BAB 7

11 1 0
                                    

Alia memandang sekeliling dapur. Mana semua orang? Kosong je dapur ni. Alia pelik lalu memandang Ikram yang sedang mengambil lauk. "Awak... semua mana?"tanya Alia pelik. Ikram mendiamkan diri. Haih,orang tanya tak nak jawab. "Semua dekat depan.. tengah berborak"kata Ikram lalu menuju ke meja makan. Alia senyum. Ikram mengambil lauk ayam dan menghulurkannya kepada Alia. Alia terkejut. "Ini untuk saya?"tanya Alia terkejut. Ikram mengangguk. Alia terharu. Oh my husband, you're so sweet. Alia senyum lalu makan.

"Terima kasih"kata Ikram secara tiba2. Alia terkejut. "Terima kasih untuk apa?"tanya Alia pelik. Ikram diam. Alia makin pelik. Aduh dia ni, suka sangat buat aku tertanya-tanya lah.





               IKRAM mengejutkan Alia yang masih tidur. "Lia, bangun. Dah subuh ni"kata Ikram mengejut Alia yang dah tidur mati. Alia terjaga. "Ala..kejaplah mak. Lima minit lagi Lia bangun. Kejap"rengek Alia. Matanya masih terpejam rapat. Ikram senyum. Ikram bangun lalu masuk ke dalam bilik mandi.

Lima minit kemudian, Ikram keluar lalu mengejutkan Alia. Alia bangun. "Mak, dah pukul berapa?"tanya Alia masih mamai. Ikram memandang Alia dengan terkejut. Ikram senyum. "Dah pukul 6:30 pagi"kata Ikram senyum. "Mak kenapa suara mak macam lelaki?"tanya Alia menguap. "Sebab yang bercakap ni bukan mak awak tapi suami awak"kata Ikram senyum. Terus membulat mata Alia. Alia terkejut. Ya Allah, malunya.

"Dah cepat, solat berjemaah"kata Ikram mula membentangkan sejadah. "Ok"kata Alia mahu berdiri. Tiba-tiba,

ZAP!!

Alia kembali duduk semula. Aduh, sakitnya. Apa pasal ni? Alia merasai kesakitan di bahagian bawah. Selalunya aku akan rasa sakit bila aku pe... Alia terpaku. Jangan cakap yang aku tengah.... Alia terus melihat cadar katil. Alia terkejut. Satu tompok darah pekat fresh lagi terlihat di atas cadar. Alia terus mengambil selimut menutup dirinya. Ikram memandang Alia masih tercegat di atas katil. "Cepatlah"kata Ikram pelik. Alia cuba untuk senyum.

"Awak solatlah dulu"kata Alia malu. Takkan aku nak bagitahu dia yang aku ni tengah period? "Kita solat sama2"kata Ikram. Alia mengeluh. Ikram, janganlah macam ni!! "Tak boleh"kata Alia perlahan. Ikram terkejut. Ikram memandang tempat lain. "Kalau macam tu,saya solat dulu"kata Ikram terus menunaikan solatnya. Alia cepat2 mengambil barang penting dari luggagenya lalu masuk ke tandas.

Usai Ikram menunaikan solatnya, Ikram memandang ke arah bilik mandi lalu duduk di atas katil. Macam lama je? Ikram terus mengemas katil. Sedang mengemas katil, Ikram terkejut. Ketika itu, Alia keluar dari bilik air. Alia terkejut melihat Ikram sedang melihat tompok tersebut. "Awak!"kata Alia malu habis. Ikram segera menutupnya dengan selimut. Muka Ikram menjadi merah. "Nanti saya kemas cadar tu"kata Alia malu. Ikram terus keluar dari biliknya. Alia menutup mukanya dengan tangan. Aduh, malu doh!




           ALIA memandang Ikram yang sedang bermain dengan telefonnya. "Awak buat apa tu?"tanya Alia mula menukar perhatiannya. Kalau tadi dia menghadap tv,sekarang ni dia menghadap suami tercintanya. Ikram mendiamkan dirinya. Alia masih setia memandang suaminya. Kenapalah aku boleh jatuh cinta dengan kau? Aku tak pernah bercakap dengan kau sebelum ni apatah lagi jumpa kau... tapi tulah yang membuatkan aku rasa kau ni menarik. Alia termangu sendirian.

"Awak? Awak tak nak keluar ke? Saya bosanlah"kata Alia senyum. Ikram tidak layan. Alia geram. "Awak?~ Jomlah keluar. Saya bosanlah"kata Alia mula merengek. Sengaja Alia melunakkan suaranya. Ikram masih setia melihat telefonnya. Dia ni tak cair ke? Hmm... aku baca dekat internet,kalau kita buat macam ni lelaki dah cair. Haih. Alia masih memandang Ikram. Alia mendapat idea. Tak nak layan aku kan? Tak pe jangan menyesal.

Lama kemudian,Ikram memandang sekeliling. Ikram mencari isterinya. Aik,mana pulak Alia ni? Ikram mencari Alia tetapi tidak jumpa. Ikram mula mencari di ruang tamu tapi hasilnya tetap sama. "Mana dia ni?"tanya Ikram pada dirinya. Ikram mula risau. Ikram masuk ke dalam biliknya semula.

Kau Pemilik HatikuWhere stories live. Discover now