Peluang

138 14 19
                                    

"Orang yang mungkir janji, betul betul pentingkan diri sendiri," kata dia, matanya mencerlung. Rona merah mula terbit hampir di seluruh wajahnya.

Aku melihat ke arah dia, dia langsung memalingkan wajahnya. "Janji ini berlaku untuk dimungkiri dan akan mewujudkan peluang." Dia lekas lekas melihat ke arahku. Riaknya tidak berpuas hati dan tidak mahu bersetuju dengan kenyataanku.

"Maksud, you?" Tona suara dia sedikit mengendur, tidak ada lagi nada tegas.

"Janji tidak akan mengubah seseorang, tapi peluang yang kita beri kepada dia, akan buat dia berubah dan mengubah banyak perkara." Belum sempat aku menghabiskan penjelasan, dia memotong,

"You tak rasa, dan you takkan faham." Marahnya mula melemah, namun masih tetap dengan pendiriannya.

"Semua orang akan dapat peluang untuk mungkir janji, tapi tidak semua orang akan dapat peluang kedua dan seterusnya...," Aku berhenti dan memandang dia.

".... seperti I sekarang, dapat peluang melihat seorang perempuan yang sedang marah, dan marah itu buatkan dia jadi dua kali manis." Aku tersenyum.

Dan, satu senyuman mula terbit di wajah dia.

AdiksiWhere stories live. Discover now