Sesampai sahaja mereka berdua di kelas, Qayyla dan Dezzy terus menuju ke tempat mereka dan disapa oleh Aiman dan juga Daniel. Aiman memusingkan badannya dan menghadap ke arah Qayyla dan juga Dezzy sambil tersenyum. " Baru nampak batang hidung " Aiman berkata. Dezzy berdua hanya memberikan jelingan maut kepada Aiman. Kesal setelah dikata sedemikian. " Diam la kau pendek " Dezzy membalas sambil menghentakkan begnya kerana Aiman telah membuatkan mood paginya tidak senang. Qayyla menaikkan keningnya dan memandang ke arah mereka secara bergiliran.
" Kau buta ke apa ha? terang-terang dia lagi tinggi dari kau " Qayyla berkata sambil menunjuk perbezaan ketinggian mereka. Dezzy menoleh ke arah Qayyla dan mendekatkan dirinya dengan rakannya itu. Dengan senyuman maut, Dezzy menutup mulut Qayyla dengan telapak tangannya. " Shut up ... " Dezzy membalas dengan nada yang cukup perlahan seperti berbisik. Qayyla manarik kasar tangan rakannya itu dan mengelap mulutnya selepas di pegang oleh Dezzy.
" Eleh, dah pendek tu pendek la " Qayyla berkata sambil mengeluarkan buku sejarah tetapi pandangan matanya masih memandang ke arah Dezzy. Dezzy merungut tidak puas hati dan memberi jelingan maut ke arah Qayyla. Qayyla mengecilkan matanya seperti mahu merobek-robek mulut milik Dezzy.
Daniel yang hanya memerhatikan mereka pun bersuara. " Dah lah, tak yah gaduh " Daniel memandang mereka berdua secara bergilir. Dengan secara serentak mereka memandang ke arah Danial yang masih mahu menenangkan mereka. " Mana ada gaduh " balas mereka dengan pantas tetapi masih membuang muka apabila mereka saling bertatapan. Danial melepaskan tawa halus sambil menggelengkan kepalanya; " Eleh, ye lah tu ". Selepas sahaja Daniel mengatakan itu, cikgu yang mengajarkan mereka mata pelajaran sejarah pun tiba dan bersedia untuk mengajar mereka.
Pada waktu rehat, Qayyla dan Dezzy berjalan bersama menuju ke kantin tetapi pada masa yang sama, mereka berdua mendengar gossip tetang pelajar baru di sekolah mereka. Dezzy menyentuh bahu kanan Qayyla sambil mendekatkan dirinya dengan rakannya itu. " Weh, ada budak baru lagi la " Dezzy merendahkan nadanya dengan memandang wajah Qayyla dengan perasaan teruja. Qayyla yang sedang berjalan melirik ke arah Dezzy. " Dah tu, apa kene mengena dengan aku? " jawapnya seperti acuh tak acuh.
Dezzy memutarkan bola matanya. " Ish kau ni, aku dengar dia tu anak dari ... umm ala yang kaya kat Kuala Lumpur tu; Aku tak tahu nama dia tapi quick famous jugak la ". Dezzy membuat muka yang menyakinkan sambil memberikan wang kepada makcik kantin setelah mengambil makanan yang dia mahu. Qayyla hanya mendiamkan diri sambil mendengarkan perkataan yang ditutur oleh Dezzy kepadanya. Qayyla menoleh setelah berasa seperti ingin mengambil tahu dan bertanya kepada Dezzy.
" Eh, awat dia sekolah sini? " Qayyla menggangkat kening kanannya sambil memberikan wang kepada makcik kantin setelah mengambil nasi goreng. " Ni tempat asal dia; kalau tak percaya boleh google " Dezzy menambah maklumat supaya Qayyla boleh mengenali pelajar tersebut jika dirinya mahu. Qayyla menggelengkan kepalanya. " Tak nak aku, buang masa je " Qayyla menjawap dengan nada seperti tidak mahu mengambil tahu. Dezzy mengeluh perlahan dan membalas " Malas aku cakap dengan kau ni ". Dalam masa yang sama, mereka menyambung perbualan mereka sehingga mereka sampai ke meja mereka atau lebih di kenali sebagai tempat port mereka.
Dalam mereka berborak, Dezzy melihat sekumpulan perempuan berjalan ke arah mereka berdua. Dezzy memberi Qayyla signal dan memberi tahu rakannya dengan nada berbisik. " Dia datang ... ". Perempuan itu berdiri tepat di sebelah meja mereka. Tanpa memberi salam, perempuan itu terus bertanya kepada Qayyla dengan nada tidak puas hati. " Kau Qayyla Arisya kan? " perempuan itu memandang Qayyla yang sedang makan dari atas sampai bawah. Qayyla memberhentikan perbuatannya dan menoleh ke arah si pemanggil. Ya, perempuan itu ialah Adena Linda. Jika ada perkara yang membuatkan dirinya berasa tidak puas hati, Adena akan tunjuk belang dia.
YOU ARE READING
BOOK 2 : FOR YOU MISS QAYYLA
ContoKehidupan keluarga Encik Zulhelmi kini sangat bahagia sehingga terjadinya tragedi yang tidak disangka kepada keluarganya . Setelah bertahun - tahun Qayyla mencari cara untuk membalas dendam , akhirnya terungkap bahawa tragedi yang terjadi pada 10 ta...