"Perlu ke sembunyikan semuanya dari Joonie? Kenapa? Kalau Joonie lupa ingatan Joonie tak mampu ingat hyungie? Atau hyungie memang nak pisah dengan Joonie?"
Jin hanya diam. Tanganya mengenggam erat tangan Baekhyun dan Jinhwan di sebelah. Mereka hadir saat tahu Namjoon sudah pulih sedikit.
"Hyungie...Joonie cakap dengan hyung sekarang. Hyungie tak sayang Joonie lagi? Hyungie sanggup biar Joonie kahwin dengan orang lain."
Jin menggeleng laju. Ini perkara terakhir dia ingin lihat sebelum dia mati nanti. Tidak sekarang.
"So, kenapa tak pernah nak pulihkan Joon? Hyungie sebenarnya sayangkan Joon ke tak?"
"Sa...sayang. Sayang sangat. Hyung cuma tak nak Joonie sakit. Terbeban."
"Hati ni lebih sakit bila semua memori indah kita diceritakan orang lain. Suga hyung dan Chanyeol hyung ceritakan semuanya."
Jin sudah mengalirkan air matanya. Namjoon menghela nafasnya dalam, turun dari katil dengan perlahan menghampiri Jin.
Dia membawa Jin ke dalam pelukan hangatnya. Pelukan yang dirindukan Jin.
Baekhyun dan Jinhwan kembali ke sebelah kekasih mereka. Menyaksikan semuanya.
"Joonie sayang sangat dekat hyung, jangan ulang hyung. Joonie tak nak hilang. Lagi."
Jin mengeratkan lagi pelukanya. Dia rasa ini seperti mimpi, namun sebenarnya ini realiti yang menyedihkan. Dia rindukan Namjoon.
-*-
Selepas seminggu di rawat, akhirnya Namjoon sudah balik kerumah. Dia sudah melihat perubahan.
Jin mengantung semula semua gambar mereka di sana. Dia memeluk Jin semakin erat lalu mencium kening Jin ramah.
"Joonie nak makan apa? Hyung buatkan."
"Joonie nak makan semua masakan hyung. Tak kisah."
"Kecuali seafood. Joonie pergi masuk bilik dulu." Kata Jin dan diterima Namjoon. Dia kembali ke bilik mereka.
Namjoon tersenyum sendiri. Semuanya sudah berubah. Dia akan terus menjaga Jin semula tanpa apa-apa halangan.
Dia memejamkan matanya seketika. Mengimbas semula apa yang pernah jadi di dalam hubungan perkahwinan mereka. Semuanya seperti mimpi yang sangat buruk. Namjoon bangun dari pembaringanya lalu menghela nafas.
Sebenarnya dia masih tidak ingat perkara yang manis dalam kehidupan dia berserta Jin. Namun dia kena berpura agar Jin tidak menyembunyikan perkara lain.
Dia sudah berkerjasama dengan docter dan juga Suga agar rancanganya berjaya. Jin tidak patut menyembunyikan segala hal dalam hidup mereka.
"Namjoon..."
"Ouh hyungie....sini." Namjoon menyuruh Jin duduk di sebelahnya. Senyuman manis dihadiahkan untuk suaminya.
"Mana Joseok?" Namjoon tahu Joseok anak mereka dari Suga juga. Ini rancangan berjalan dengan baik, jadi dia bertanya tentang anak. Meyakinkan Jin.
"Dia ada dekat Jepun." Namjoon menganggukan kepalanya. Mereka berdua masuk berpelukkan.
"Mian Namjoonie...Hyung tak berniat pun nak..."
"Dahlah. Jom makan, Joonie lapar. Hyungie nak cake? Hyungie kan suka cake?" Tanya Jin. Jin menganggukan kepalanya dengan laju.
"Kita makan dekat kadai Kyungsoo macam dulu, rindulah nak ke sana." Namjoon menganggukan kepalanya mencium perlahan kepala Jin.
Tuhan....jagakan dia sementara aku mengingatkan segala hal. Aku harap semuanya takkan pernah berubah lagi.
_*_
Malam pertama mereka tidur bersama selepas semua benda yang terjadi. Namjoon memeluk erat pinggang Jin seakan jika dilepaskan, Jin akan pergi tanpa dia tahu.
Jin mencium pipi Namjoon dengan perlahan sambil tersenyum. Dia memandang mata Namjoon dalam, menyalurkan rindu yang sangat mendalam untuk Namjoon.
"I Love you hyungie..."
"Selamanya hyungie rindukan Joonie okay. Jangan terluka lagi," kata Jin dengan senyuman sedihnya. Teringat dimana Namjoon memeluk sang yeoja dengan erat. Melupakan dirinya. Mengacuhkan dirinya dan dia merindukan Namjoon.
Namjoon hanya tersenyum saja. Dia membawa kepala Jin ke dadanya, sengaja dia membuka tingkap bilik untuk melihat bintang di sana. Jin masih dalam kehangatan dirinya.
Dia berasa sedikit bersalah kerana menipu Jin, namun Jin juga menipu dirinya. Dia buat semua ini untuk kebaikkan Jin, dia tidak mahu Jin sakit lagi dan terasa sedih.
"Saranghea...." Jin menggelengkan kepalanya. Perkataan itu yang membawa Namjoon kedalam mimpi ini.
"Jangan sebut lagi. Cukup." Kata Jin sambil memeluk Namjoon dengan erat. Dulu dia menyukai perkataan itu, namun sekarang semuanya bagaikan truma baginya sendiri.
Namjoon yang faham makin membawa Jin ke dada bidangnya. Menenangkan hati Jin yang gelisah agar tidak terlalu mengingatkan perakara yang sudah lepas.
_*_
Namjoon dan Jin makan dengan tenang di meja makan sana. Semuanya nampak tenang dan sangat bahagia.
"Kalau di lahirkan semula, Joon tetap nak dengan hyungie."
"Hyungie pun."
"Eleh. Dulu siapa yang tolak?"
"Eh sukatilah!" Kata Jin lalu makan makananya Namjoon tertawa besar. Dia juga makan makananya dengan tenang.
Mereka berdua hanyut dalam gelak dan candaan masing-masing. Benar-benar keluarga bahagia. Pasangan yang bahagia.
Berharap tuhan tidak memisahkan mereka berdua dan terus bersama.
.....
Namun...Tuhan berkata lain...
YOU ARE READING
Complete Senior S3 (Final Story)
RandomChapter terakhir dalam kisah kita Kau dan aku sebuah cerita karangan