BAB 6

10 0 0
                                    

"Ops,sorry. Tak sengaja"kata Alia tidak sengaja terlanggar orang di hadapannya kerana hendak cepat masuk kelas. Lelaki itu menggeleng. Dengan rela hatinya, lelaki itu menolong Alia mengangkat beg dan barang Alia yang lain. Alia terkejut. "Eh, tak apa. Saya yang langgar awak. Awak tak payah lah angkatkan barang saya"kata Alia serba salah. Lelaki itu menghulurkan barang dan beg Alia.

"Tak apa. Apa salahnya saya tolong angkatkan barang awak. Lagipon awak dah lambat kan?"tanya lelaki itu senyum. Alia terpaku. Jantung Alia berdegup laju. Apakah? "Macam mana awak tahu saya lambat?"tanya Alia pelik. Lelaki itu tidak layan lalu pergi meninggalkan Alia. Alia senyum sendirian. You catch my heart darling. Tapi macam mana dia tahu aku tengah lambat? Alia melihat jam di tangannya. Dia terkejut. Mak aii, dah lambat ni. Alia terus berlari masuk ke dalam kelas.









               ALIA keluar dari bilik mandi dan melihat Ikram masih ralit bermain dengan telefonnya. "Emm...awak tak mandi?"tanya Alia memandang Ikram. Ikram memandang Alia lalu mengambil tuala darinya. Telefonnya diletakkan di atas meja. Ikram terus masuk ke dalam bilik mandi. Muka Alia merah. Itu tuala yang aku pakai. Ya Allah,apa aku fikir ni? Alia cuba menyejukkan mukanya dengan rambut yang basah. Dia sengaja sakat aku ke ni?

Alia duduk di atas katil sambil berfikir. "Dia ni malu dengan aku ke? Kenapa dia tak bercakap dengan aku? Ataupun...dia tak suka aku? HAH?!" kata Alia terkejut. Seriously? Dia tak suka aku? Alia mula berdiri dan jalan mundar mandir. Kenapa eh? Aku tak cantik ke? Alia terus melihat mukanya di cermin. Masih cantik lagi. Aku gemuk sangat ke? Alia terus melihat perutnya. Adalah satu lapisan lemak. Tapi tak nampak sangatkan gemuk dia. Apalagi eh? Aduh, pening lah otak nak pikir. Alia terus duduk diatas katil semula.

Ikram keluar dari bilik mandi membuatkan Alia terkejut. Ikram memandang Alia. "Saya terkejut je" kata Alia. Ikram terus menuju ke meja untuk menyikat rambutnya. Alia memandang setiap tindak tanduk Ikram. Agh, kenapalah hati aku ni cepat sangat cair tengok kau? Alia memandang Ikram dengan senyuman manis.

Ikram memandang Alia. Alia memandangnya semula. "Awak nak makan?"tanya Ikram perlahan. Hati Alia berbunga. Dengar suara je, hati aku dah cair. "Awak nak ajak saya makan ke?"tanya Alia teruja. Ikram tidak layan lalu keluar dari bilik. Alia senyum lalu cepat menyarungkan kepalanya dengan tudung sarung. "Tunggulah"kata Alia senyum bahagia. Alia keluar dari bilik dan menutup pintu bilik. Alia menoleh. Kelibat Ikram sudah tiada. Aik, dah pergi? Kan aku suruh tunggu. Alia sudah memuncungkan bibirnya.

Haih,apalah nasib. Tiba-tiba,

"Ehem"berdeham seseorang. Alia menoleh. Terus terukir senyuman di muka Alia. Dilihatnya, Ikram sedang bersandar di dinding sambil memandangnya. "Cepatlah"kata Ikram terus menuju ke dapur. Alia membontoti. Alahai, suamiku. Biarlah kamu ni tak banyak cakap sekali pon, asalkanmu melayanku begitu.... alhamdulillah itu sudah cukup bagiku. Alia memandang Ikram dari belakang. Nak je aku peluk kau sekarang ni,tapi tak pe aku sabar dulu. Alia senyum.

Kau Pemilik HatikuTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang