Bintang

190 15 20
                                    

"Kemana perginya bintang setelah ianya terpadam?" tanya dia pada suatu malam ketika musim dingin, sambil meramas jari jemarinya sendiri.

"Bintang yang terpadam, ia akan jatuh ke bumi lalu tumbuh menjadi seorang perempuan dalam kesedihan. Berjalan dari timur ke utara tanpa dipeduli oleh siapa siapa. Sehingga datang seorang lelaki; pengejar cinta yang tak pernah lelah. Tak pernah jemu mencari cinta dan berjanji hanya akan berhenti setelah segala ikhtiarnya berakhir, bukan kerana lelah...."

".... dan, lelaki itu bertemu dengan bintang yang bersedih. Lalu mereka bersetuju untuk duduk bersama menghadap hamparan langit luas. Bintang yang sedang bersedih; perempuan itu bercerita segala galanya tentang angkasaraya. Dan, didengar oleh lelaki itu penuh ralit." Aku berhenti bercerita bila dia kelihatan mahu bertanya lagi.

"Lelaki itu percaya semuanya?" tanya dia, dahinya berkerut memandang wajahku.

"Ya," balasku, dan tersenyum.

"Mana nak jumpa lelaki macam tu?" soalnya lagi.

"Setiap lelaki yang mengutip kesedihan perempuan dan membuat perempuan itu tersenyum adalah 'lelaki itu'." Aku ketawa.

Dia cubit lenganku dan ikut ketawa.

AdiksiWhere stories live. Discover now