyo sedikit kuat akibat geram dengan kata-kata Mingyu.

Secara tiba-tiba Jungkook menarik kasar pergelangan tangan Jihyo membuatkan badan Jihyo terdorong ke hadapan. Panahan tajam Jungkook membuatkan Jihyo gerun. Dia menelan liurnya kasar.

"Dengar sini perempuan! Baik kau pergi dari sini sekarang! Tempat ini tak selamat untuk kau! Balik!!" Jungkook menepis lengan Jihyo kuat lalu matanya memerhati ke arah sekeliling. Takut-takut kalau ada yang memerhati.

"Andwae. Saya tak boleh tinggalkan awak berdua dekat sini dengan keadaan seeperti ini. Saya hantar awak pergi hospital. Kajja"

Jihyo membantu Mingyu untuk berdiri seterusnya Jungkook pula. Wajah gusar milik Mingyu tidak diendahkan. Jungkook merengus kasar apabila yeoja ini masih lagi berdegil.

Apabila melihat keadaan Jihyo yang bersusah-payah untuk membantu Jungkook, Mingyu dengan cepatnya mengambil alih.

"Kamsahamida Cik Jihyo tapi sebaiknya kalau Cik Jihyo pulang sekarang. Tempat ini tak selamat untuk Cik Jihyo" rayu Mingyu. Dia juga takut dengan nasib gadis cantik ini kalau berada berdekatan mereka. Lebih-lebih lagi sekarang 

"Andwae. Saya tak akan pergi kalau saya tak hantar awak berdua ke hospi--"

"BAIK KAU BALIK SEKARANG PEREMPUAN!!AKU TAK PERLUKAN KAU!!AKU TAK PERLUKAN HOSPITAL!!"

Death [Jeon Jungkook]Where stories live. Discover now