CAHAYA mentari pagi menerobos masuk ke dalam kelas melalui tingkap kelas. Di satu sudut kelas, kelihatan seorang pelajar lelaki sedang membaca buku seorang diri dimejanya. Cahaya mentari mengena pada kulit wajahnya yang jelas putih kemerahan itu.
Tag nama yang berada dibaju uniform sekolah berwarna biru itu tertulis namanya, Safwan.
Muhammad Safwan. Si ketua pelajar yang menjadi dambaan pelajar perempuan sekolah ini. Goodlooking. Anak cikgu pula itu. Dirinya seringkali disebut oleh guru-guru disini tentang sikap baiknya. Ceh, macam lah dia seorang je baik dalam sekolah ini..
Sementara itu..
Kakiku pantas berlari melalui koridor bangunan sekolah menuju ke kelas. Aku segera melangkah masuk ke dalam kelas dan terus menghampiri mejaku yang terletak di hadapan meja Safwan.
"Safwan!" Aku menepuk mejanya. Safwan terkejut. Dadanya disentuh. Wajahku dipandang hairan.
"Oi! Terkejut aku. Sebelum tegur bagi salam lah dulu" Safwan menarik nafas perlahan.
Aku tersengih. Kerusi ditarik menghadapnya lalu aku melabuhkan punggung di atasnya. Wajah sempurna itu aku tatap.
Safwan, satu-satunya sahabat lelaki yang paling aku rapat. Kadangkala ramai pelajar perempuan cemburu denganku kerana hanya aku seorang saja perempuan yang boleh rapat dengan Safwan. Iyalah, Safwan tak selesa bergaul dengan perempuan lain selain aku.
Setiap kali mereka cuba mendekati, Safwan menjauh.
"Kenapa jumpa aku ni?" soal Safwan. Dia bersandar pada badan kerusi. Tangan disilangkan.
Aku mengeluarkan sebuah buku lalu dihulurkan padanya.
"Aku dah siap tulis novel ni semalam. Cuba kau baca. Okey tak rasanya?" Safwan memandang buku itu. Keningnya bertaut.
"Kau tak nak cuba buat genre lain ke?" Buku itu diambil lalu dibuka. Fokus dia membaca sinopsis buku novel hasil ciptaanku itu.
"Aku tak pandai. Kalau buat genre seram, aku sendiri jarang ada pengalaman seram. Kalau ada pun, bukannya menarik dan sarat dengan rasa seram pun." jelasku.
"Kuat sangat tengok drama kau ni. Patutlah asyik berangan je. Tengok, sampai dalam ini kau punya berangan. Dalam cerita je boleh kahwin dengan lelaki perfect. Reality, no man in this world are perfect."
"Siapa cakap? Eh wei, kau tak sedar diri ke kau tu terlampau perfect?" Safwan memandangku.
"Tak percaya."
"Woi, tak percaya apa? Kalau kau tak perfect, tak ada lah orang yang nak sukakan kau. Safwan, buka mata kau luas-luas. Berapa ramai orang kat luar kelas itu tengah senyap-senyap stalk kau sekarang?" Automatik pandangan Safwan beralih ke luar kelas.
Benar kata Fiya, beberapa orang pelajar perempuan kini sedang mengintainya dari luar tingkap kelas secara senyap. Alahai, dari tingkap pun jadilah..
"Apapun, cerita kau best. Aku sokong je apa yang kau buat. Cuma agak cliche dan bosan sikit bagi aku. Try again next time." Buku tersebut diberi kepadaku kembali.
YOU ARE READING
Detak Nadi Cinta
RomanceHadirnya dia, membawa cinta... Menulis novel adalah salah satu hobi yang paling menyeronokkan bagi seorang gadis bernama Nurin Sufiya. Ia bagaikan terapi jiwa dan mindanya ketika dia sedang tertekan. Namun, Sufiya diprovok agar berhenti menulis sete...