Tidak ada satu saat untuk aku tidak memikirkan tentang dia. Tentang cerita cerita yang telah aku tulis di langit sewaktu bintang bintang menari riang.
Aku khabarkan kepada berjuta juta tahi bintang yang berlumba di angkasa tentang dia. Tentang harapan dan impian aku selama ini.
Mengingati semua perkara tentang dia, buatkan dada aku jadi sesak, seperti ada beribu ribu kupu kupu yang berlumba lumba mahu terbang keluar, dan mengatakan tentang rindu.
Apakah dia akan terus mencintaiku seperti selalu selalu setelah november ini berlalu?