Hangat

151 10 35
                                    

Dia duduk di depanku, riak wajahnya tidak sedikit pun berkerut dan menampakkan gelisah dan gusar. Wajahnya kelihatan tenang. Betul betul tenang. Aku patut meminta Dewan Bahasa dan Pustaka menukar maksud tenang di dalam kamus kepada nama dia.

"Tak ada langsung peluang untuk I?" Aku bertanya.

Dia tersenyum. Jari jemarinya pantas meramas jari jemariku. Kehangatan sentuhan jari jemari dia, buatkan satu rasa dari bawah bahagian tubuhku seperti terbang deras mahu keluar. Rasa yang buatkan aku rasa sebak yang belum pernah aku rasa selama ini.

"But, kita masih boleh jadi teman. I tak mahu hilang teman sebaik you jika hubungan yang kita cuba bina ini gagal." Sambil dia meramas jari jemari ku.

Aku hanya jadi pemerhati kepada jari jemari yang paling indah yang pernah aku lihat dalam dunia ini meramas jemariku dan rasa hangat itu kembali lagi.

"Jika sekelompok manusia menjanjikan akan membahagiakan you dengan kemewahan, I tak ada dalam kelompok itu." Aku pandang ke wajah dia. Dia hanya tersenyum.

"Tapi, jika ada sekelompok manusia, menjanjikan untuk membahagiakan you dengan cinta dan kasih sayang, I akan berdiri paling depan sekali." Aku membalas meramas ramas lembut jari jemari runcing yang paling indah itu.

Dia melirikkan pandangannya, lama dia merenung ke wajahku. Dan tersenyum.

Kali ini lebih manis.

AdiksiWhere stories live. Discover now