[ 01 ] SEKOLAH BARU

35 4 0
                                    


Ttapp !

Tapp !

Tap !

Dia menyilangkan kedua belah tangannya di dada. " Amboi, sedapnya tuan puteri kita ni tidur " dia bersuara sambil melihat muka polos adiknya yang masih dibuai mimpi. Dia tersenyum nakal. Tangannya giat mengambil bantal di sebelah adiknya itu dan meletakkan bantal itu tepat di muka adiknya .

" Hmm, ambik kau " dia menekan bantal itu. Adiknya terbangun dan berteriak. " Hmmm! " sambil kedua tangannya mencengkam lengan kakaknya. Dia menjerit kesakitan kerana tidak tahan tangannya dicengkam oleh adiknya.

Nafasnya naik turun. Dia cuba untuk bertenang dan memandang kakaknya dengan tajam. " Kau ni kan kak ... kalau tak kacau aku sehari tak sah kan " marah dia kepada sikap kakaknya yang tidak berubah.

" Tu la, akak suruh bangun tak nak, kan dah kene " kakaknya balas dengan bersahaja. Dia berjalan tanpa memandang muka adiknya yang tengah menahan marah. " Bile masa akak bangunkan aku, tak dengar pun " dia mengaru kepalanya yang tidak gatal.

Dia membuat muka tidak kesah dan terus menuju ke bilik air. Setelah bersiap, dia melangkah keluar dari biliknya dan menuju ke dapur untuk sarapan. Encik Zulhelmi, Puan Basyirah dan kakaknya telah berada disitu.

" Morning " sapa dia sambil tersenyum. Mereka memandang kearah Qayyla. " Morning too " balas Encik Zulhelmi. Dia duduk bersebelahan dengan kakaknya. Masing-masing melayan diri sendiri sehingga dia membuka topik.

" Erm ... aba, mana abang? " matanya melilau mencari keberadaan abang sulungnya itu. Encik Zulhelmi melihat anak bongsunya itu dengan senyuman. " Abang kamu tu ada meeting dengan client katanya, pagi-pagi dah keluar " balas Encik Zulhelmi yang sedang membaca surat khabar.

Dia hanya menganguk tanda faham apa yang dikatakan oleh Encik Zulhelmi. Keadaan hening kembali. Puan Basyirah memandang ke arah anak nya itu dengan senyuman. " Macam mana hari pertama sekolah dengan kakak kamu? Ok? " tanya Puan Basyirah dengan penasaran.

Dia menjeling kakaknya dan kembali memandang Puan Basyirah. " Hmm ... bole lah ... " balasnya dengan senyuman paksa. Kakaknya mula bersuara. " Eleh , first day semalam dah kene panggil dengan ayah si Dezzy tu " kata Qirana iaitu kakaknya dengan selambe. Qayyla memandang kakaknya dengan pandangan geram. " Apa! " Puan Basyirah meninggikan suara.

Qayyla hanya menatap makanan dihadapannya. Sanggup mendengar bebelan dari Puan Basyirah. " Ala, bukan awak tak kenal anak awak sorang ni ... " Encik Zulhelmi cuba untuk tenangkan isterinya itu . " ... Tak aba, budak lagikan " celah Encik Zulhelmi lagi sambil pandang ke arah Qayyla yang masih tunduk . Qayyla mengangkat kepalanya dan memandang ayahnya .

Dia tersenyum ke arah ayahnya sebagai tanda terima kasih kerana telah menyelamatkannya dari bebelan emaknya itu . " Tu la awak , manjakan sangat budak ni " marah Puan Basyirah . Qayyla hanya membuat muka selambe . Encik Zulhelmi pula memandang ke arah anak bongsunya itu dengan senyuman . Manakala Qirana hanya menjadi penonton .

Puan Basyirah sambung membebel sepanjang mereka sarapan sehinggalah Qayyla mengubah topik . " Eh mama , kami dah lambat ni ... bye ! " Qayyla mencium pipi ayahnnya dan emaknya . Qirana membuat perkara yang sama seperti Qayyla berbuat demikian kepada mereka .

