SEPULUH tahun kemudian..
Suasana kelas pada pagi itu riuh dengan suara para pelajar darjah satu yang sibuk melakukan aktiviti mewarna gambar. Aku tersenyum sambil memerhati mereka dari meja guru. Galeri telefon dibuka, gambar seseorang disentuh.
Sepuluh tahun berlalu, apa khabar tentangnya? Sihatkah dia? Sudah kahwinkah dia? Masihkah dia ingat tentangku?
Semuanya masih tidak aku ketahui. Sepuluh tahun aku simpan rasa ingin bertemu si dia. Tetapi masih belum ada peluang untuk bertemu.
"Cikgu! Jauh termenung?" teguran seorang pelajar perempuan mengejutkan aku dari lamunan. Aku memandangnya.
"Saya dah siap. Cantik tak cikgu?" tanya gadis kecil itu sambil menunjukkan gambar kertasnya yang diwarna. Aku senyum.
"Cantiknyaaa! Pandai awak warna." pujiku.
"Heheh. Terima kasih cikgu!" ucapnya lalu terus kembali ke tempat duduknya.
Kedengaran loceng sekolah berbunyi menandakan waktu pengajaran seni ketika ini sudah tamat.
"Okey, waktu cikgu dah tamat. Siapa yang tak siap warna lagi tu boleh sambung kat rumah. Minggu depan cikgu nak ajar awak semua buat benda lain pula." ujarku pada seluruh pelajar.
"Baik cikgu." Aku mengambil buku-buku di atas meja guru.
"Bangun.." arah si ketua kelas.
"Terima kasih cikgu!" serentak mereka mengucapkan terima kasih kepadaku. Aku senyum lantas terus membawa langkah keluar dari kelas.
Secara kebetulan, telefonku berdering menandakan seseorang menelefon. Aku memandang skrin telefon. Ibu rupanya. Panggilan itu aku jawab.
"Assalamualaikum ibu."
"Waalaikumussalam."
"Kenapa ibu call Yaa ni? Ada masalah ke?"
"Tak adalah. Saja nak call." balas ibu dari hujung talian.
"Ish ibu ni. Terkejut Yaa. Ingat ada masalah kot."
"Yaa ada kelas ke?" Aku memandang jam ditangan.
"Haah. Ada kelas lepas ni."
"Ohh. Ibu cuma nak pesan, sebelum balik nanti tolong belikan susu tepung untuk Afwa. Susu dia dah habis ni." ujar ibu. Kedengaran juga suara tangisan Afwa dihujung talian. Kuat pula tu. Pasti Afwa sedang meragam saat ini.
"Asal Fina tak belikan je? Tu anak dia kot. Bukan anak Yaa."
"Ish budak ni. Fina tak boleh keluar. Dia ada emergency case kat hospital. Tolonglah Yaa. Anak saudara Yaa jugak kan?" Aku menggenggam tangan geram. Nafas dihela perlahan.
"Hm yelah." balasku malas. Arahan ibu, turut sajalah.
Sufina adalah ibu tunggal. Suaminya telah meninggal dua bulan lalu ketika bertugas memerangi pengganas di sempadan. Bila Sufina sibuk dihospital, ibu lah yang akan menjaga Afwa, satu-satunya anak perempuan yang Sufina ada. Tambahan pula ibu sudah bersara, jadi tugasnya hanya bermain dengan cucu sajalah.
Telefon aku matikan. Aku meneruskan langkah ke arah bilik guru.
.
Aku membelek-belek kotak susu tepung yang tersusun kemas di rak pasaraya. Hm. Ibu tak cakap pun susu jenama apa yang Afwa minum. Manalah aku tahu sebab bukan aku yang jaga si Afwa tu.
Telefon dikeluarkan. Aku menghantar mesej pada ibu bertanyakan jenama susu yang biasa dibeli Fina. Sementara menunggu ibu membalas mesej tersebut, aku menuju ke bahagian bahan-bahan untuk membuat kek dahulu. Ingat nak membakar Sabtu nanti. Memandangkan hari cuti umum.
YOU ARE READING
Detak Nadi Cinta
RomanceHadirnya dia, membawa cinta... Menulis novel adalah salah satu hobi yang paling menyeronokkan bagi seorang gadis bernama Nurin Sufiya. Ia bagaikan terapi jiwa dan mindanya ketika dia sedang tertekan. Namun, Sufiya diprovok agar berhenti menulis sete...