11|🍀they met after all

96 7 3
                                    

Mingyu tersenyum manis apabila melihat kelibat Jihyo yang sedang duduk di sebuah pondok kecil yang tersedia di halaman bunga milik Jungkook.

Mingyu tersenyum manis apabila melihat kelibat Jihyo yang sedang duduk di sebuah pondok kecil yang tersedia di halaman bunga milik Jungkook

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sesudah sahaja dia menghantar Jungkook, Jungkook terus mengarahkan dirinya supaya datang ke sini untuk menemani gadis kecil ini. Dalam masa yang sama cuba untuk menenangkan hati Jihyo setelah apa yang berlaku pada waktu pagi tadi.

Jungkook yakin yang Jihyo mesti belum lagi tidak dapat menerima kesemua keadaan yang berlaku pada pagi tadi.

Mingyu terus mendekati gadis kecil itu lalu melabuhkan punggungnya di sebelah Jihyo. Jihyo yang perasan dengan kehadiran Mingyu terus mengalihkan pandangannya ke sebelah kanan dimana Mingyu berada.

"Kenapa noona ada dekat sini?" soal Mingyu sambil menilik wajah cantik Jihyo

"Kenapa Gyu ada dekat sini? Tak kerja?" soal Jihyo kembali.

Yelah pelik juga dia melihat Mingyu boleh ada disini sedangkan sekarang masih lagi waktu bekerja. Ponteng kerja agaknya.

"Tuan Jungkook nak Gyu temankan noona dekat sini" jawab Mingyu bersahaja.

Jihyo mengerutkan dahinya. Dah kenapa nak berteman bagai? Dia bukannya budak lagi mahu berteman-teman.

"Susahkan Gyu sahaja. Sepatutnya sekarang ini Gyu kerja. Gyu kan orang kanan Jungkook. Gyu sepatutnya dengan dia sekarang." ujar Jihyo. Rasa seperti dia sedang menyusahkan namja ini.

"Tak apa. Gyu lagi suka dekat sini. Boleh Gyu luangkan masa dengan noona" ujar Mingyu berseloroh sambil tersenyum manis ke arah Jihyo.

Jihyo tergelak kecil. Nasib baik Mingyu ada, tidaklah dia berasa bosan disini.

"Ini kalau Jungkook dengar, mesti Gyu kena potong gaji" usik Jihyo beserta senyuman manis di bibir. Mingyu hanya menggelengkan kepalanya.

"Noona nak tanya something boleh?"

Mingyu menganggukkan kepalanya. Wajah Jihyo yang cantik itu terus berubah raut. Kini dengan lebih serius.

"Gyu dah tahu ke tentang noona kena jadi doktor peribadi tuan Gyu?" soal Jihyo mahukan kepastian. Entah mengapa dia dapat rasakan yang Mingyu juga mengetahui tentang perkara ini.

Mingyu mengeluh kecil sebelum menganggukkan kepalanya. Bukan niatnya mahu menyembunyikan perkara sebenar namun dia sedar yang dirinya yang hanyalah sebagai orang kanan Jungkook.

Sedangkan dia sendiri mahu memberitahu Jihyo tentang hal ini, namun dia risau jika terjadi sesuatu perkara yang tidak diingini. Lagipun, ada baiknnya jika Jihyo mengetahui semua benda daripada Jungkook sendiri.

 Terus berubah riak wajah Jihyo. Kenapa Mingyu tidak memberitahunya? Sedangkan dia percayakan namja di hadapan matanya sekarang ini.Tidak sangka yang Mingyu akan bersekongkol dengan Jungkook. 

Jihyo tersenyum perit. Apa yang dia harapkan? Walaupun Mingyu rapat dengannya, namun namja ini masih lagi bekerja untuk Jungkook. Sudah pasti dia akan lebih setia dan mendengar segala percakapan Jungkook berbanding dirinya.

Death [Jeon Jungkook]Where stories live. Discover now