SUDAH masuk hari ketiga program karnival pendidikan berlangsung. Aktiviti pada pagi ini ialah meredah hutan gunung. Aku sudah bersiap sedia dengan segala kelengkapan diri.
"Oi Fiya!" teguran seseorang mengejutkan aku. Pantas aku mendongakkan sedikit wajah. Kini, susuk tubuh Safwan sedang berdiri dihadapanku.
"Eh? Kau ada kat sini?"
"Haah, aku pun join."
"Eh tapi kan ni untuk peserta karnival.."
"Sebenarnya aku ni petugas hutan juga. Saja, kerja part time." Aku mengerut dahi. Aik? Boleh pula begitu?
"Jomlah, program dah nak mula." Safwan terus berlalu.
Aku masih dalam dunia sendiri. Kemudian aku terus melangkah ke hadapan, bersama para peserta yang terdiri daripada guru dan pelajar dari sekolah lain.
"Oh ya Fiya, jangan lupa baca doa sikit. Kita nak masuk hutan. Kalau jumpa benda pelik-pelik jangan sesekali sentuh atau tegur. Cakap benda yang baik-baik saja. Ingat pesan aku." pesan Safwan.
Aku mengangguk. Itu memang pantang larang untuk masuk hutan. Kita tak boleh sesekali mencabar 'penghuni' hutan ini. Sebelum program bermula, aku membaca sedikit doa memohon perlindungan kepada Tuhan sepanjang aktiviti ini berlangsung.
Tidak lama kemudian, program pun bermula. Aku hanya berjalan santai menikmati kedinginan dan menghayati bunyi alam pada pagi itu. Cahaya mentari pagi cerah memancar dicelahan dedaun pohon-pohon hutan. Burung-burung berkicau riang, bersatu dengan bunyi alam.
Safwan hanya mengikutiku dari belakang. Katanya mahu memastikan keselamatanku terjamin. Dia lakukan atas arahan siapa pun aku tidak tahu.
Safwan memandang gadis dihadapannya itu. Dia teringat pesanan ummi padanya semalam.
"Wan boleh tolong tak?"
"Boleh je. Tolong apa tu ummi?"
"Tolong jagakan Fiya sepanjang program karnival tu berlangsung. Ummi risaukan keadaan Fiya. Tolong, jagakan dia eh? Tak lama lagi dia nak jadi isteri Wan."
Safwan tersenyum sendiri. Umminya pun sayang sangat akan Sufiya. Nak buat macam mana, dia pun tak boleh halang. Itu kehendak umminya. Haruslah diturutkan.
"Fiya, aku nak tanya boleh?"
"Tanyalah."
"Kalau lah ibu kau suruh kau kahwin, kau nak ke?"
"Hmm. Tengok jugalah. Kalau ianya baik untuk aku, apa salahnya. Dan aku tengok juga siapa bakal suami aku. Kalau dia baik, insyaAllah keturunannya nanti semua akan baik-baik."
"Walaupun lelaki itu tak sempurna?" tanya Safwan.
"Aku tak kisah. Kalau dia tak sempurna sekalipun, aku yang akan cuba sempurnakan dia. Kekurangan aku, dia yang akan sempurnakan. Betul kan?"
"Ya. Lumrah hidup berpasangan, saling melengkapi antara satu sama lain." sambung Safwan.
"Fiya."
"Ya?" Aku memandang Safwan. Kini mata kami bertemu.
"Nanti datanglah rumah. Ummi rindu nak jumpa kau. Dia kata ada sesuatu yang dia nak bincang dengan kau."
YOU ARE READING
Detak Nadi Cinta
RomanceHadirnya dia, membawa cinta... Menulis novel adalah salah satu hobi yang paling menyeronokkan bagi seorang gadis bernama Nurin Sufiya. Ia bagaikan terapi jiwa dan mindanya ketika dia sedang tertekan. Namun, Sufiya diprovok agar berhenti menulis sete...