[ 02 ] PELAJAR BARU

17 5 0
                                    

Qayyla berjalan ke salah satu gerai disitu . Dia melihat keberadaan makcik Siti disana . Qayyla menyapanya . " Selamat pagi makcik " dia senyum ke arah makcik Siti . Makcik Siti membalas senyumannya . " Awal kamu sampai hari ni , selalunya pukul sembilan baru sampai " makcik Siti memerlinya sambil mengaul kuah sup .

Qayyla tersenyum paksa . " Eh , perli aku nampak ... kalau bukan disebabkan Qirana kejut aku awal , tak adanye aku kt sini " Qayyla memperlahankan suara supaya makcik Siti tidak mendengarkannya . " Sekali sekala bangun awal , apa salahnya kan " Qayyla tersenyum paksa sambil memasukkan beberapa kuih di dalam beg plastik .

" Syukur , semoga jadi anak yang baik ya " senyum makcik Siti kepada Qayyla . Dia menghulukan duit sambil tersenyum paksa . Qayyla mahu sahaja pergi dari situ kerana dia tidak sanggup menjawap soalan dari makcik Siti walaupun soalannya tidak beberapa KBAT untuk dia menjawap . Beberapa saat kemudian , makcik Siti membagi baki kepada Qayyla . Setelah itu , Qayyla terus pecut ke tempat lain bagi mengelakkan diri daripada disoal oleh makcik Siti .

Dalam perjalanan untuk keliling sekolah , Qayyla terdengar beberapa pelajar perempuan disekolahnya sedang berteriak . Qayyla memandang ke sumber suara tersebut . " Tu pahal " dia berbisik perlahan dari sisi dewan . Dia roll eyes tanda tidak suka . " Kalau muka macam abah aku tak pe la jugak , ini muka macam mop lantai tu buat apa " Qayyla bercakap sendiri sambil berjalan menuju ke tempat dia dan rakannya berkumpul . " Apa nak jadi- uhuk uhuk " Qayyla menepuk - nepuk bahagian dadanya kerana tercekik kuih yang dibelinya tadi .

Dia berasa menyesal kerana terburu - buru membeli kuih sehingga terlupa membeli sebotol air mineral untuk dirinya . " A-air " Qayyla berbicara perlahan walaupun suaranya hampir hilang disebabkan tersedak . Dalam beberapa saat kemudian , seseorang menghulukan sebotol air kepadanya . Tanpa melihat siapa gerangan yang memberi , dia langsung meneguk air itu hingga separuh . Qayyla melepaskan keluhan . " Teri-mma ka-sih " Qayyla mengaturkan nafasnya kerana terlalu cepat meneguk air yang diberikan oleh seseorang tadi .

" Sama - sama " senyum lelaki itu ke arah Qayyla . Dia hanya membuat muka selambe . Keadaan disitu senyap seketika sehingga lelaki tadi membuka topik . " Tadi awak tersedak ada orang kutuk awak ke ? " tanya lelaki itu kepadanya . Qayyla hanya muka biasa sahaja sambil melihat ke tempat lain . " Erk ... tak de lah " balas Qayyla dengan perasaan malas . Lelaki itu tersenyum sendiri tanpa disedari oleh Qayyla . " By the way , saya Amran ... Amran Izzat " dia menghulukan tangan kepada Qayyla sebagai tanda perkenalan . Qayyla melihat tangan dan wajah Amran secara bergilir . Dalam beberapa saat , Qayyla beralih melihat ke tempat lain .

" Qayyla Arisya " ringkas dan padat , itu lah yang dilakukan oleh Qayyla . Dia menyambung makan kuihnya kembali . " Oh-ha , n-nice name " kekok Amran kerana Qayyla tidak membalas huluran tangannya sebentar tadi . Amran mengaru belakang lehernya yang tidak gatal . Qayyla tersedar atas tingkah laku Amran , dia terus mengalih topik pembicaraan . " Thanks sebab tolong aku tadi " Qayyla menghulukan botol kepada Amran .

Amran tersenyum sendiri . " Ermm ... kau pelajar baru eh ? " Qayyla mula berjalan ke tempat lain dan dikuti oleh Amran . " Ye , tadi saya nak cari pejabat , lepas tu terbantut pulak perjalanan saya sebab saya nampak awak , tu saya pergi kat awak tu " Amran tersenyum ke arahnya . Qayyla hanya menganguk faham . Selepas beberapa saat bersembang , mata Qayyla tertumpu kepada beberapa orang yang sedang berkumpul .

