TUDUNG bawal yang tersarung di kepala aku pin supaya kemas. Aku merenung diriku yang kini lengkap dalam persalinan baju kurung moden bercorak bunga-bunga. Keluhan dilepaskan.
"Haish, aku malas betul nak datang rumah orang ni."
Tanganku mencalit sedikit lipbalm lalu disapu pada bibir supaya kelihatan lembap. Aku menoleh saat pintu bilikku terkuak dari luar.
"Kau dah siap?" soal Sufina, kakak sulungku dari muka pintu bilik.
"Fina, boleh tak cakap kat ibu aku sakit perut. Rasa tak boleh kot nak ikut datang." ujarku sambil memegang perut. Dahi dikerutkan. Sengaja berpura-pura sakit. Sufina masuk lalu terus memegang lenganku.
"Tak baik tipu ibu. Dah jom!" Sufina terus menarik tanganku agar bangun dari kerusi.
Aku mencebik. Aduh, drama tak jadi pula..
Aku hanya mengikut langkah Sufina menuju ke ruang tamu rumah.
"Babah mana?" soalku pada Sufina.
"Babah busy sikit kat office. Dia tak dapat ikut. Malam nanti agaknya baru dia balik." Aku hanya membuat mulut 'O' sahaja.
"Kenapa Yaa bersiap lambat?" soal ibu, pelik. Aku sengih saja.
"Dia ni ha ibu, tak nak ikut pula. Macam lah orang tak tahu dia takut nak jumpa someone special."
"Someone special? Yaa? Cakap dengan ibu, Yaa ada minat sesiapa ke?" Eh, memandai je ibu ni.
Aku tak pernah minat sesiapa. Malah, ibu sendiri tak benarkan aku jatuh hati pada mana-mana pelajar lelaki di sekolah. Katanya, budak bawah umur tak sesuai bercinta dan salah kerana perbuatan itu cuma menambah dosa saja. Tapi sebaliknya, dalam kelas aku majoriti pelajar mempunyai pasangan masing-masing. Amira pun sama. Aku dan Safwan sajalah yang dicop single. Aku pun tak faham. Ibu ceramah aku bagai, mengapa dia tak ceramah sekali budak-budak couple tu? Bercinta bagai sampai bertahun lamanya, entah-entah besar nanti kahwin dengan orang lain juga.
"Tak adalah. Yaa tak minat siapa-siapa pun." nafiku. Aku menjeling tajam pada Sufina yang seakan mahu ketawakan aku. Kurang ajar ini kakak!
"Baguslah tu. Ibu nak Yaa jadi orang paling special untuk bakal suami Yaa nanti." Apa ibu ni? Aku tak habis SPM lagi dah sebut bakal suami. Dia nak kahwinkan aku lepas SPM ke macam mana?
"Maksud ibu?"
"Satu hari nanti, Yaa akan tahu siapa dia." Ibu tersenyum. Begitu juga kakak. Aku pelik dengan mereka berdua. Seperti ada sesuatu yang mereka sorokkan daripada aku.
"Siapa dia? Siapa?" senyuman mereka membuatkan aku tertanya-tanya. Apa yang mereka maksudkan sebenarnya?
"Tunggu dan lihat saja. Dah, jom. Kita dah lambat." Ibu terus melangkah keluar dari rumah.
Aku termangu seorang diri. Puas berfikir apa sebenarnya yang mereka cuba sampaikan. Namun tiada jawapan yang aku dapat. Persoalanku tergantung begitu saja.
Adakah ibu tahu siapa bakal suami aku?
.
Aku menyorokkan tubuhku sedikit dibelakang tubuh ibu. Malu sebenarnya nak berjumpa dengan emak Safwan. Mungkin sebab sudah terlalu lama tak berjumpa, aku jadi segan dengan wanita itu. Aku ingat kali terakhir berjumpa pun, masa jamuan perpisahan darjah enam dahulu. Memang lama sudah tidak bersemuka begini kerana kekangan waktu. Lagipun, emaknya lebih sibuk bekerja. Maklumlah, lecturer.
YOU ARE READING
Detak Nadi Cinta
RomanceHadirnya dia, membawa cinta... Menulis novel adalah salah satu hobi yang paling menyeronokkan bagi seorang gadis bernama Nurin Sufiya. Ia bagaikan terapi jiwa dan mindanya ketika dia sedang tertekan. Namun, Sufiya diprovok agar berhenti menulis sete...