Mereka berdua jalan dengan cepat sampai ke pintu utama rumah banglo itu . Ibu bapa mereka hanya mengelengkan kepala . " Bertuah punya anak , orang tengah bebel boleh pulak dia lari , ni semua ikut perangai awak " Puan Basyirah memandang suaminya tajam .

" Saya jugak yang salah " pasrah Encik Zulhelmi . Dia hanya melihat tingkah laku kedua - dua anaknya itu dihadapan pintu utama . " Woi , cepat lah , bas dah sampai " Qirana bersuara . " Sabar la , aduh .. kasut ni buat hal la " balas Qayyla dengan sakit hati melihat kasutnya tidak memberi kerjasama . " Ha oke , jom " Qayyla menarik tangan Qirana sampai ke perhentian bas dan terus masuk kedalam bas tersebut .

" Nasib sempat , huh " Qirana menghembuskan nafasnya dengan perlahan . Qayyla mengeluarkan kad bus yang berada dipoketnya . Tik! bunyi mesin yang bersentuhan dengan kad Qayyla sebentar tadi . Kakaknya membuat perkara yang sama yang dilakukan oleh adiknya tadi . Mereka mencari tempat yang kosong di dalam bas itu .

Setelah mencari tempat duduk , mereka terus membuat hal sendiri sehingga tiba dihadapan pagar sekolah . Mereka berdua menuruni tangga bas dan berjalan menuju ke perkarangan sekolah . Qirana melambaikan tangannya ke arah adiknya yang sedang menuju ke rakannya iaitu Dezzy .

Qayyla membalas lambaian kakaknya itu dan terus menyapa Dezzy . " Eh Dezzy , kau sambut kedatangan aku ke ? " Dia tersenyum miring ke arah rakannya itu . Dezzy membuat roll eyes . " Kalau ayah aku tak suruh aku jaga pagar sekolah ni , tak adanya la aku terjegat pagi-pagi buta kat sini " Dezzy membuat muka . Sakit hati .

" ... And lagi satu , jangan nak perasan aku sambut kau , harap maklum ya " Dezzy tersenyum paksa dan membuat muka menyampah selepas teringat percakapan semalam dia bersama ayahnya . " Tu la sapa suruh kau terima pelantikan tu " Qayyla tertawa kuat sedikit dari sebelumnya . " Kau sebagai kawan aku yang cantik ni , kene la support ... ini tak " Dezzy mencembik geram .

" Ye la- ye la , lain kali aku support kau ya? " Qayyla memandang wajah rakannya itu . Dezzy hanya membuat muka tiada respond . " Ish kau ni " dia menyampah . " By the way , aku masuk kelas dulu tau ... nanti jumpa kat kelas " Qayyla menepuk badan belakang Dezzy dan terus berjalan ke kelas .

Dia berjalan berseorangan di korido yang menghubungkan blok A dan blok B . Sesampai saja Qayyla disana , dia terus melangkah masuk ke dalam kelasnya yang masih sunyi . Dia mengeluh pasrah kerana datang terlalu awal ke sekolah . Dia melabuhkan punggungnya dan meletakkan beg di tepi meja .

Dia ingin pergi ke tempat dia dan kawannya berkumpul tetapi masih terlalu awal untuk ke sana . Ditambah pula , tempat mereka itu tempat yang sunyi dan tertutup . " Argh , seriously ? " Qayyla mengeluh . Dia meletakkan kepalanya di atas meja . Dalam beberapa saat , dia mendapat idea . " Apa kata aku pergi bilik komputer ? " dia bertanya kepada dirinya . " Tapi kan bilik tu buka pukul sembilan tepat , tak mungkin la buka sekarang " dia bercakap sendiri lagi .

Dia mendiamkan diri sebentar dan bangun dari tempatnya " Pusing sekolah lah " dia senyum dan berjalan ke luar kelas untuk keliling sekolahnya . Setelah 5 minit keliling sekolah , dia memberhentikan langkahnya dan menuju ke kantin sekolah . Dia membeli beberapa makanan ringan disana .

- Skylar Park -

BOOK 2 : FOR YOU MISS QAYYLAWhere stories live. Discover now