" Tu bukan geng kau ke ? ... tak nak ajak sekali pergi pejabat ? " Qayyla menunjuk ke arah ke arah beberapa pelajar lelaki disana . Amran mengikut arah yang ditunjukkan oleh Qayyla . Amran membuat muka terkejut selepas Qayyla memberitahu kepadanya . " Macam mana awa- " Qayyla terus memotong ayatnya . " Jalur kat baju kau .. tu sama macam dorang " Qayyla memandang baju Amran dan beralih memandang ke sekumpulan pelajar lelaki tadi . " Kau tak nak panggil dorang ? " Qayyla memandang wajah tampan Amran . " Tu la , tadi lupa " dia tersenyum malu di hadapan Qayyla dan terus berlari ke arah rakannya .

" Ala Daniel~ jangan lah pergi , teman lah saya ke kelas eh ? " salah sesorang dari pelajar perempuan itu bersuara . Qayyla memandang ke arah sumber suara dan dia membuat roll eyes kerana menyampah pada sikap pelajar perempuan itu . Qayyla mengambil nafas lama dan menghembuskan dengan kasar .

" Bole tolong beri kerjasama tak ? " Qayyla senyum paksa ke arah sekumpulan pelajar perempuan itu . Sekumpulan pelajar tadi memandang ke arah Qayyla yang tidak jauh dari mereka . Salah sesorang dari pelajar perempuan disitu maju kehadapan untuk mendekati Qayyla . " Kau sape nak arahkan aku ? " pelajar perempuan itu tersenyum sinis .

Qayyla mengeluh perlahan . " Jom ... abaikan je dorang tu " dia melangkah pergi dari situ dan diikuti oleh Amran bersama rakan - rakannya . Pelajar perempuan itu berteriak keras kerana marah terhadap Qayyla atas tindakannya tadi . " AKU BELUM HABIS CAKAP DENGAN KAU LAGI LAH !! " pelajar perempuan itu menghentakkan kaki dan berlalu pergi dari situ .

Setelah beberapa minit berjalan , akhirnya tiba juga di pejabat sekolah itu . Qayyla memberhentikan langkahnya dan berpusing menghadap mereka berlima . " Dah sampai " Qayyla mengukirkan senyuman kepada mereka . " Thanks " salah sesorang dari mereka berterima kasih . Qayyla memandang ke arah sumber suara . " No problem " setelah mengatakan itu , Qayyla terus melangkah pergi dari situ . Dia melihat jam tangannya yang sudah menunjukkan lapan sepuluh minit pagi . Qayyla membulatkan matanya . " Haih , kene bebel lah nanti ni " dia menghembuskan nasafnya kasar dan meneruskan perjalanannya ke tempat dia dan rakannya berkumpul .

Sesampainya dia disana , dia terus membuka pintu dan menghampiri rakannya iaitu Dezzy . Rakannya yang tersedar akan kehadiran Qayyla , dia terus menyapa rakannya itu . " Kau lambat 10 minit " Dezzy menyilangkan tangannya sambil melihat ke arah Qayyla yang sedia untuk melabuhkan punggungnya . " Ala , tadi ada pelajar baru mintak tolong ke pejabat sekolah , tu yang aku tolong hantarkan tu " Qayyla menyilangkan kakinya dihadapan Dezzy dan mencapai sebuah buku dirak berdekatan .

" Eleh alasan , and bila masa pulak yang kau ni rajin tolong orang ni ?.. ke kau kene sampuk ? " Dezzy mengangkat kening kerana penasaran terhadap rakannya itu . Qayyla membuat muka tidak suka . " Aku baik salah , jahat salah " dia menyelak kasar helaian kertas komik yang dia sedang baca . Dezzy tersengih kerana melihat Qayyla begitu .

" Eh , jangan marah ... aku gurau je " Dezzy menjeling ke arahnya . Qayyla hanya mendiamkan diri dan meneruskan bacaannya . Dezzy melihat wajah rakannya dan tersenyum . Dia mendekatkan badannya di sisi Qayyla yang sedang membaca . " By the way , sape yang pelajar baru tu ? .. nak kenal jugak , mana tahu sangkut " Dezzy tersengih sesorang diri sambil mencuit lengan kanan Qayyla .

Qayyla roll eyes kerana tidak senang untuk membaca komik . " Ramai jugak la kat situ ... lima macam tu , tapi yang aku kenal Amran dengan Daniel je " Qayyla menyelak buku komiknya ke maka surat seterusnya .

- Skylar Park -

BOOK 2 : FOR YOU MISS QAYYLAWhere stories live. Discover now