BAB 4

15 1 0
                                    

"Lia,betulker ini pilihan Lia?"tanya Puan Maria. Alia memandang ibunya. "Betul dan Lia tak menyesal"kata Alia senyum sambil memandang Ikram. Ikram masih memandang ke bawah dan langsung tidak melihat Alia. Haih, bakal suami...kau memang comel. Alia tersenyum manis. Tiba-tiba...

Sebuah kereta memasuki perkarangan rumah milik Ikram. Alia memandang ke luar. Aiman segera keluar dari keretanya dan mendekati Alia yang sedang berada di ruang tamu. "Lia"kata Aiman memandang Alia. "Betul ni?"tanya Aiman. Alia mengangguk. "Betul Lia nak tolak pinangan abang dan nak kahwin dengan adik abang?"tanya Aiman sekali lagi secara jelas. "Betul. Lia dah buat keputusan dan Lia takkan menyesal langsung"kata Alia senyum sambil memandang Ikram.

"Kalau macam tu, abang hormat keputusan Lia. Abang redha"kata Aiman senyum. Alia berbalas senyuman. Alia terus memandang Ikram.

OH MY GOD! AKU KAHWIN DENGAN IKRAM!!!

"Huih,tak sah lagi. Jangan ditenung Ikram tu lama sangat. Malu dia" tegur Puan Maria apabila melihat Alia memandang Ikram lama. Alia senyum. "Sorry,mak. Excited"kata Alia perlahan. Puan Maria tersenyum. Alia mengerling sekejap memandang Ikram.






    PUAN MARIA memandang anaknya yang dari tadi tersenyum. "Amboi, bahagia nampak"kata Puan Maria senyum melihat kebahagian di muka Alia. "Lia happy sangat mak...dapat kahwin dengan Ikram"kata Alia mula berangan. "Seronok lah tu,dapat kahwin bulan depan"kata Puan Maria. "Siapa je tak happy...bulan depan,Ik dan Alia dah habis belajar. Lepas tu, kahwin. Seronok tau"kata Alia sudah senyum.

"Yelah,tapi mak pelik. Macam mana kamu boleh terpikat dengan Ikram? Mak tak pernah nampak pun kamu dengan Ikram bercakap. Jumpa apatah lagi"kata Puan Maria pelik. "Rahsia...mana boleh bagitahu mak. Nanti mak bagitahu Puan Hana"kata Alia. Puan Maria memandang anaknya. Tahu2 je aku nak bagitahu dak si Hana. "Alah,mak ni tu semua dah tak penting. Yang penting sekarang,Lia dah dapat Ikram"kata Alia senyum.

"Hish,kamu ni. Mak tengok macam orang gila lelaki pulak"kata Puan Maria. Alia terus gelak.






   SUDAH CUKUP SEBULAN, Alia sudah nervous. "Macam mana perasaan Lia sekarang?"tanya Puan Maria sedang memakaikan inai di tangan anaknya. Alia memandang ibunya. "Mak!"kata Alia gelisah. Puan Maria ketawa. "Esok Lia dah ada suami. Layan suami Lia baik2"kata Puan Maria. Alia senyum. "Mak, tolong ikatkan rambut Lia"kata Alia rimas dengan rambutnya yang mula terburai.

"Tulah,mak suruh ikat..kamu nak buat jugak sanggul. Kan dah terburai. Kalau pendek rambut tu tak apa, ni dah panjang"kata Puan Maria lalu mengikat rambut anaknya. "Ala mak ni"kata Alia senyum. "Kamu tak bercakap ke dengan Ikram?"tanya Puan Maria. Alia menggeleng. "Aik, dah nak jadi suami isteri pun tak bercakap ke"kata Puan Maria. "Hmm.. entahlah mak. Alia nak bercakap dengan dia tapi tulah dia macam mengelak dari Lia"kata Alia.

"Mak rasa dia suka Lia ke?"tanya Alia masih tak tahu. "Lia,kalau orang lelaki ni dia suka,dia tak tunjuk. Tapi mak dapat rasakan,dia suka Lia jugak..so,no sedih2. Esok nak kahwin. Nanti tak pasal2 muka esok macam mati anak"kata Puan Maria membuatkan hati Alia lega sedikit. 




     PANG! PANG! PANG!

Bunyi palungan kompang membuatkan hati Alia makin gundah gulana. "Pengantin perempuan cepat sikit. Pihak lelaki dah sampai"kata seorang wanita. Alia makin gementar. "Cik Alia,relaks. Jangan gementar sangat"kata Mak Andam cuba menenangkan Alia. "Terima kasih... mak andam"kata Alia sudah berdiri. Harap semuanya berjalan lancar. Sebelum keluar, Alia menatap gambar ayahnya dan abangnya lalu senyum. "Ayah,abang..Lia nak kahwin. Ikram namanya. Doakan Lia dalam perkahwinan Lia"kata Alia lalu dikucupnya gambar itu.


