WAJAH sugul ibu aku pandang. Rautnya jelas kelihatan kecewa. Aku sedar, aku sudah membuat ibu kecewa. Aku sudah cemarkan nama baik ibu kerana sikapku yang tidak matang itu.
"Kenapa Yaa? Ibu marah, ibu sedih dengan sikap Yaa. Kenapa Yaa sanggup buat macam tu?" ujar ibu, penuh perasaan kecewa.
"Yaa minta maaf ibu. Yaa tak boleh kawal diri. Yaa terlalu ikut emosi. Sebab Yaa benci perempuan tu. Sebab dia, Safwan jadi mangsa." balasku. Suaraku bergetar.
"Tapi bukan dengan cara macam tu! Yaa tahu tak Yaa dah buat salah besar! Yaa cekik Jiha tu dikira cubaan membunuh. Marah macam mana pun, jangan cuba-cuba nak bunuh anak orang! Ibu tak ajar Yaa untuk membunuh!" marah ibu.
"Yaa tak ada niat nak bunuh Jiha. Yaa cuma geram, marah, sakit hati dengan kata-kata Jiha. Dia pernah buli dan hina Yaa ibu!" Mataku bergenang. Bila ingat kata-kata Jiha, hatiku semakin sakit.
"Tak ada niat atau tak, itu semua salah! Salah besar! Yaa tak fikir ke perasaan ibu bila Yaa buat macam tu?? Yaa tak fikir ke tanggapan orang pada Yaa nanti?? Yaa cuma fikir kepuasan hati Yaa je! Yaa tak fikir tentang ibu, tentang orang lain!"
Aku terdiam. Nafas dihela perlahan.
"Yaa terlalu ego. Yaa pentingkan diri. Yaa nak balas dendam demi kepuasan hati. Itu salah."
"Esok, pengetua nak jumpa Yaa dengan Jiha. Apa-apa hal, ibu tak nak campur dah. Pandailah Yaa selesaikan. Sendiri buat, sendiri tanggung. Apa-apa hukuman yang dikenakan atas Yaa, ibu tak nak ambil tahu." kata ibu sebelum berlalu meninggalkanku.
Aku memejam mata rapat. Benar kata ibu, aku ego. Balas dendam demi kepuasan hati. Biarlah, aku akan terima padah sendiri. Sendiri buat, sendiri tanggung.
.
Sebagai hukuman, aku dan Jiha telah digantung sekolah selama sebulan bermula esok. Ibu pula telah meminta pertukaran sekolah secara tiba-tiba. Aku tahu mengapa ibu berbuat begitu. Aku sendiri tak sanggup bila ibu dicerca oleh oleh rakan-rakan setugasnya. Hanya kerana tindakan bodohku, ibu turut menjadi mangsa. Tetapi ada bagusnya, tak perlulah aku hadap lagi muka syaitan bertopeng manusia tu.
Aku melangkah menyelusuri lorong wad hospital itu. Aku memegang kemas beg kertas yang berisi kuih-muih. Pintu bilik wad bernombor 301 aku tolak. Katil seseorang dicari. Dua hari tanpa usikan Safwan amatlah membosankan. Jadi, aku terfikir untuk hadir melawatnya hari ini.
Ketika itu, aku lihat Cikgu Sarif serta ummi turut berada disisi katil Safwan. Langkahku terhenti. Aku berasa malu pula untuk berhadapan dengan Cikgu Sarif selepas apa yang berlaku padaku semalam.
Maka, niatku untuk bertemu Safwan terpaksa dibatalkan. Aku berpaling. Nanti sajalah aku datang semula bila Cikgu Sarif dan ummi sudah pulang.
"Fiya? Kenapa tercegat situ? Marilah sini." teguran Cikgu Sarif menyentakku.
Alamak! Bagaimana dia boleh perasan akan kehadiranku?
Aku berpaling semula.
"Eh, Fiya ada sini rupanya." ujar ummi. Safwan memandangku. Kini pandangan kami bertemu.
"Fiya, marilah sini." ujar Cikgu Sarif lagi. Lelaki itu tersenyum mesra. Aku jadi janggal. Tidakkah dia tak bencikan aku sepertimana guru-guru lain bencikan aku?
Perlahan-lahan aku menghampiri mereka. Tangan ummi aku salam dengan penuh hormat.
"Fiya datang nak lawat Safwan ye?" tanya ummi.
"Haah. Saja, dah lama tak tahu khabar Safwan." balasku sambil tersenyum manis.
"Dah lama ye? Safwan baru masuk hospital semalam, lama juga eh?" usik ummi. Aku telan air liur. Silap!
YOU ARE READING
Detak Nadi Cinta
RomanceHadirnya dia, membawa cinta... Menulis novel adalah salah satu hobi yang paling menyeronokkan bagi seorang gadis bernama Nurin Sufiya. Ia bagaikan terapi jiwa dan mindanya ketika dia sedang tertekan. Namun, Sufiya diprovok agar berhenti menulis sete...