Alia menuju ke office nya dengan muka yang ketat. Ritza yang sedang duduk di mejanya sudah menelan air liur. Aduh, siapa pulak yang buat singa ni marah? Ritza berkata dalam hati. Alia duduk di kerusinya manakala beg tangannya di hempas dengan kuat di atas meja membuatkan pekerja-pekerja takut.
Alia menutup matanya dengan perasaan marah.pAda ke patut dia suruh aku balik sendiri? Heh..tipu. Kata nak ajak aku pergi makan...kau cakap je lah nak halau aku keluar dari company kau! Alia geram. Dahinya semakin berkerut. Ritza yang melihat sudah tidak keruan. Aduh nak buat apa ni. Ritza mula jalan mundar mandir. Berfikir untuk membuatkan Alia tenang. Alia membuka matanya dan memanggil Ritza masuk ke pejabatnya.
Ritza masuk dengan langkah yang berat. Alia memandang Ritza. Ritza terkaku. Aduh...aku buat salah apa pulak ni. "Kalau lelaki dia tak kenalkan girlfriend dia dekat orang yang dia rapat...apa maksudnya?" tanya Alia. Ritza terkejut. Aik, bos ni dah kenapa? "Emm, bagi saya lelaki tu tak bersedia lagi nak kenalkan girlfriend dia pada orang lain dan lebih tepat lagi mungkin dia masih rasa nak single lagi?" seloroh Ritza. Alia terkejut. "Hah? Maksudnya daripada awal lagi dia memang tak ada niat lah nak buat hubungan dengan makwe dia?" tanya Alia terkejut.
"Maybe"kata Ritza membuatkan Alia terasa seperti di panah tepat pada hatinya. Muka Alia hilang senyuman. Hati nya sakit. Alia mengambil beg tangannya dan keluar dari office. "Err..."kata Ritza terkejut melihat diri Alia berubah drastik.
"Never mind, today is half day. You all dah boleh balik"kata Alia terus keluar dengan kaki yang longlai.
Alia hilang semangat untuk balik ke rumah. Hati nya makin sakit apabila teringat kembali perkataan Ritza. Alia berhenti kan kereta nya tepat di hadapan rumah. Alia mengeluh dengan kuat. Kau tak suka aku ke Ik? Alia meletakkan kepalanya di stereng kereta. Hatinya sakit. Alia menarik nafas lalu keluar dari keretanya. Alia masuk ke dalam rumah dan melihat Ikram sedang menonton televisyen manakala Puan Hana sedang duduk di meja makan berbual dengan Aiman.
"Lambat Lia balik hari ni?" tanya Puan Hana. Alia hanya tersenyum. Mana taknya terlelap dekat stereng kereta tadi. "Kerja banyak dekat office bu"kata Alia senyum. Alia terus naik ke atas menuju ke biliknya. Perutnya yang berbunyi dibiarkan. Hatinya yang sakit mula bertambah apabila melihat muka Ikram. Alia baring di atas katil. Matanya dipejam rapat. Ik, kau memang tak suka aku ke? Alia mengeluh sekali lagi. Alia bangun dan menuju ke tamdas untuk bersihkan dirinya.
Usai mandi, Alia duduk di atas katilnya. Fikirannya masih tidak dapat melupakan apa yang dikatakan oleh Ritza. Fikiran Alia terhenti apabila pintu bilik dibuka oleh Ikram. Alia terkejut. Ikram masuk ke dalam bilik untuk mengambil chargenya. Alia hanya menunduk. Ikram keluar. Alia menghela nafas lega. Perut Alia berbunyi tetapi Alia tidak punya selera hendak makan. Alia membuat keputusan untuk terus tidur.
KEESOKANNYA, ALIA terjaga apabila perutnya seperti dicucuk. Alia melihat bilik sudah gelap. Ikram sudah lena dibuai mimpi. Alia melihat jam di hpnya. Jam tepat menunjukkan 2 pagi. Alia tak keruan. Perutnya semakin berbunyi. Alia terus keluar dari bilik dan menuju ke dapur. Keadaan gelap membuatkan Alia sedikit takut. Bertemankan toshligt hpnya,Alia menuju ke dapur. Alia perlahan-lahan membuka kabinet untuk mencari makanan.
Alia tidak menemukan sebarang makanan. Alia mengeluh. Huhuhu...lapar. Alia memegang perutnya.
TIBA-TIBA,
KREETT....KREETTT
Alia terkejut. Badan Alia terus kaku. "Siapa tu?" tanya Alia gementar.
Diam.
Alia tak keruan. "Jangan lah main-main. Tak kelakar lah"kata Alia takut.
Diam.
"Saya nak cari makanan je...jangan lah marah"seloroh Alia apabila sudah merasai seram sejuk.
"Ehem"
Alia terkejut lalu menjerit membuatkannya terjatuh mencium lantai.
"Saya lah"kata nya.
Alia memandangnya. Ikram? Alia tekejut. Alia memandang Ikram lama.
Secara tiba-tiba, Alia menangis seperti bayi. Ikram terkejut. Alia menangis tak henti. Ikram cuba memujuk tetapi gagal. Alia memeluk Ikram."Saya minta maaf tak layan awak semalam. Kawan saya cakap awak tak ada niat pon nak kahwin dengan saya"kata Alia dengan suara sengau. Ikram tersenyum lalu menepuk belakang Alia dengan perlahan. "Iye..okay. Saya tak marah lah"kata Ikram senyum. Alia menangis sehingga matanya menjadi sembap. "Awak lapar ke?"tanya Ikram. Alia mengangguk. "Nah, makan ni"kata Ikram menghulurkan buah kepada Alia.
Alia mengambilnya lalu makan. Usai makan,mereka menuju ke bilik dan tidur.
PAGI ITU, Alia tidak dapat membuka matanya kerana sembap menangis malam tadi. Alia mengambil cuti sama juga dengan Ikram. Alia duduk di katil nya sambil memikirkan kejadian yang berlaku malam tadi. Hatinya terus berbunga. Tidak sangka Ikram akan memujuknya. Alia tersenyum girang.
Tiba-tiba,
KRING..KRING...KRING
Alia melihat telefon Ikram berbunyi. Alia membiarkan sahaja. Ia berbunyi sebanyak tiga kali. Alia geram lalu mengangkatnya.
"Ik, you dekat mana ni?"tanyanya membuatkan Alia terkaku. Ketika itu, Ikram masuk ke dalam bilik. Alia memandang Ikram.
Nak tahu ke apa jadi? Hmm...adakah Alia akan marah Ikram tentang perempuan di telefon atau pun Alia akan melancarkan serangan act cold toward Ikram...nak tahu baca. Dont skip.

ANDA SEDANG MEMBACA
Kau Pemilik Hatiku
General FictionALIA SAHARAH ataupun dikenali sebagai BEAUTY ICE BERG yang sangat dikenali ramai dan menjadi kegilaan para lelaki di kampusnya...namun satu pon tidak dapat mencairkan hatinya. Hanya seorang jejaka yang mampu mencairkan hatinya tetapi mampukah Alia m...