     "AKU TERIMA NIKAHNYA ALIA SAHARAH BINTI AZFAR dengan mas kahwinnya  sebanyak RM1000 ringgit tunai"lafaz Ikram menjadikan merke pasangan suami isteri yang sah. Alia menadah tangan. Acara diteruskan dengan memakai cincin. Ikram menyarungkan cincin di jari kelingking Alia. Alia mencium tangan suaminya. Alia senyum lalu memandang Ikram. Ikram masih tidak memandangnya.




       USAI majlis akad nikah dan persandingan,Puan Hana menyuruh Alia berehat di bilik Ikram terlebih dahulu. Alia masuk ke dalam bilik tersebut. "Amboi,makin laju jantung ni berdegup"kata Alia duduk di atas katil. "Emm..Ik dekat luar layan tetamu..habistu aku ni siapa nak layan"kata Alia memandang sekeliling bilik. "Tak apalah...tengok tuan punya bilik pun jadilah"kata Alia senyum. Alia mengambil tuala lalu masuk ke dalam bilik air.

Ikram masuk ke biliknya. "Tadi,ibu cakap Lia dekat bilik"kata Ikram mencari Alia. Ikram masuk ke dalam biliknya lalu menukar baju. Tatkala itu, Alia baru habis membersihkan dirinya.

Oh My God, what I'm see. Alia tidak terus keluar dari bilik air kerana dia mengetahui Ikram memasuki bilik. Alia membuka pintu bilik air perlahan-lahan. Alia terkejut. Mukanya terus merah. Alia melihat Ikram sedang membuka baju. Jantung Alia berdegup laju. Selalunya kalau aku baca novel, lelaki yang tengok perempuan...tapi ni terbalik pulak, perempuan tengok lelaki.

Ikram membuka baju pengantinnya lalu menukar dengan t-shirt biasa. Seluar pula dibiarkan sahaja kerana seluar itu lagi selesa. Ikram memandang pintu bilik air lalu menuju kearah tersebut. Ikram menggulas tonggol pintu tetapi berkunci. "Oh,sorry. Saya tengah pakai baju"tipu Alia terkejut apabila tonggol pintu bergerak dengan sendiri. Ikram yang mendengar dari luar terus keluar dari bilik.

Alia mengeluarkan kepalanya unutk memastikan keadaan selamat atau tidak. Setelah selamat, Alia keluar. Alia mencari bajunya tapi tidak jumpa. Baru alia teringat, ini rumah Ikram..bukan rumahnya. Alia buntu. Nak pakai balik baju pengantin tu? Tak nak aku. Rimas! Alia jalan mundar mandir. Nak panggil Ikram? Aku dengan separuh bogelnya ni.. nanti dia kata aku ni apa pulak. Agh! Tak apalah..dah sah pun.

Tapi macam mana aku nak panggil? Dengan macam ni?! Alia buntu. Alia terus duduk di atas katil. Alia memandang telefonnya. Nak call ke? Agh! Call jelah. Alia cepat mendail nombor telefon Ikram.

                         ♤♤♤♤♤♤

"Ik, tolong ambilkan ibu air kosong untuk pak long kamu"kata Puan Hana sedang rancak borak dengan saudara mara. Ikram mengambil air kosong lalu dihulurkan kepada pak longnya. Tiba-tiba...

RING! RING! RING!

Ikram cepat mengangkat panggilan. "Assalamualaikum,siapa ni?"tanya Ikram. Alia nervous.

"Waalaikumsalam, Lia ni"kata Alia perlahan.

Diam.

Alia pelik. Tadi ada suara, sekarang dah tak ada?

"Erk,Ik tolong Lia boleh tak? Tolong amikkan baju Lia dekat bilik Lia. Lia lupa nak ambil"kata Alia menahan malu.

Diam.

"Err, jangan lupa amik Lia p-ppunya... t-tu...'dalam"kata Alia terus menamatkan panggilannya. Jantung Alia berdegup laju.

Ikram memandang paparan nombor di skrin telefonnya lalu save nombor tersebut.





        "ASSSALAMUALAIKUM"kata Ikram apabila memasuki rumah Alia. Puan Maria yang sedang menonton tv terkejut. "Eh,Ik buat apa dekat sini?" tanya Puan Maria. "Emm...u..ma..mo.. aun.."kata Ikram tak tahu nak panggil Puan Maria dengan panggilan apa. Puan Maria tersenyum. "Panggil mak je"kata Puan Maria. "Mak,bilik Lia mana?"tanya Ikram senyum. Puan Maria mengangguk lalu membawa Ikram masuk ke bilik Alia.

"Ni mesti kes tak bawa bag baju kan?" tanya Puan Maria sudah mengetahui. "Macam mana mak tahu?"tanya Ikram terus mengambil luggage yang sudah disiapkan baju tersebut. "Mak dah nampak luggage tu. Lia excited sangat nak kahwin dengan Ik sampai lupa nak bawak luggage dia"kata Puan Maria. Ikram tersenyum. Manis juga menantu aku senyum. Puan Maria senang hati. "Ik mak nak tanya, tapi Ik kena jujur....Ik suka Lia tak?" tanya Puan Maria. Ikram memandang Puan Maria.







Jadi,korang fikir Ikram akan jawab apa? Kalau nak tahu,jangan skip tau bab lepasni..

Kau Pemilik HatikuTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang