BAB 2

25 1 0
                                    

KAKIKU melangkah perlahan menuruni anak tangga menuju ke padang sekolah. Kelihatan pelajar-pelajar lelaki sedang bermain bola sepak. Pelajar-pelajar perempuan pula menjadi tukang sorak ditepi padang. Semuanya bersorak bukan untuk pasukan. Tapi untuk si Safwan seorang saja. Tak adil betul.

"Aaaa! Cuba tengok Wan tu! Macho giler!" Aku memandang jelek dua orang pelajar yang berada disebelahku. Husna dan Aina. Tergedik-gedik sungguh.

"Hei, behave sikit. Kau berdua tu perempuan. Jangan nak gedik sangat." tegurku. Direct saja senang. Malas nak berkias bagai.

"Eleh, kau jeles dengan kitorang kan? Mentang-mentang kau seorang je boleh rapat dengan dia, acah berlagak pula anak cikgu ni." ujar Husna penuh angkuh.

Perempuan ni tak rasa lagi pelempang aku bolehlah cakap.

Baru aku ingin mengangkat tangan, seseorang menghampiri. Terus tak jadi mahu melempang perempuan itu. Nasib mereka baik kali ini. Kalau tak percuma je makan pelempang aku.

"Sufiya! Kau pergi mana tadi? Puas aku cari kau tahu?" Amira memelukku.

Nurul Amira, rakan sekelasku, turut merangkap sahabat perempuan yang aku ada. Kami bersahabat sejak tadika lagi. Amira seorang saja yang tak pernah cari masalah dengan aku. Dia juga seorang ceria dan pandai menghiburkan aku. Mungkin kerana itu, mudah untuk aku jadikan dia sebagai teman rapat.

"Miraaa! Rindu kau! Asal tak datang semalam?"

"Sorry, aku pergi hospital semalam."

"Kenapa? Kau sakit ke??" soalku cemas. Namun Amira ketawa kecil. Gadis itu menggeleng.

"Tak. Bukan aku yang sakit. Aku hanya teman adik aku buat appointment dengan doktor je. Ayah aku tak dapat teman, dia..busy.." Amira senyum. Wajahnya kelihatan agak penat. Ada maksud tersirat disebalik senyuman itu.

Aku tahu kehidupan Amira macam mana. Sejak umur 7 tahun, dia belajar berdikari sendiri. Dia seorang kakak yang baik. Kehidupan dia senang, cuma tak berpeluang merasai kebahagiaan bersama keluarga sendiri. Adiknya menghidap kanser hati sejak dilahirkan. Ibunya sudah meninggal sejak dia umur 7 tahun. Ayahnya pula sudah bernikah lain. Tapi tak pernah langsung ayahnya perkenalkan si ibu tiri kepada Amira dan adiknya. Seringkali ayahnya sibuk dirumah si ibu tiri sehingga mengabaikan tanggungjawab pada anak-anak. Alasannya, sibuk bekerja. Tapi rupanya sibuk melayan isteri baru sampai abaikan anak-anak.

Tangannya aku sentuh. Aku ukir senyum manis buatnya.

"Kau kuat. Aku kenal kau sejak tadika. Aku tahu kau kuat. Demi adik kau." Aku cuba memberi kata dorongan buatnya.

"Thanks Yaa." Aku membuat isyarat jari tanda 'ok'.

"Eh kejap. Kenapa bibir kau tu?" tegur Amira sambil jarinya dituding pada hujung bibir kananku. Aku terus menutup kesan luka dan lebam itu.

"Ohh. Aku..terjatuh semalam. Tersembam atas tar. Sebab tu luka sikit." terpaksa aku menipu Amira.

Tak mahu gadis itu tahu apa yang terjadi padaku tentang semalam. Kalau tak, habislah dia mengamuk satu sekolah. Amira ni sudahlah pantang jika tahu aku diusik sedikit. Di sekolah ini, kalau tak Safwan yang membelaku, Amira yang bertugas menjadi pembela aku yang setia. Sebab itu tak semua orang boleh sentuh aku sesuka hati. Tengoklah, bodyguard kiri kanan. Patutlah ummi pun sayang Amira sangat. Kata ummi, Amira dah banyak tolong aku. Jadi ummi rasa terhutang budi pada Amira.

"Ish, lepas ni hati-hati sikit jalan tu." ujar Amira. Aku senyum.

"Fiya! Jaga-jaga!" jeritan seseorang mengejutkan aku. Baru saja aku ingin berpaling, ada sesuatu yang agak keras menghentak belakang kepalaku.

Detak Nadi CintaWhere stories live. Discover now