04|🍀escape

185 43 28
                                    

Bibirnya dirapatkan ke punggung puntung rokok lalu di sedut. Kemudian, asap rokok dilepaskan ke hadapan muka salah satu anak buahnya yang sudah melutut berlumuran darah di hadapannya sekarang.

Dia melihat wajah anak buahnya yang sudah penuh dengan lebam itu lalu tersenyum sinis persis seorang gila.

"Aku tanya kau sekali lagi, mana perginya Jeon Jungkook?" soalnya buat kedua kalinya.

Namja yang sudah berlumuran darah itu mengangkat kepalanya lalu menggelengkan kepalanya sekali.

"Maafkan saya Tuan Kim. Jeon Jungkook sudah melarikan diri dengan anak buahnya" ujarnya takut-takut lalu menundukkan kepalanya. Tidak sanggup untuk melihat wajah bengis milik tuannya.

Tuan yang digelar sebagai Tuan Kim itu tersenyum sinis sebelum bangun dari duduknya. Puntung rokoknya dibuang lalu dipijak sebelum memandang anjing kurapnya dengan jijik.

"Kau telah gagal melakukan tugas kau wahai anjing kurapku. Kau tahu itu bukan?" soalnya dingin.

"Maafkan saya Tuan Kim! Saya janji yang saya akan dapatkan Jeon Jungkook untuk Tuan" jawab namja itu terketar-ketar. Dia melutut di hadapan tuannya sambil memohon peluang.

Tuan Kim tersenyum sinis melihat anjing ini merayu kepadanya sebelum dia menendang kepala namja itu dengan kuat.

"Sudah pasti aku akan dapatkan Jeon Jungkook tapi-----" Tuan Kim menghulurkan tangannya dan serentak itulah ada seorang lagi anak buahnya yang memberikannya sepucuk pistol.

Namja yang melihat senyuman sinis yang meniti di bibir tuannya terus menggeletar ketakutan. Dengan kadar yang cepat dia terus melutut  kembali di hadapan tuannya.

"Maafkan saya Tuan Kim. Saya janji yang benda ini tidak akan berlaku lagi. Tolong lepaskan saya Tuan Kim!!" rayunya setengah mati sambil memegang erat kaki tuannya.

"Kau memang tidak akan mengulangi kesilapan kau kerana kau----" Tuan Kim jeda untuk seketika sebelum-





  BANG! BANG! BANG!

"Mati"sambungnya apabila sudah selesai mencabut nyawa anak buahnya yang tidak berguna.

Dia si pelaku tersenyum sinis apabil melihat tubuh yang baru sahaja ditembaknya kaku tidak bergerak. Bagaikan memberi kepuasan untuk dirinya apabila melihat hasil kerjanya yang indah.

Percikan darah yang terkena di tapak tangannya itu dilap sebelum pistol itu dibaling ke arah anak buahnya yang satu lagi.

"Buang mayat ini dalam sangkar haiwan kesayangan aku. Aku yakin mereka pasti sudah kelaparan" arah Tuan Kim lalu menapak keluar daripada daripada bilik tersebut.

Tangannya mencapai telefon pintarnya yang berada di dalam poket seluar lalu menelefon seseorang.

"Aku nak kau cari bangsat tu dan ikut pergerakan dia. Ingat, jangan buat apa-apa." arahnya kepada namja yang berada di hujung talian lalu menamatkan panggilan tersebut.

"Kalini kau selamat Jeon Jungkook. Tapi lain kali, aku bersumpah yang aku akan seksa kau sampai kau mati" ujarnya sinis.

Membayangkan segala idea jahatnya sahaja sudah membuatkan dia begitu gembira. Tidak sabar mahu menyeksa Jeon Jungkook sehingga mati.  Dia akan melakukan apa sahaja untuk menjatuhkan Jeon Jungkook kerana dia ialah





KIM HANBIN















































"Macam mana keadaan markas?" soal Jungkook sambil menatap wajah pembantunya, Kim Mingyu.

Mingyu yang setia berdiri di sisi katil milik Song Jihyo hanya menganggukkan kepalanya.

Death [Jeon Jungkook]Where stories live. Discover now