Jungkook merapikan penampilannya di cermin buat kali terakhir sebelum dia ingin melangkah keluar daripada biliknya. Dia melihat dirinya buat kali terakhir. Terbit senyuman sinis Jungkook apabila melihat penampilannya.
Kacak.
Kemudian dia terus berjalan ke arah pintu biliknya lalu melangkah sebelum pintu biliknya ditutup. Tiba-tiba matanya terus tertumpu ke arah bilik yang berada di hadapan biliknya. Bilik di mana Song Jihyo berada.
Tak lama seketika, pintu bilik tersebut dikuak dari arah dalam. Jihyo yang baru sahaja hendak keluar dari bilik untuk bersarapan terus membantutkan niatnya apabila matanya bertembung dengan anak mata tajam milik Jungkook. Secara drastik, Jihyo terus meloloskan dirinya kembali ke dalam bilik.
"Macam mana dia boleh ada dekat luar ni?" bebel Jihyo perlahan. Telinga kanannya dilekapkan di permukaaan pintu untuk mendengar sebarang bunyi yang terhasil. Lebih tepat lagi untuk mengetahui samada Jungkook masih lagi ada di depan biliknya ataupun tidak.
Manakala Jungkook yang berada di luar hanya memutarkan matanya tanda menyampah. Pura-pura malu konon. Dia dengan perlahan-lahan bergerak ke arah bilik gadis itu sebelum pintu diketuk perlahan.
"Turun makan. Aku ada benda yang nak bincang dengan kau" arah Jungkook lalu terus pergi meninggalkan gadis tersebut tanpa mendengar jawapan daripada empunya badan. Matanya sempat menjeling sekilas ke arah jam tangan yang elok tergantung di pergelangan tangannya.
Rasanya dia masih punya banyak waktu untuk berbincang dengan Jihyo sebelum masuk ke tempat kerja.
Jihyo yang mendengar itu terus mengeluh kasar. Baru hari pertama dia tinggal disini sudah bertembung dengan mamat itu. Macam mana dia boleh lupa yang biliknya terang-terangan hanya berhadapan dengan bilik Jungkook.
Rancangan untuk mengelakkan dirinya daripada bertembung dengan Jungkook selagi dia masih tinggal di rumah ini sudah musnah di permulaan. Lihatlah sendiri, belum sehari dia sudah bertembung dengan Jungkook.
Lebih parah lagi, Jungkook mahu berbincang sesuatu dengan dirinya. Di hari pertama dia menetap di rumah agam milik namja itu. Apa yang malang sangat dirinya ini?
Dia cuba untuk menenangkan dirinya dengan menarik nafas dalam-dalam lalu dilepaskan perlahan sebelum melangkah keluar daripada biliknya kemudian terus menuju ke bawah. Sepanjang perjalanan, dia tidak lupa untuk merapikan dirinya.
Tidak mahu nampak selekeh di depan tuan rumah.
Sesampainya di bawah, dia terus ke meja makan di mana dia dapat melihat dengan jelas Yeon Ahjumma yang sedang menghidangkan secawan kopi kepada Jungkook. Kelibat belakang badan Jungkook yang jelas tertampang di matanya membuatkan Jihyo mengeluh kecil.
Yeon Ahjumma yang sedar akan kehadirannya terus menguntum senyuman tuanya sebelum dia menundukkan sedikit kepalanya. Tidak perasan yang gadis ini sudah berdiri di situ sebentar tadi.
YOU ARE READING
Death [Jeon Jungkook]
Fanfiction+ "mencintai kau adalah salah kerana cinta kau membunuhku" + Status: On Going Start: 9/6/2021 End: A junghyo fanfiction ❤jeon jungkook ❤song jihyo