DAHIKU berkerut memandang sejambang bunga mawar merah terletak di atas mejaku. Aku menoleh memandang sekeliling bilik guru ketika itu. Ada sekeping kad yang terselit dibawah jambangan bunga itu.
Just for you, Cikgu Fiya.
Aku membalikkan kad tersebut cuba mencari nama si pengirim namun ianya tidak ditulis di dalam kad itu.
"Kak Imah, akak tahu tak siapa yang letak bunga ni atas meja saya?" soalku pada Cikgu Sarimah yang berada dimeja sebelah.
"Oh, tadi Sir Darrel datang dan letak bunga tu atas meja cikgu. Dia tak cakap apa, dia cuma letak dan terus kembali ke meja dia."
"Ohh." Aku mengambil jambangan bunga itu. Hidungku terus didekatkan pada kuntum-kuntum bunga tersebut. Cantik warnanya. Merah baldu amat cantik. Baunya juga terlalu harum. Namun pokoknya berduri tajam. Sangkaku ianya sekadar bunga hiasan, rupanya bunga segar.
Buat apa Darrel bagi bunga padaku? Aku bukan suka bunga pun. Aku terus mengambil buku-buku lalu keluar dari bilik guru. Secara kebetulan, aku terserempak dengan Darrel di tangga. Guru lelaki berdarah kacukan mat salleh itu hanya tersenyum manis.
Aku tak nafikan Darrel memang tampan. Matanya biru, kulitnya cerah, warna rambut dan keningnya jelas keperangan. Cuma rambutnya sedikit kerinting. Apapun Darrel tetap tampan, lebih-lebih lagi bila dia lengkap berpakaian kerja yang kemas.
Sebab itu ramai orang yang sukakan dia.
Tetapi itu semua tidak langsung membuatkan aku jatuh hati padanya. Entahlah, aku susah nak jatuh cinta pada mana-mana lelaki. Sebab itu, aku seorang saja guru perempuan yang masih bujang disini. Calon pun tiada, macam mana mahu berkahwin?
Sebenarnya ramai saja yang sukakan aku, cuma aku jenis memilih. Termasuklah si Darrel ini. Aku hanya sekadar menganggap dia rakan setugasku saja. Kalau nak tahu, ada juga lelaki di luar sana yang tidak langsung aku kenali berani masuk meminangku. Namun semuanya aku tolak. Sedangkan masing-masing mempunyai harta sendiri dan kerja yang bagus. Daripada usahawan, juruterbang, doktor, arkitek, ustaz, polis, sehinggalah cikgu semuanya aku tolak.
Bukan apa, aku cuma tak bersedia mahu berkahwin lagi. Lebih enjoy hidup seorang diri. Ibu pun naik pening dengan pilihan hidupku begitu.
"Darrel, can I ask you?"
"Yes, sure." balas Darrel.
"Kenapa you bagi I bunga?"
"Saja. Why? Tak boleh ke?" balasnya dengan loghat orang putihnya.
"Bukan tak boleh, but I just don't like it. You ambillah bunga tu balik. I tak mahu buang sebab itu bunga segar. Kalau buang, sayang. I think you should take it back." jujurku. Aku memang tak suka berkias. Sekiranya harus jujur, aku jujur saja.
"Fiya, you bawa balik sajalah bunga tu. Give it to someone else if you don't like it. Or give it to your mom? Or your sister? Maybe they like it."
"Ataupun tanam saja. Sekurangnya boleh tumbuh pokok mawar baru." cadang Darrel.
"Hm. Bagus juga. Tak pelah. Anyway, thank you Darrel."
"Most welcome." balasnya. Aku terus melangkah pergi meninggalkan dirinya di tangga. Darrel menghela nafas perlahan.
"Hope you will realize it one day." monolog Darrel sendiri.
.
Pintu pejabat aku tolak. Aku terus masuk ke dalam pejabat. Setibanya aku dihadapan bilik guru besar, tanganku mengetuk perlahan pintu bilik tersebut.
YOU ARE READING
Detak Nadi Cinta
RomanceHadirnya dia, membawa cinta... Menulis novel adalah salah satu hobi yang paling menyeronokkan bagi seorang gadis bernama Nurin Sufiya. Ia bagaikan terapi jiwa dan mindanya ketika dia sedang tertekan. Namun, Sufiya diprovok agar berhenti menulis sete...