BAB 5

15 0 0
                                    

"Saya minta diri dulu"kata Ikram terus pergi tidak menjawab pertanyaan Puan Maria. Puan Maria hanya tersenyum. Haih,baru tanya muka dah merah. Puan Maria terus menyambung menonton ceritanya.


      IKRAM terus menuju ke biliknya lalu mengetuk pintu. Alia dari dalam terkejut. "Siapa tu?"tanya Alia takut. Ikram diam lalu memandang luggage Alia. Alia bertanya sekali lagi dan Ikram masih mendiamkan dirinya. Lama kemudian,

"Saya ni,"kata Ikram perlahan. Alia terkejut. Ikram? Dia bercakap? Eh, kau ni..memang lah dia boleh cakap. Dia bukannya bisu. Alia terfikir satu idea.

"Saya tu siapa?"tanya Alia senyum menyakat. Ikram mendiamkan diri.

"I..."kata Ikram terhenti. Alia yang mendengar makin teruja.

"I..apa? Siapa tu?"tanya Alia tahan ketawa. Tulah, lain kali tak nak cakap dengan aku...kan dah kena. Ikram mendengus.

Ikram mendiam sangat lama. Alia makin pelik. Aik, dah tak boleh bercakap ke? Ke aku dah melampau sangat? Alia baru sahaja hendak membuka pintu, tonggol pintu sudah dipulas. Ini membuatkan dahi Alia terkena pintu.

"Agh, sakit!"kata Alia sambil menggosok dahinya. Ikram memasuki bilik. "Hoi, sakitlah!"marah Alia memandang Ikram yang sedang berdiri di hadapannya. Ikram terkejut.

"Awak dah kenapa pandang saya macam tu?"tanya Alia pelik. Hati aku tengah panas ni. "E...."kata Ikram terus memandang dinding. Pahal? Ada apa2 ke dekat dinding tu? Alia turut memandang dinding. Ikram mengeluh.

"Awak okay tak? Kenapa ni? Cakaplah"marah Alia apabila Ikram berperangai sedemikian. "Tak sejuk?" tanya Ikram terus membuatkan Alia tersedar. Ye,betul tu...Alia baru tersedar bahawa sekarang ini dia hanya pakai tuala sahaja paras peha. Ikram terus menoleh.

Alia memandang Ikram. Mukanya merah. Patutlah kau pandang dinding. "Mana barang saya?"tanya Alia menahan malu. Ikram menghulurkan luggage Alia kepadanya. Alia mengambil barangnya. Ikram menuju ke pintu. "Awak nak pergi mana? Tak payahlah layan tetamu tu..temankan saya dekat bilik"kata Alia. Ikram terus menuju kerarah katil lalu bermain dengan telefonnya. Alia tersenyum. Dia dengar cakap aku? Oh  my god,  my cutie husband..you make me fall in love with you again and again.

Alia senyum lalu  masuk ke dalam bilik air untuk memakai baju.

Kau Pemilik HatikuTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang