Damai

224 19 42
                                    

Saat itu, dia merenung dalam ke wajah aku. Seperti mahu bercerita tentang beribu ribu cerita untuk buatkan dia kembali tenang.

Wajah dia sedikit sugul dan runsing. Entah apa yang bermain di mindanya. Entah apa yang menganggunya sehingga senyuman yang buatkan aku untuk terus hidup tidak terlukis di bibir dia.

"You kena senyum, untuk buatkan langit di luar tak mengamuk dan biarkan guruh dan petir tak berkelahi." Aku tuding jari ke arah luar rumah makan. "You tau, senyuman you mampu untuk buatkan gunung berapi tak jadi meletup." Aku cuit hidung dia dengan hujung jari telunjukku.

Dia tersenyum dan mula tertawa.

Aku genggam jari jemari dia, "You kena berdamai dengan semua rasa duka dan tinggalkannya. Biar I yang tanggung segala rasa duka dalam dunia ini untuk buat you terus tersenyum." Aku kenyit mata ke dia.

Dan, aku kembali hidup.

AdiksiWhere stories live. Discover now