2 bulan kemudian
Song Jihyo membaca kertas pesakitnya. Dia meneliti dengan satu-persatu sambil tangannya sibuk membelek keputusan pesakitnya.
Knock~knock
"Come in" arah Jihyo sambil memandang sekilas ke arah pintu apabila melihat kelibat seorang namja yang mengenakan labcoat.
"Doktor Song..saya tahu awak dah bertugas kembali tapi janganlah serius sangat muka tu" gurau doktor namja itu apabila sudah melabuhkan punggungnya di hadapan Jihyo
Jihyo tergelak kecil sebelum kertas tersebut disimpan dengan elok. Wajah namja di hadapannya dipandang.
"Doktor Choi Jin Hyuk, saya dah lama tak bertugas jadi mestilah kena serius" gurau Jihyo
Jin Hyuk tergelak mendengar jenaka gadis bertubuh kecil ini.
"Glad to see you comes back. Im really happy to see you to seat in that chair again" ucap Jin Hyuk
Sejujurnya dia memang rindukan gadis ini. Sejak peristiwa di mana gadis ini kehilangan sahabatnya, dia membuat keputusan untuk berehat sementara.
Jihyo tersenyum kecil. Sejujurnya dia masih lagi tidak bersedia namun memikirkan tanggungjawabnya sebagai seorang doktor, dia harus menguatkan semangat.
"So tell me Miss Song, apa yang awak buat sepanjang tempoh berehat?" soal Jin Hyuk
Sudah pasti gadis ini membuat sesuatu.
"Saya buka kedai bunga" jawab Jihyo mengejutkan Jin Hyuk
"Awak beli sebuah kedai?" soal Jin Hyuk
Jihyo menganggukkan kepala.
"Saya beli sebuah kedai dan saya buka kedai bunga. Memandangkan saya kembali bertugas jadi saya biarkan kenalan saya yang ambil alih kedai" ujar Jihyo
"Baguslah. Sekurangnya-kurangnya saya tahu awak buat benda yang mampu bahagiakan diri" balas Jin Hyuk sambil tergelak kecil
Jihyo tergelak mendengar jenaka yang namja ini. Dia menggelengkan kepalanya sebelum matanya terarah ke jam tangannya.
Dia tersenyum kecil.
"Awak masuk sebab nak ajak saya lunch. Betul tak?" teka Jihyo membuatkan Jin Hyuk segera berdiri.
"Kalau dah tahu--kajja. Buat apa terduduk lagi dekat situ?" sakat Jin Hyuk
Jihyo menggelengkan kepalanya sebelum berdiri sambil mengambil barang peribadi miliknya.
Dia berjalan melintasi Jin Hyuk sambil diikuti namja ini.
Tujuan mereka sudah semestinya
Cafe hospital.
"Macam mana dengan gudang?" Soal Jungkook sambil memandang wajah Mingyu yang berdiri tegak di hadapannya.
"Everything is going well so far. Saya dah arahkan budak-budak untuk sentiasa berjaga- jaga" lapornya sambil memandang Jungkook yang sedang mengeluarkan sepuntung rokok dari kotaknya.
Jungkook menyalakan rokoknya lalu hujung puntung rokok itu diletakkan di bibir. Rokok tersebut disebut sebelum asap tersebut dihembus ke udara. Dia menjeling sekilas ke arah Mingyu lalu bangun daripada tempat duduknya.
"Pastikan barang-barang kita dijaga dengan baik. Aku tak nak perkara yang sama berulang kembali"arah Jungkook dengan tegas.
Mengenangkan kembali apa yang sudah Kim Hanbin lakukan membuatkan darahnya menggelegak. Dia akan pastikan pisang tidak akan berbuah dua kali.
YOU ARE READING
Death [Jeon Jungkook]
Fanfiction+ "mencintai kau adalah salah kerana cinta kau membunuhku" + Status: On Going Start: 9/6/2021 End: A junghyo fanfiction ❤jeon jungkook ❤song jihyo