BAB 10

4 0 0
                                    

ALIA terkaku mendengar suara perempuan di hp Ikram. Ikram memandang Alia. Alia cuba mengawal suara nya. "Ada orang call"kata Alia lalu menghulurkan kepada Ikram. Ikram mengambil. Alia terus keluar dari bilik. Hatinya merasakan terbelah dua. Alia menyandarkan dirinya di dinding. Mungkin kawan dia. Alia cuba menyedapkan hati. Tak lama kemudian, Ikram keluar. Alia terkejut. "Emm..saya tunggu awak nak makan sarapan"kata Alia perlahan. Ikram hanya memandang Alia lalu turun ke bawah.

Alia menghela nafas lega. Alia membontoti suaminya ke ruang makan. Sampai di ruang makan, Alia membantu Puan Hana menghidangkan makanan. Alia tidak berani memandang muka Ikram.




"Lia tak keje pulak hari ni?"tanya Puan Hana. Alia hanya senyum sambil mencuci pinggan. "Haah, Lia ambil mc. Hari ni tak sihat sangat"kata Alia senyum manis. Puan Hana mengangguk. "Emm...ibu Lia nak tanya Ik ambil cuti sebab apa?"tanya Alia. Puan Hana senyum. "Ik kata dia malas nak masuk company"kata Puan Hana. Alia mengangguk. Ouh...aku ke yang pikir lebih-lebih ni? Tak kan punya lah Ik tu ambil cuti sebab aku.

"Bu, Ik pergi dulu."kata Ikram. Puan Hana mengangguk. Alia tetkejut. "Bu, Ik nak pergi mana?"tanya Alia. "Laa.Ik tak bagitau ke? Hari ni anak cousin ibu baru balik dari overseas... ni Ik pergi ambil dia lah ni"kata Puan Hana. Alia mengangguk. Alia terus membasuh sisa pinggan mangkuk yang tinggal dengan cepat.







Alia menonton televisyen dengan riang. Tiba-tiba, bunyi kereta masuk perkarangan tumah. Alia senyum. Yeay...abe kite dah balek. Alia senyum ke telinga. Puan Hana pula sudah tercegat di pintu untuk menyambut anak cousinnya. Mungkin rapat sangat. Ikram masuk ke dalam rumah dengan membawa bagasi berwarna pink. Pink? Cousin dia suka warna pink ke? Pelik. Ikram memandang Alia yang duduk di sofa lalu pergi.

"Ibu~"katanya lalu memeluk Puan Hana dengan riang. Puan Hana membalas juga. Alia terkejut. Perempuan? Laa....mati-mati aku sangka lelaki rupanya perempuan. Alia hanya senyum.

"Duduk sini sampai bile?"tanya Puan Hana.

"Sampai bulan depan je. Pastu Rin kena balik. Ini pun Rin kena paksa mummy tau nak bagi Rin datang sini"kata nya iaitu Marina. Puan Hana senyum girang.

"Haa...Rin kenalkan akak ipar Rin, Alia"kata Puan Hana. Alia senyum.

"Omg...abang Aiman dah kahwin ke?"tanya Marina senyum.

"Tak bukan Aiman tapi Ikram"kata Puan Hana secara tidak sengaja senyuman Marina mati. Alia sedar akan perubahan itu.

"Laa...dah kenapa sedih?"tanya Puan Hana

"Ye lah ibu tak ajak pon Rin waktu Ik kahwin"katanya sedih

Puan Hana gelak lalu membawa Marina ke ruang makan. Alia terpaku.
Perasaan aku ke atau betul-betul ni. Alia lupakan perasaanya apabila Puan Hana memanggil Alia ke ruang dapur.





"Wahh....banyak nya makanan" kata Marina dengan senyuman. Alia yang mendengar terus meminta izin Puan Hana untuk masuk ke bilik. Dalam bilik, Alia melihat Ikram sedang tidur lena di katil. Alia hanya diam kaku di pintu. Emosinya bercampur. Alis mengambil hpnya di tepi katil. Haih...entah lah dengan diri aku ni.... Alia terus keluar dari bilik dan menuju ke ruang tamu.


Alia melihat hpnya dengan khusyuk. Tiba-tiba, Marina duduk di sebelahnya. Alia terkejut. "Cantik jugak kau ni"katanya membuatkan Alia terkaku. Marina membuka televisyen. Alia merasa sedikit tidak selesa di samping Marina. Alia melihat hpnya semula. "Macam mana kau boleh kahwin dengan Ik?"tanya nya sambil memandang Alia. Alia terpaku. " Hah?!"kata Alia terkejut.

"Never mind"kata nya lalu menumpukan fokusnya di tv. Alia terus mengangkat kaki ke luar rumah. Tudung sarung di capai. Alia geram. Hatinya panas.





Kau Pemilik HatikuWhere stories live. Discover now