Jihyo menapak keluar daripada bilik Jungkook sambil matanya liar memandang sekeliling.
"Besar rumah dia. Tak sunyi ke tinggal sorang-sorang?" gumam Jihyo lalu turun ke bawah.
Perutnya yang berbunyi dari tadi membuatkan dia tidak mampu lagi untuk menahan kelaparan. Manakan tidak, semalam dia tidak sempat mengisi perutnya kerana 'disamun' bak kata Jungkook.
"Morning noona" tegur Mingyu yang berada di bawah. Dia tersenyum manis melihat Jihyo. Dari tadi, dia sudah menunggu supaya gadis itu turun untuk bersarapan.
Jungkook pula sudah keluar untuk pergi ke tempat mereka. Dan dia mengarahkan Mingyu agar kekal di rumahnya harini supaya menemani gadis bertubuh kecil itu.
"Mingyu-yah" panggil Jihyo dengan ceria lalu berlari ke arah Mingyu lalu memeluk badan kekar miliknya. Gembira dia bila dapat melihat wajah yang boleh dia percayai.
Mingyu tergelak kecil sebelum dia membalas pelukan gadis kecil ini. Pundak kepala gadis itu diusap lembut. Seakan-akan seorang abang yang sudah lama tidak melihat adiknya.
Jihyo melepaskan pelukan lalu mendongak memandang Mingyu. Wajah kacak Mingyu ditenung lembut. Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa bersyukurnya dia apabila melihat Mingyu sebentar tadi.
Manakan tidak, sudah semestinya dia terkejut apabila bangun sahaja dia sudah berada di dalam bilik milik Jungkook. Nak-nak lagi apabila dia dikatakan hampir diragut malam semalam.
"Noona kwenchanayeo?" soal Mingyu prihatin. Wajah Jihyo yang sedikit pucat ditenung dengan risau. Gadis ini ada luka di mana-manakah semalam?
Lemah jantungnya semalam apabila dia melihat Jihyo yang pengsan tidak sedarkan diri erat di dalam pangkuan Jungkook.
Dia yang pada ketika itu yang sedaang menunggu Jungkook di dalam kereta terus berlari mendapatkan kedua mereka.
"Kwenchana. Terima kasih berkat tuan awak yang selamatkan noona" ujar Jihyo lalu tersenyum manis.
Namun Mingyu agak tidak berpuas hati dengan jawapan Jihyo. Lebih-lebih lagi melihat wajah Jihyo yang pucat. Tidak ubah seperti mayat hidup.
"Noona yakin? Tak ada luka dekat mana-mana?" Soal Mingyu lagi. Jihyo hanya menganggukkan kepalanya. Bibir pucatnya masih lagi mampu untuk tersenyum buat Mingyu
"Muka noona pucat sangat ni?"
"Noona lapar. Daripada semalam tak makan lepas kena ragut" rengek Jihyo. Sejujurnya dia sudah rasa seperti mahu pengsan buat kali kedua. Betapa laparnya dia sekarang ini.
"Kajja. Mesti noona lapar sangat ni sampaikan pucat muka noona" ujar Mingyu lalu menarik lembut pergelangan tangan Jihyo agar mengikutinya.
Sesampainya di meja makan, mulut Jihyo melopong apabila melihat pelbagai jenis hidangan yang dihidangkan di depan matanya sekarang.
"Noona makan sampai kenyang. Kalau tak cukup bagitahu Gyu. Gyu boleh minta Yeon Ahjumma buatkan" terangnya sambil menoleh ke arah Jihyo.
"Kwenchaa. Inipun dah memadai" ujar Jihyo
Mingyu menolak badan Jihyo lalu menempatkan Jihyo di atas kerusi. Dia kemudian mengambil tempat di depan Jihyo.
"Please help yourself" pelawa Mingyu lalu menghirup secawan kopi yang sudah suam.
Jihyo tersenyum kecil sebelum dia juga menghirup secawan kopi yang masih hangat. Mingyu memandang Jihyo sekilas sebelum dia memasukkan sesuap nasi goreng kimchi ke dalam mulutnya.
"Noona nak tanya sesuatu boleh?" soal Jihyo tiba-tiba membuatkan Mingyu yang baru sahaja mahu memasukkan makanan ke dalam mulut terus terjeda buat seketika.
YOU ARE READING
Death [Jeon Jungkook]
Fanfiction+ "mencintai kau adalah salah kerana cinta kau membunuhku" + Status: On Going Start: 9/6/2021 End: A junghyo fanfiction ❤jeon jungkook ❤song jihyo