Jin meletakkan beg Namjoon di atas sofa. Jin membawa Namjoon ke apartment nya masa dulu sebelum dia berkahwin dengan Namjoon.
Namjoon melihat sekeliling. Ada sebahagian tempat yang kosong. Dia memandang Jin yang baru saja mengunci pintunya.
"Kenapa dinding dan rak tu kosong?"
"Sebab takde barang nak diletak." Bukan takde,sengaja dia sembunyikan gambar mereka berdua. Jin membawa Namjoon ke sofa.
"Namjoon boleh panggil saya hyung. Saya akan panggil Namjoon Joon. Boleh?" Anggukan.
"Nak makan?"
"Boleh juga." Kata Namjoon. Jin berjalan kedapur. Dia mengambil masa 10 minit untuk menyiapkan makanan.
Jin meletakkan di atas meja. Namjoon berjalan untuk ke dapur. Makanan sudah siap dihidang.
Mereka berdua makan bersama. Namjoon sesekali akan bertanya rumah ini,kehidupan Jin dan sebagainya.
Selepas siap saja makan,dia membawa Namjoon kebiliknya. Pembetulan bilik mereka tepatnya.
"Ini bilik Joon. Kalau ada apa-apa panggil jer hyung dekat sebelah." Terpakasa. Jin terpaksa tido asing dengan Namjoon. Dia relakan.
Namjoon masuk. Jin menerangkan satu persatu tempat. Namjoon akhirnya faham dan berterima kasih.
"Mandi dulu,hyung pun nak mandi. Nanti turun hyung datang balik untuk bagi ubat." Namjoon menganggukan kepalanya.
-*-
Setelah selesai mandi,Namjoon membaringkan dirinya di atas kati. Katil ini rasa sejuk mungkin terdedah lama dengan aircond.
Namjoon memandang siling. Dia sedikit merasa kosong saat ini. Seakan ada satu perkataan yang dia lupa untuk disebutkan.
Namjoon kembali bangun dan mengelilingi bilik itu. Ada banyak patung dan banyak barang. Tidak yakin jika ini miliknya.
Lebih lagi ada dua patung di dalam almari kaca. Patung seperti awan putih dan patung berbentuk koala berwarna biru.
"Mungkin patung special." Katanya. Dia kembali berjalan melihat semua yang ada. Almari baju dibuka.
Namjoon rasa dia pernah nampak. Tapi dia tidak tahu tepatnya dia lupa di mana. Namjoon memandang pintu biliknya yang terbuka.
"Namjoon?"
"Hyung....sweater ni,siapa punya?" Jin terdiam. Dia mendekatkan dirinya. Jin tersenyum.
"Itu milik kekasih Joon."
"Joon dah ada kekasih?" Jin menganggukan kepalanya. Namjoon meletakkan semula sweater itu.
"Nama?"
"Kim Seokjin." Namjoon memandang Jin. Jin juga?
"Nama hyung?"
"Yoo Seokjin." Kata Jin. Yoo marga eomma nya sebelum menjadi Kim. Namjoon menganggukan kepalanya.
Jin mendudukan diri mereka di atas katil. Dia memberikan ubat kepada Namjoon.
"Gomawo hyung." Jin menganggukan kepalanya. Dia memandang ke arah Namjoon dan tersenyum.
-*-
Jin membawa Namjoon untuk ke taman. Mereka baru saja makan bersama tadi. Diorang mendudukan dirinya disebuah bangku.
Namjoon menikmati kehijaun itu. Jin tahu itu semua sebab tu dia membawa Namjoon ke taman. Dan Namjoon suka budak.
"Hyung..."
"Urm?"
"Joon kerja apa dulu?" Jin memandang sekilas. Dia menarik nafas dalam dan menghembus perlahan.
"Joon dulu penulis composer lagu." Namjoon sedikit terkejut. Dia sudah tahu pekerjaanya sekarang.
"Mana kekasih Joon?" Jin terdiam. Dia tidak tahu mahu jawab apa. Kenapa dia bertanya soalan ini.
"Dia..." Handphone Jin berbunyi. Bernasib baik sangat. Jin menjawab panggilan itu.
Selepas menjawab dia memandang Namjoon. Namjoon turut memandangnya.
"Jom,kita balik. Hyung nak ke restoran."
"Okay." Mereka berdua berjalan ke kereta. Namun Jin berhenti.
"Hyung nak ke toilet kejap. Joon masuk dulu." Namjoon masuk kedalam kereta.
Dia sudah siap memakai seatbelt. Namjoon memandang ke depan. Matanya terhenti melihat handphone Jin.
"Apa yang dia sembunyikan sebenarnya?" Gumam Namjoon sendirian.
-*-
Namjoon ditinggal sendirian di rumah ini. Jin sudah keluar selepas menghantar Namjoon balik. Namjoon sendiri di depan tv.
Dia berniat untuk berkeliling dalam rumah ni lagi. Namjoon melihat diseluruh tempat hingga kakinya berhenti di korido.
Dia membuka dan melihat kesibukkan kota Seoul. Namjoon menghirup angin dan bau hujan itu.
"Kenapa sini?"
"Sebab Joonie suka keindahan hijau."
"Auh." Namjoon memegang kepalanya. Dia kembali masuk kedalam rumah. Suara itu membuatkan Namjoon kesakitan.
Namjoon mendudukan dirinya. Sudah tidak mahu berjalan lagi. Dia menidurkan diri akhirnya.
Setelah 4 jam akhirnya Jin balik membawa bungkusan makanan. Dia melihat Namjoon tido dalam keadaan duduk di sofa. Dia berjalan mendekat dan duduk di bawah.
"Setidaknya mata tajam ni dah terbuka. Mulut ni dah bercakap. Dan tangan ni sudah boleh bergerak. Walaupun ingatan tiada."
Jin masih memandang wajah Namjoon. Dia masih merindukan Namjoon. Setidaknya beri dia masa seminggu untuk melepaskan.
"Eugh..." Jin terus bangun. Dia mendudukan diri disebelah Namjoon.
"Joon,bangun. Pergi mandi dan kita makan." Namjoon membuka matanya. Dia membetulkan keduduknya.
Namjoon melihat Jin yang tersenyum padanya. Namjoon bangun dan ingin ke biliknya namun dia berhenti.
"Hyung..."
"Ye?"
"Tak jadi."
-TBC-
YOU ARE READING
Complete Senior S3 (Final Story)
RandomChapter terakhir dalam kisah kita Kau dan aku sebuah cerita karangan